webnovel

Chapter 4

Asyraf terkejut dengan tindakan Mioko itu. "Mungkin dia ingin membawa aku ke tempat yang tersorok supaya senang kami membuat sesuatu nanti. Gadis ini memang cukup liar. Macam aku tidak tahu putingnya mengeras ketika dia memeluk aku tadi. Kalau dia sudi memberi aku terima saja. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak mahu jangan dicari hehehe!!". Fikir Asyraf didalam hatinya sambil tergelak kecil.

"Kita pergi ke tandas awam yaa!!" Jelas mioko setelah melihat perubahan pada wajah Asyraf yang sebelum ini tenang berubah kepada wajah pervert. Dia sudah arif dengan wajah bernafsu lelaki. Timbul sedikit kerisauan dihatinya. Tetapi disebabkan Asyraf baru sahaja menolongnya sebentar tadi. Dia mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan Asyraf.

"Ehhh!!! tandas awam" jerit Asyraf di dalam hatinya. Bukan dia tidak pernah melihat video dewasa sebelum ini. Sebab itulah dia mengerti kata-kata dari gadis itu. Asyraf mula terbayang apa yang akan berlaku di tandas awam nanti bersama gadis itu sambil air liurnya meleleh-leleh dibibirnya. Belum sempat Asyraf berimajinasi tentang payudara Mioko. Imajinasinya dipotong oleh Mioko.

"Kita pergi tandas awam supaya awak dapat menyalin pakaian disana. Mungkin awak boleh mandi sekali disana sebab sekarang awak berbau hancing!!" Jelas Mioko sekali lagi apabila wajah Asyraf berubah lebih menyeramkan dari sebelum ini.

"Owhh jadi kita tidak pergi ke tandas untuk buat...ehh tiada apa-apa la. Mari-mari kita cuci bau hancing ni hahaha". Jelas Asyraf sambil membuang tawa kecil. Dia kemudian menghembuskan nafas lega hampir-hampir sahaja dia tersasul untuk menyatakan perkara kotor yang dipikirkannya sebentar tadi.

"Hahhh!!" soal Mioko di dalam hatinya.

"Apa yang dia cuba sampaikan tadi. Ehhh!! Mungkin...". Wajah mioko berubah kemerah-merahan disebabkan menahan malu. Dia seakan-akan mengerti apa yang dipikirkan oleh Asyraf sebentar tadi.

Sepanjang jalan mereka hanya terdiam sahaja. Seorang sedang berada dialam payudara dan seorang lagi masih gemuruh dengan apa yang didengar olehnya sebentar tadi. Akhirnya mereka hanya berdiam diri sahaja sambil melayan perasaan sendiri.

"Okey kita sudah sampai. Awak masuklah dulu cuci wajah awak ataupun awak bole mandi dahulu. Bau hancing yang melekat di badan awak tu busuk sangat. Saya pun tidak tahan membaunya". Suruh Mioko apabila mereka sudah tiba betul-betul dihadapan tandas awam. Sekiranya Mioko tidak memandang ke hadapan mungkin mereka sudah masuk ke tandas bersama-sama. Mana tidaknya dari tadi lagi mereka sedang sibuk di dunia masing-masing.

"Sorry yaa... disebabkan saya awak terpaksa harungi keadaan memalukan ni". Tambahnya lagi. Perasaan bersalahnya terhadap apa yang berlaku kepada Asyraf sebentar tadi membuatkan hatinya tidak senang.

"Owhh...tidak apa-apa. Tiada masalah, ini adalah sebahagian daripada tugas saya sebagai seorang lelaki yang kacak, sado dan bergaya untuk melindungi gadis-gadis berdada...ehh gadis-gadis cantik yang dalam kesusahan hehehe". Jelas Asyraf apabila melihat wajah gadis itu yang tiba-tiba berubah suram walaupun dia hampir menyebut gadis itu berdada besar disebabkan terlalu sangap tetapi di dalam hatinya dia betul-betul ikhlas membantu gadis itu.

"Terima kasih awak" ucapnya sambil tersenyum dalam masa yang sama menahan malu apabila dia terdengar perkataan 'berdada' yang diungkapkan oleh Asyraf sebentar tadi.

"Saya pergi membeli pakaian persalinan awak dulu yaa..." Sambungnya sambil berlalu pergi.

Belum sempat Asyraf membalasnya mioko sudah berlalu pergi.

"Huhh, baiklah jom kita pergi mandi". Dia terus melangkah masuk ke dalam tandas sambil bersiul.

Tiba-tiba....

"Arghhhh!! Perverttt!!" Jerit seorang wanita di dalam tandas itu.

"Minta Maaf!!" ucap Asyraf sambil meluru keluar. Rupanya dia tersalah masuk ke dalam tandas wanita. Mana tidaknya dia baru sahaja tinggal di negara terbitnya matahari itu(Japan) dan masih keliru dengan corak segitiga dan empat segi yang terpapar di pintu tandas awam. Akhirnya dia berkhayal buat kali kedua didunia payudaranya.

