webnovel

Perselisihan Faham

Editor: EndlessFantasy Translation

"Institut Satria Imperial ye?"

Leylin tahu Institut Satria Imperial ialah institut Satria terbaik di Kerajaan Sarad di mana George juga asal dari sana. Bukan sahaja mereka akan rekrut ahli-ahli bangsawan, syarat-syarat kemasukan pula sangatlah tinggi. Ia boleh dikatakan hanya genius-genius sahaja akan diterima! "Teknik pedang ini hanyalah hobi aku, tapi nak jadi seorang Magus ialah impian seumur hidup aku!"

Kekuatan sebagai seorang Satria memanglah hebat, tapi ia masih banyak untuk difahami untuk standard Leylin, selain tidak melebihi batas. Walau bagaimanapun, khabar angin tentang Magi yang mampu mengawal elemen-elemen, termasuklah kilat dan petir. Mereka juga mempunyai kelebihan panjang umur.

Keunggulan seorang Magus dikatakan melampaui batas seorang manusia biasa, dan Leylin tidak dapat membayangkannya.

Tambahan, seorang Magus ialah seorang pelajar yang penuh dengan ilmu. Magi mempunyai pendirian yang tegas terhadap eksperimen dengan dunia sekular. Mereka telah cuba mengkaji hukum-hukum alam semulajadi untuk mencapai pelbagai jenis kuasa yang banyak untuk digunakan oleh mereka sendiri! Kehidupan mereka ini boleh dikait rapat dengan kehidupan Leylin yang sebelum ini sebagai seorang saintis.

"Ye! Walaupun pangkatnya ialah Satria Agung, mereka hanya mampu menjadi pembantu Magus Rasmi. Kekuatan seorang Magus ialah sesuatu yang mereka tidak boleh bayangkan…."

Muka George bertambah serius dan ceritanya bersambung dengan alunan nada seperti seorang penyair.

"Tidak kira apa kata-katamu, saya dapat rasakan aura-aura penyair yang menyebarkan cerita-cerita ini…." Leylin menjulingkan matanya sedikit.

"Haha…. Aku jadi begini kerana ayah aku telah hantar aku ke istana untuk menjalani latihan sebagai seorang ahli bangsawan!" George memberitahu tentang dirinya sebelum ini.

Tiba-tiba matanya berkelip-kelip, dia kemudian bertanya dengan nada yang nakal: "Leylin, kau tiada tunang lagi kan? Apa kata aku kenalkan adik aku, Molly dekat kau. Dia sangatlah cantik tidak terhingga…""Belahlah Kau!"

Kedua-dua remaja itu bergurau-gurau di padang rumput yang dipancarkan oleh cahaya bulan.

"Selamat malam George!"

"Selamat malam Leylin!"

Selepas Leylin memberi kembali pedang salib kepada George dan mengucapkan selamat tinggal, dia pun pulang kembali ke gerabak.

Hanya dia yang berada di dalam gerabak yang malap itu. Bahagian dalam gerabak ini mengeluarkan bauan yang aneh. Bauan yang bercampuran antara bau kayu yang reput dan bau peluh. Oleh kerana ini, ramai pemuda bangsawan menolak untuk tinggal di dalam gerabak lebih dari yang sepatutnya. Sebaik sahaja mereka sampai ke tempat rehat, mereka akan berlari keluar ke padang rumput seperti kuda-kuda liar yang kecil keluar untuk bermain.

Konsep perhubungan dunia ini sangatlah berfikiran terbuka, lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan golongan bangsawan. Dengan bantuan pemerhatian yang kuat oleh Cip A.I., Leylin telah menemui beberapa pasangan yang hangat bercinta di sekelilingnya, yang membuatkannya dia mencari tempat yang lagi jauh untuk berlatih. Sambil mengunakan kelebihan pengawasan penglihatannya untuk melihat babak pertempuran yang liar, Leylin penuh dengan kemarahan apabila ingat kembali memori-memori asal budak nakal yang manja itu.

"Siapa sangka! Selepas aku berubah kepada badan pemuda ini, keinginan aku pun meningkat…." Leylin kemudian senyum kelat.

