"Apa kamu cakap? Rongguang ada dekat kawasan menembak?" Zhuang Liaoyuan sangat terkejut.
"Ya, Cik Zhuang juga ada dekat sini dengan seorang lelaki muda yang tampan," askar muda itu menjawab.
"Baiklah, kamu pergi tengok mereka dulu." Zhuang Liaoyuan risau sekiranya anak lelakinya itu membuat masalah.
"Baik, Tuan!"
Berita mengenai anak Ketua Zhuang datang bersama lelaki lain telah tersebar di seluruh kawasan menembak dengan begitu pantas.
Kebanyakan daripada penggemar menembak terutamanya orang bawahan Zhuang Liaoyuan telah pergi ke kawasan menembak nombor satu untuk melihat mereka.
Zhuang Liaoyuan tiba di sana dengan cepat dan orang ramai memberi laluan kepadanya. Mereka menegurnya dengan penuh hormat, "Hai, Tuan".
"Kenapa pula ni?! Kenapa dia perlu datang?" Zhuang Rongguang menggumam bersendirian tetapi ianya sudah terlewat untuk dia berpatah balik.
Apa pun, dia perlu membelasah budak tak guna ni dulu!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com