Tiga puluh lima minit sebelum tamat waktu peperiksaan, intan sudah bangkit untuk meninggalkan dewan dan memberi isyarat kepada lysha yang dia akan menunggu di luar dewan. Sudah menjadi kebiasaan intan keluar examination hall awal tidak kira sama ada dia confident atau tidak dengan setiap jawapan yang diberikan.
Keluar sahaja dari dewan, intan terpandangkan kerusi dan meja batu yang terdapat dikoridor dewan lalu segera mengambil keputusan untuk merebahkan punggungnya disitu. Sebelum melangkahkan kaki intan sempat mengeluarkan telefon bimbit miliknya lalu menelefon ma.
'Assalamualaikum ma, buat apa tu? Dah makan ke belum?' intan tersenyum sambil berbicara dengan orang di dalam talian. Ma merupakan singkatan mama, ma beritahu dari kecil lagi intan adik beradik mengelar dirinya begitu.
'Dah makan dah, tak buat apa pun duk depan tv ni ha. Macam mana exam tadi, okay ke?' tanpa berlengah intan terus menjawab 'biasalah ma ada yang susah soalannya' belum sempat intan nak bertanyakan soalan seterusnya, dia terlanggar seseorang yang juga hendak duduk dibangku yang dia perhatikan tadi. Dengan segannya dia memutuskan talian dengan berjanji akan menelefon kembali.
'Mintak maaf sanggat, saya tak perasan awak tadi' intan meminta maaf sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Di amati rupa jejaka yang berada dihadapannya. 'Mat salleh ke dia ni, eh jap mana ada mat salleh belajar kat sini agaknya kacukkan apalah ek dia ni' intan bermonolog sendiri didalam hati.
Lelaki yang berada dihadapannya itu hanya mendiamkan diri sambil melihat rupa intan adrina yang kemerahan akibat menahan malu. Terjentik tangkai hati lelakinya saat melihatkan senyuman gadis itu. 'Its okay, I'm fine. No big deal' Adam Adrian segera membalas selepas dia tersedar yang gadis dihadapannya itu sudah berubah riak kerana dirinya merenung lama wajahnya itu. 'Dah kenapa mat salleh ni tenung aku, ada yang comot ke kat muka aku ni ke serabai sanggat rambut aku?' intan sudah kebingungan sendiri. Adam yang seakan dapat menangkap apa yang terlintas difikiran intan segera membalas 'Its nothing wrong with your face' sambil tersenyum kepada intan.
Gulp! tersentak intan melihatkan senyuman yang diberikan oleh mat salleh ni. Intan yang kelam kelibut segera melabuhkan punggungnya untuk menstabilkan diri sehinggakan dia terlupa untuk menanyakan adakah dia boleh duduk disitu. Intan yang tersedar akan kesilapan dirinya segara menepuk dahinya dan kembali bangkit dari kerusi itu. Dia memerhatikan sekelilingnya tetapi tiada satu pun bangku yang kosong, dia lalu melihat jejaka dihadapannya itu.
Bagaikan memahami apa yang terlintas difikiran intan, adam hanya mengangguk memberi persetujuan intan untuk duduk dihadapanya. Intan dengan segan sipunya mengucap 'thanks' kepada jejaka itu. Lima belas minit berlalu tanpa sebarang butir bicara yang dikeluarkan, hanya kedengaran bicara-bicara orang kiri dan kanan sementara intan menunduk sambil melihat kakinya yang digoyangkan kedepan dan kebelakang.
Adam pula seronok menatap wajah putih bersih intan. Intan mempunyai wajah putih bersih tanpa sebarang jerawat dan parut, pakej sekali dengan bulu mata yang panjang dan hidung yang mancung. Intan yang merasakan seperti ada mermehatikan dirinya segera memangung kepala tetapi adam lebih pantas berpura-pura melihat telefon bimbitnya yang sedari tadi ditangannya.