webnovel

"Aku tidak sangka yang Cip A.I. ada kebolehan menganalisis berhasil terhadap teknik pernafasan Satria dunia ini!"

Leylin menyeru dan berkata: "Mula mengoptimumkan dengan segera!"

"Baik, 125 minit, lebih kurang 2 jam sahaja, aku boleh tunggu!" Leylin berasa lega.

Selepas menunggu dengan sabarnya, dua jam telah berlalu. Suara Cip A.I. pun kedengaran tepat pada waktunya.

"Sangat bagus!" Keputusan ini membuatkan Leylin sangat berpuas hati.

Jikalau efeknya bertambah 5% setiap kali, kalau dibuat berulang-ulang kali sehingga beratus-ratus kali, akan nampak jelas besar perbezaannya.

"Dengar kata teknik pedang salib dan teknik pernafasan ini diperolehi daripada seorang pengasas selepas melalui pertempuan pertumpahan darah yang banyak, di mana akhirnya dia berjaya mendapatkannya daripada mayat seorang Satria. Sebab itu, di antara keluarga-keluarga Satria, ia dikenali sebagai teknik kelas pertengahan!""Selepas Cip A.I. mengoptimumkan teknik pernafasan ini, aku takut ia mungkin dapat dibandingkan dengan teknik rahsia skrol daripada kerajaan-kerajaan yang kecil!"

Leylin diam-diam memikirkan sesuatu, dan tiba-tiba dalam keadaan yang tidak sabar: "Cip A.I., pindahkan teknik pernafasan yang optimum itu ke zon memori!"

Cip A.I. teruskan seperti yang diarah dan memindahkan banyak gambaran-gambaran tentang teknik pernafasan itu kembali ke minda Leylin.

Selepas beberapa minit proses pemindahan, Leylin mengaru kepalanya dengan lembut: "Aku berasa sedikit pening, tapi ni kejadian yang biasa berlaku!"

Sekarang ini mindanya penuh dengan pelbagai memori tentang teknik pernafasan dan juga pengalaman berlatih teknik tersebut. Kalau dibandingkan dengan orang biasa, dia tidak perlu melalui jalan yang berliku dalam latihannya.

"Aku tak rasa benda ini berlaku dalam dunia yang lepas, tetapi dalam dunia ini, Cip A.I. memang banyak membantu dan memberi kelebihan padaku berbanding orang biasa!"

Leylin terus membebel: "Dengan kebolehan Cip A.I. untuk membuat simulasi dan menganalisis, aku boleh mendapat keputusan latihan yang sama seperti seseorang yang telah berlatih keras selama 10 tahun, aku hanya perlu buat apa yang Cip A.I. sarankan, dan aku dapat membuatnya dalam situasi yang tepat!"

Teknik pernafasan ini terdapat pelbagai percanggahan, di mana beberapa situasi itu perlukan lebih daripada penjelasan lisan untuk difahami.

Seseorang itu perlu melalui banyak pengalaman latihan, dan juga melalui beberapa situasi yang rumit.

Barulah mereka boleh mendapat penyedaran tentang teknik pernafasan melalui cara itu.

Tetapi ini semua dapat dielakkan dengan kebolehan menganalisis Cip A.I.

"Mari aku cuba!" Leylin memikirkannya, dan baringkan badannya di atas lantai dalam bentuk salib.

Berdasarkan cadangan-cadangan latihan teknik pernafasan yang dipersembahkan oleh Cip A.I., tiada tindakan-tindakan istimewa yang diperlukan untuk melengkapinya, cuma perlu mencari posisi yang selesa dan sesuai.

"Yang pertama, aku kena tahan nafas selama 65 saat, kemudian tarik nafas panjang tiga kali dan tarik nafas pendek satu kali. Jangka masa dan kekerapannya perlulah…."

Leylin mengikuti huraian teknik pernafasan tersebut, dan secara perlahan-lahan memasuki keadaan pertapaan.

Dia kelihatan tidak sedar; mukanya merah terang dan pelipisnya berdenyut-denyut seperti sedang melakukan senaman.

Masa pun berlalu pergi, muka Leylin bertambah merah, dan akhirnya dia mula mengeluarkan peluh/cecair berwarna hitam yang samar-samar.

Selepas 20 minit mengekalkan proses itu, Leylin membuka kedua-dua matanya dan menghembus nafas melalui mulutnya.

Phew! ! !

Kelihatan nafas berwarna hitam dihembus.

Kedengaran bunyi berketak-ketak di dalam badannya.