Dia cuba menenangkan dirinya, "Cip A.I., tunjukkan aku statistik badan aku!"

Ia telah lebih satu bulan sejak dia mulakan latihan teknik pernafasan Satria itu.

Sekarang ini keadaan badan Leylin bukan sahaja setanding dengan rakan-rakan sebayanya malah dapat mengalahkan beberapa individu. Dia telah menyembunyikan kuasa sebenarnya setiap kali menentang George, ini menyebabkan George telah salah menaksir kekuatannya. "Boleh tahan! Aku patut teruskan pertapaan aku seperti biasa hari ini!"

Leylin kemudian mencari kedudukan yang selesa dan mulakan pertapaannya. Ini adalah rutin hariannya. Berdasarkan arahan Cip A.I., selepas bertarung setiap malam, dia perlu bertapa teknik pernafasannya berulang kali untuk mendapatkan efek yang bagus.

Selepas 20 minit berlalu, Leylin basah kuyup berpeluh, tetapi bilangan cecair hitam yang mengalir keluar dari badannya itu kurang dari sebelum ini.

"Phew!" Leylin membuka matanya dan melihat badannya. Dia kemudian berkata dengan nada yang menjengkelkan: "Efek teknik pernafasan ini nampaknya makin berkurangan, tetapi ini adalah normal. Berdasarkan penilaian Cip A.I., teknik pernafasan keluarga Farlier ini akan hilang efeknya sedikit demi sedikit selepas aku mengoptimumkannya, dan juga selepas statistik badan aku menjadi 2. Inilah alam Satria Persediaan. Selepas ini, aku kena gunakan kuasa aku sendiri, dan juga pengalaman aku yang hampir mati itu sebagai satu simulasi luaran untuk terus merangsang tenaga hidup. Barulah aku boleh terus meningkatkan diriku…."

Setelah pikirannya yang memanjang itu, Leylin kemudian mengeluarkan buah berwarna kuning dari poketnya. Terdapat beberapa tompok hitam di permukaan buah itu, membuat buat itu kelihatan menakutkan.

Leylin terus makan buah itu, dan mengutip satu akar herba, dan kunyah kedua-duanya bersama-sama.

Cip A.I. berbunyi.

"Hebat sekali!" Campuran herba ini telah berjaya dicipta oleh Leylin selepas beberapa bulan melakukan pelbagai eksperimen menggunakan Cip A.I. Campuran ini membantu mengurangkan kepenatannya, dan juga meningkatkan bilangan pertapaan hariannya untuk teknik pernafasannya.

Dengan penambahan beberapa ubat peningkatan badan yang lain, kualiti tubuh badan Leylin telah meningkat dengan kadar yang cepat.

"Sekali lagi!" Leylin melakukan teknik pernafasannya sekali lagi.

Kumpulan ini telah melalui beberapa kerajaan kecil semenjak pengembaraan mereka itu.

Akhirnya, mereka telah masuk ke hutan belantara sepenuhnya.

Terdapat hanya beberapa orang di hutan belantara itu. Hutan itu seperti pasir timbus, yang terdapat jejak-jejak baru daripada binatang-binatang yang ganas dan penyamun berkuda.

Sejak kumpulan pengembaraan itu masuk ke kawasan itu, mereka telah mengalami situasi yang bahaya beberapa kali. Walaupun tiada sesiapa yang mati, semakin hari deria Leylin mengesan krisis bertambah kuat. Dia tidak sabar menggunakan kuasanya.

Apabila waktu fajar tiba, kumpulan pengemberaan itu pun meneruskan perjalanannya. Leylin duduk di sudut sambil menyilangkan tangannya di hadapan dadanya. Remaja-remaja di hadapannya mengelakkan diri mereka kerana rasa jijik dengan dirinya, yang membenarkan dirinya meluasi ruang yang besar.

"Aku tak tau apa kaedah yang Bessita guna. Orang-orang di gerabak ini masih memulaukan aku. Kalau aku hanyalah remaja biasa, mungkin ini telah buat mereka jadi gila! Sayangnya mereka jumpa aku!"

