bDi Pusat Pasaraya Barat, kedai Lu Xinyan mengadakan pelbagai jenis promosi. Ning Xi menggelengkan kepalanya apabila dia tiba di sana.
Ketika Ning Xi berjalan menuju ke kedai, beberapa orang jurujual sedang berbual dengan gembira. Mereka tidak menyambut Ning Xi ketika dia masuk ke dalam kedai.
"Ada sesiapa dekat sini?" Ning Xi mengerutkan dahinya sambil bertanya.
Jurujual itu menoleh dan melihat ke arah Ning Xi.
"Saya minta maaf, waktu kerja kami dah nak habis. Sila datang semula esok," kata salah seorang jurujual yang tinggi lampai itu.
"Kalau waktu kerja kamu dah nak habis, maknanya belum habis lagi kan," jawab Ning Xi.
Mereka agak terkejut, kemudian mereka berjalan mendekati Ning Xi. Dia berpakaian biasa hari ini, mungkin sebab itu mereka memandang rendah kepadanya.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com