Leylin bangun dan menggerakkan seluruh anggota badannya. Seluruh anggota badannya sangat panas seperti selepas melalui senaman yang bertenaga.

"Cip A.I., tunjukkan statistik badanku!" Leylin mengarahnya.

Leylin kekal tanpa perasaan: "Tukar kaedah paparan ini dan gerakkan data kembali ke 10 titik perpuluhan. Dan juga membuat perbandingan dengan data sebelum pertapaan."

Dengan arahan Leylin, gambar itu berkelip-kelip, dan statistic badan itu telah menunjukkan lagi 10 titik perpuluhan. Tiga nombor terakhir tidak berhenti-henti berubah.

[0.005, Ketangkasan 0.006, dan Daya Tahan 0.004]

Cip A.I. menyiarkan mesej itu.

"Mm! Mungkin ini latihan pertama aku, angka-angka itu masih meningkat!" Leylin menghujahkan analisanya.

"Aku baru bertapa lebih kurang 20 minit, tetapi peningkatan data ini banyak juga. Kalau aku tekun, tidak lama aku akan capai status lelaki berjubah hitam itu!"

"Di mana 10 lelaki berjubah hitam yang pelik itu kesemuanya ialah Satria!"

Leylin berfikir di luar kotak, "Kesiannya. Berdasarkan memori dan juga analisis Cip A.I., teknik pernafasan ini ada batas pertapaan. Teknik pernafasan keluarga Farlier ini hanya boleh dipratikkan sekali sehari. Latihan tambahan tidak memberi apa-apa manfaat tambahan tetapi sebaliknya akan mendatangkan kecederaan pada badan!"

"Cip A.I., adakah kaedah-kaedah lain yang membenarkan aku meningkatkan bilangan latihan teknik pernafasan?" Leylin bertanya.

"Senaraikan semua ubat-ubat yang diperlukan!'

"Boleh tak aku gantikan beberapa ubat-ubat yang disenaraikan dengan ubat-ubat atau herba-herba lain?" Ini kelihatan sesuatu yang mustahil, tetapi Leylin teruskan dengan persoalannya.

"Baiklah, asalkan ada cara lain!" Leylin berasa sangat lega.

Dia melihat badannya kembali. Oleh kerana terdapat banyak bahan yang melekit terbentuk akibat latihan teknik pernafasan tadi, badannya terasa melekit-lekit, di mana berasa sangat tidak selesa untuk disentuh.

Leylin berkerut: "Nampaknya aku kena mandi dahulu!"

Dia pun keluar daripada gerabak kuda itu. Waktu ketika itu ialah pada tengah malam, dan terdapat ramai pemuda ahli bangsawan tidur lena di dalam khemah. Leylin keluar daripada gerabak itu perlahan-lahan dan lari ke arah sungai kecil berdekatan. [Amaran! Seorang manusia menghampiri!] Cip A.I. memberitahunya.

Leylin berpura-pura tidak sedar dan meneruskan perjalannya.

"Apa yang kau cuba buat?" Kedengaran satu suara di belakang Leylin.

"Pantasnya!" Mata Leylin mengecil, "Walaupun aku dah menyedarinya, aku tak tahu bila dia dah sampai dekat belakang aku. Kalau dia ada niat tak baik, aku tidak akan dapat lawannya dengan apa cara sekalipun!"

Dia masih berpura-pura takut: "Ah….Siapa?Siapa?" Leylin pusing ke belakang, kelihatan lelaki berjubah hitam yang telah mengagihkan catuan makanan siang tadi. Leylin ingat namanya ialah Angelo. " Hel….Hello! Tuan Angelo! Saya berasa tidak selesa, dan ingin pergi mandi!" Muka Leylin pucat dan takut, sehingga dia tidak dapat bercakap dengan betul. "Mandi?" Lelaki berjubah hitam itu mengerutkan dahi dan hidungnya. Dia sangat pasti terdapat bauan datang daripada Leylin.

"Baiklah! Sini sangat bahaya pada waktu malam, lagi-lagi ahli-ahli bangsawan muda seperti kamu semua! Kembali cepat lepas mandi!"

Angelo yang berjubah hitam itu berkata pada Leylin. Dia pun pusing dan berjalan ke arah gerabak kuda di mana khemahnya berada selepas selesai dengan Leylin.

"Terima kasih di atas peringatan itu! Tuan Angelo!" Leylin menundukkan pandangan sambil mengucapnya, tidak kira sama ada lelaki itu dengar dia atau tidak.

Sifat sentiasa berhati-hati adalah salah satu prinsip hidup dirinya.