Leylin meregang-regang bahagian belakang badannya. Dia telah berlatih sehingga lewat malam semalam, membuatkan dia sangat letih sekarang. Ruang yang luas itu mencukupi untuk dia rehat seketika. "Walau bagaimanapun, dunia ini sangatlah luas, kumpulan pengembaraan ini telah pun mengembara selama setengah tahun, mereka masih belum sampai ke destinasi lagi. Malah kita belum nampak lautan pun…."

Leylin kemudian terlelap sambil memikirkannya.

Ding ling ling!

Kumpulan pengemberaan itu pun berhenti pada masa itu. Lelaki berjubah hitam itu membunyikan loceng di tangannya: "Tuan-tuan dan puan-puan! Sudah tiba masanya untuk keluar dari gerabak dan juadah makan tengahari!""Dah sampai masanya ke?" Leylin membuka matanya. "Gaya hidup sebegini amat membosankan!"

Selepas turun dari gerabak itu dan menerima bahagian makanannya, Leylin mengunyah sekeping roti putih sambil berjalan menuju ke kawasan berumput berdekatan tapak perkhemahan.

Herba-herba gantian yang dia kumpulkan sebelum ini telah habis digunakan, jadi dia sedang bersedia untuk mengisi stok baru.

Dia memerhati tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya sambil berjalan. "Ini ialah Buah Akar Jed, ia telah termasuk dalam pangkalan data. Ini tidak berguna untuk aku!"

"Mm! Rumput Samun, tumbuhan jenis ini hanya boleh dijumpa di hutan belantara. Ia boleh dituai!" Leylin mencabut satu tangkai rumput kotor yang berwarna coklat. Terdapat duri-duri yang sangat tajam di sekeliling rumput itu. Leylin berhati-hati patahkan tangkai itu dan mengunakan jarinya untuk mencolek cecair berwarna jed yang terus mengalir keluar daripada rumput itu. Riak mukanya berubah kecewa setelah dia meletakkan jarinya di dalam mulutnya. "Akhirnya aku jumpa, Buah Ular Tanpa Bunga!" Leylin campak Rumput Samun itu ke tanah. Sambil berjalan dengan sambil lewa, dia ternampak sesuatu, buah berwarna kuning yang dia makan semalam, tumbuh di semak berdekatan. Riak mukanya sangat gembira. "Hehe! Apa ini yang aku nampak? Leylin! Patutkah aku fikir 'seperti yang dijangka daripada seorang ahli bangsawan yang kecil dari kampung itu'? Betul ke kau benar-benar makan buah-buah liar di tepi jalan? Kau betul-betul telah mencemarkan reputasi kaum bangsawan…."

Sebaik sahaja dia mencabut Buah Ular Tanpa Bunga itu dan meletakkannya di dalam poketnya, kedengaran suara yang menjengkelkan.

"Adakah itu Ourin?" Leylin mengangkat kepalanya dan nampak pembunuh yang membunuh tuan badannya yang asal.

Ourin mempunyai rambut berwarna merah yang berapi, dan mempunyai badan yang sado. Lengannya tebal dan besar seperti peha Leylin. Dia tengah menyilangkan lengannya di hadapan dadanya sambil senyum seakan-akan mengejek Leylin.

Terdapat beberapa remaja bangsawan di sisinya, yang dibawa serta untuk mengacau Leylin.

"Cip A.I., imbas statistik mereka!"

Cip A.I. memberi maklum balas.

Melihat data-data di depan matanya, dia kedapatan bahawa kekuatan Ourin boleh tahan. Kekuatan dia hampir sekuat dua lelaki dewasa. Patutlah dia boleh mendatangkan kecederaan parah kepada Leylin yang asal.

Sebagai seorang anak bangsawan, asalkan mereka mampu bertahan dengan penderitaan dan tekun berlatih setiap hari, tambahan pula dengan teknik pernafasan, ia bukan sesuatu yang ganjil untuk mencapai keputusan seperti Ourin. Ahli-ahli bangsawan di sisi Ourin tidaklah sekuat mana; kebanyakkan statistic mereka adalah di bawah 1. Leylin pernah melihat seorang remaja yang bermuka pucat di mana statusnya di antara 0.5, di mana Leylin yang asal pun boleh menang.