"Jangan kau cuba lari bodoh!!" wanita itu memekik sekali lagi sambil membuka kasut tumit tingginya untuk dibaling ke arah Asyraf apabila melihat Asyraf cuba meloloskan diri. Langkah telah diatur. Tangan kirinya diangkat ke hadapan selari dengan badan Asyraf kemudian jari hantu dan jari telunjuknya diangkat kelangit untuk membentuk huruf V seperti seorang perisik yang handal dia menganggar jaraknya dengan Asyraf.

"Dengan kuasa bulan akan menghukummu!!" Jampi serapah persis dalam serial anime Sailormoon dilaungkan oleh wanita itu. Kemudian tangan kanannya dihayun cantik. Kasut tumit tingginya dicampak dan berpusing-pusing ke udara seperti boomerang setapak demi setapak menghampiri Asyraf.

"BAAAMMMM!! HEADSHOT!!" kasut tumit tinggi yang dibalingnya tersasar kedinding lalu terpantul semula ke arah gadis itu dan singgah tepat di mukanya. Wanita itu jatuh tersembam ke tanah. Dia terpinga-pinga bagaikan tidak percaya kasut tumit tinggi yang dibaling olehnya berpatah balik ke arahnya lalu menghempap wajahnya. Pada ketika itu barulah dia sedar semua ini hanyalah salah faham. Sebab itulah bulan menghukumnya.

"Fuhhh!!" nafas dihembus selepas merasakan dirinya telah selamat dari serigala betina itu. Spontan itu dia berjalan masuk ke tandas lelaki untuk membersihkan badannya yang melekit dengan urin Reiyu.

Setelah berjalan melepasi kawasan parkir basikal Mioko terlihat deretan-deretan kedai pakaian dan cenderemata di seberang jalan. Dia terus bergegas ke sana apabila risau akan keadaan Asyraf yang terpaksa menunggunya di tandas awam itu.

Puas berpusing-pusing dan memerhati deretan kedai pakaian dan cenderamata yang dia lalui, akhirnya dia berhenti di sebuah kedai yang paling meriah sekali diantara kedai-kedai yang lain.

"Hermm dekat sini banyak sedikit pilihan dari kedai-kedai yang lain, bajunya juga cukup berkualiti dan harga juga begitu memuaskan tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah sesuai untuk semua lapisan masyarakat". Ujar mioko dalam hatinya setelah menilik kedai pakaian dan cenderamata itu. Mioko terus bergegas masuk ke dalam.

"Pengunjung yang datang ke kedai ini pun ramai. Betul sangkaan aku kedai ini menawarkan pakaian yang berkualiti tinggi serta cenderamata yang cukup unik dan tidak boleh dijumpai di kedai-kedai yang lain". Puji Mioko apabila melihat keadaan di dalam kedai itu yang sungguh meriah.

"Selamat datang ke kedai kami puan". Sapa seorang pekerja wanita di kedai itu.

"Iihh!!" rintih mioko sambil badannya terjungkit ke atas sedikit kerana terkejut dengan sapaan secara tiba-tiba oleh pekerja itu.

"Terima kasih" ucapnya sambil menaikkan kepalanya untuk memandang pekerja wanita yang menyapanya itu.

"Ehhhh!!!" rintih mioko dengan lebih kuat apabila dia terkejut buat kali keduanya setelah melihat pekerja wanita yang menyapanya itu sedang memakai cosplay bunny girl seperti watak Mai Sakurajima dalam serial anime Seishun Buta Yarou wa Bunny Girl Senpai no Yume wo Minai. Matanya terus terbeliak manakala mulutnya juga terlopong dengan luas bagaikan tidak percaya apa yang dilihat di depan matanya. Spontan itu dia meneliti susuk badan wanita itu dari atas ke bawah.

"Dia sangat tinggi dan langsing, Payudaranya sangat besar. Hmmph..luar biasa, sangat sesuai dipasangkan dengan cosplay Bunny Girl yang memerlukan gadis yang sekurang-kurangnya mempunyai ukuran dada bersaiz C-cup bagi menonjolkan ciri-ciri seorang Bunny Girl, pinggangnya yang sangat nipis dan langsing sehingga menonjolkan pinggulnya yang besar dan pejal sesuai dengan cosplay Bunny Girl yang ketat hanya menutupi bahagian atas badan sahaja dan mendedahkan hampir keseluruhan pinggul dan mendedahkan keseluruhan peha sehingga ke kaki dengan daya tarikan seperti itu dia dapat menarik ramai pelanggan untuk datang ke kedai ini. Malangnya, walaupun wanita itu mempunyai bentuk badan yang boleh membuatkan sekurang-kurangnya 90% populasi wanita cemburu, tetapi kecantikan wajahnya hanya biasa-biasa sahaja. Dia tidak hodoh tetapi cukup jauh untuk memanggilnya cantik!!" Bahas Mioko panjang lebar setelah meneliti dengan agak serius seperti seorang isteri yang sedang menyiasat suaminya yang curang.