Selepas melihat Angelo beredar sepenuhnya, Leylin menuju ke hadapan dan bergerak ke arah sungi kecil itu.

Angelo berjalan ke arah khemahnya dan menanggalkan topengnya, mendedahkan mukanya yang berparut itu. "Bahan yang keluar daripada badan selepas berlatih teknik pernafasan Satria? Sangatlah nostalgia! Melihat anak-anak muda ini mengingatkan diriku yang kurang berpengalaman pada masa dahulu!"

"Sangat kesian juga, kalau aku dilahirkan sebagai ahli bangsawan, aku tidak perlu berlatih teknik pernafasan Satria itu. Aku sampai sanggup terlibat dalam eksperimen Magus and menjadi seperti ini….."

Angelo mengomel. Bayangnya dan bayang khemah itu bersatu menjadi satu badan.

Leylin mencabut beberapa bunga liar dan tumbuh-tumbuhan, dan masukkan ke dalam mulutnya dari semasa ke semasa dalam perjalanan ke sungai kecil itu.

"Aku rasa Angelo berjubah hitam itu mesti menyedari sesuatu. Tetapi ini tidak menjadi masalah, seorang ahli bangsawan berlatih teknik pernafasan Satria yang diturun-temurun ialah kejadian yang normal.""Tambahan pula, dia telah mempunyai kualti fizikal seorang Satria, dia mesti ada teknik pernafasan yang tersendiri, dan tidak akan cuba untuk mendapatkan teknik aku. Selain itu, kalau dia cuba juga nak mendapatkannya, ia bukanlah masalah yang besar. Aku akan tuliskan dan beri dia salinan…"

Oleh kerana terdapat perbezaan kuasa yang besar, Leylin tidak mempunyai niat untuk melindungi rahsia keluarga Farlier.

Walau bagaimanapun, nampaknya Angelo tidak kisah akan teknik pernafasan Satria daripada keluarga ahli bangsawan yang kecil.

Mengunyah tangkai rumput di mulutnya, yang terdapat rasa pahit. Walau bagaimanapun, Leylin tidak kisah, malah terdapat perasaan nostalgia akan dirinya yang kecil.

"Pui!" Leylin serta merta meludahkan tangkai rumput itu dan mengantikan dengan tumbuhan lain.

"Catat bentuk dan kualiti tumbuhan tadi dan menyimpannya. Sekarang kita akan membuat analisis yang seterusnya!" Leylin memberi arahan dalam mindanya.

"Berdasarkan memori-memori Leylin, ini dipanggil Rumput Trinight ye, Cip A.I.! Tukarkannya kepada

Rumput Trinight, dan simpankan dalam pangkalan data!"

"Mmm! Ini ialah 'Buah Merah', rasanya boleh tahan!" Leylin mencabut beberapa biji buah daripada pohon-pohon yang rendah.

Buah-buahan ini hanyalah sebesar ibu jari Leylin, dan buah-buahan ini telah masak di atas pokok menjalar yang berduri. Bentuk buah-buahan ini agak cantik.

Leylin berhati-hati mengelakkan duri-duri itu dan mencabut salah satu Buah Merah itu.

Dia kemudian memakannya dengan bunyi yang ranggup. Jus manis diperah keluar daripada buah itu memenuhkan mulutnya..

"Mm! Rasanya seperti epal, cuma sedikit manis." Leylin membuat tafsiran.

"Cip A.I.! Analisa…."

...

Leylin telah menyimpan lebih 30 jenis tumbuhan-tumbuhan dan herba-herba dalam perjalanannya ke sungai kecil itu. Sayang sekali, tiada satu pun yang berguna kepadanya.

Dia pun tiba di sungai kecil itu. Kedengaran bunyi aliran sungai itu menghempas permukaan batu-bata di situ memecah keheningan malam.

"Cip A.I.! Mengimbas sekeliling!" Leylin mengarahnya. Walaupun jika Angelo berjubah hitam itu tidak menasihatinya, dia tetap yakin dalam mengatasi dan mengelakkan bahaya dengan bantuan Cip A.I.

"Ok, nampaknya tiada apa-apa yang bahaya. Aku tak nak balik ke tapak perkhemahan semasa tengah mandi. Itu akan menyebabkan aku dijadikan bahan ketawa nanti….."

Leylin mengomel dan membuka jubah luarnya dan juga seluar dalamnya, dan masuk ke dalam sungai dalam keadaan bogel.

Sungai yang sejuk itu menenggelami badannya, dan menyegarkan dirinya.

"Sungai ini sangat sejuk, rindunya aku dengan alat pemanas air daripada hidup aku yang lepas!"