Sambil berkira-kira status-status itu di dalam kepalanya, kekuatan Ourin tidaklah berbeza sangat dengan dirinya. Tetapi yang pasti teknik pedang dan gerak kaki Ourin tidak setanding Leylin, ini kerana dia telah mendapat bantuan daripada Cip A.I. Manakala kepada remaja-remaja yang lain, mereka hanya mampu meningkatkan jumlah sokongan terhadap Ourin. Perbezaan antara status dia dan mereka sangatlah besar. Ini menyebabkan mereka itu senang untuk diuruskan, seperti seorang dewasa membuli seorang budak.

"Ada sebarang masalah ke?" Leylin bertanya dengan tenang.

"Kau….." Reaksi Leylin telah membuatkan Ourin terkejut. Dia sangat berani dan ini membuatkan Ourin terkedu.

"Kalau ini berkaitan dengan apa yang berlaku dengan Bessita, bukan aku dah minta maaf ke sebelum ini? Bessita pun sudah maafkan aku…." Leylin memberitahu Ourin.

Dalam masa yang sama, dia pun berdebar-debar; mungkinkah ini satu perangkap yang dihantar oleh Bessita. Selepas bertahan selama sebulan, adakah akhirnya dia tidak mampu untuk bertahan lagi? "Ye betul! Ini adalah disebabkan Bessita! Dia dah maafkan kau, tapi aku belum!" Ourin bercakap dengan kuat sambil mengenggam buku limanya.

"Ok! Jadi apa yang kau nak?" Leylin mendepangkan tangannya seluas yang boleh, menampakkan seperti seorang yang lemah. Tetapi, terdapat unsur ejekan di matanya.

Ourin tidak sangka yang Leylin sangat patuh, dan bergelut selama ini sebelum tergagap-gagap: "Kau kena bersumpah jangan ganggu Bessita lagi pada masa hadapan.""Baiklah!" Leylin setuju dengan serta merta, sambil meletakkan tangan kanannya di lambang yang berada di dadanya. Lambang itu mempunyai pedang salib dan gambar skylark, di mana ia adalah lambing keluarga Farlier!

"Dengan tanda hormat aku sebagai seorang ahli keluarga Farlier, aku bersumpah tidak akan menganggu Bessita lagi atas kehendak diriku sendiri!"

Seorang ahli bangsawan akan dianggap serius apabila dia bersumpah mengunakan reputasi keluarganya.

Siapa yang melanggar sumpahan itu, dia akan dicemuh oleh seluruh ahli bangsawan. "Jadi! Encik Ourin! Boleh aku pergi sekarang?"

Leylin tunduk sedikit, dengan etiket ahli bangsawan yang sempurna.

"Tunggu sekejap!" Ini tidak terlintas dalam fikiran Ourin yang Leylin tidak menunjukkan apa-apa tentangan, ini menyebabkan dirinya bertambah tamak haloba: "Berdasarkan ajaran ahli bangsawan, kau kena bagi pampasan. Serahkan semua kristal ajaib yang kau ada!""Kristal Ajaib!" Penonton di sekeliling terkejut.

"Kristal ajaib?" Leylin mengulanginya. Berdasarkan memorinya, kristal ajaib itu boleh diklasifikasikan sebagai mata wang antara Magi. Ia adalah barang-barang yang diperlukan oleh pembantu paderi yang tiada surat akuan untuk masuk ke akademi.

Leylin tidak tahu jumlah yang tepat yang diperlukan untuk masuk ke akademi tersebut kerana dia tidak memiliki satu kristal ajaib pun. Viscount John pasti telah cuba beberapa kaedah lain untuk mendapatkan kristal-kristal ajaib itu. Setelah mencari dengan segala daya dan upaya, beliau masih gagal untuk mendapatkan satu Kristal ajaib. Ini dengan terang dan bersuluh menunjukkan nilai kristal-kristal ajaib itu!