webnovel

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · สมัยใหม่
Not enough ratings
57 Chs

Chapter 11 : Young Prince

Klik!

Sensor pergerakkan menyala dan pada masa yang sama lampu secara automatic activate setelah pintu penthouse terbuka. Bunyi itu telah munculkan nanny keluar dari dapur dengan beg tangan di bahu. Menyambut kepulangan tuan rumah tersebut.

"Selamat pulang Tuan Seth."sambut Roslinda kepada bosnya sebaik lelaki itu hendak naik ke tingkat atas.

Kakinya yang baru hendak pijak anak tangga di turunkan. Seth pandang nanny berusia 40 tahun di depannya Bersama keluhan panjang. Lupa pulak dia!

"Sylas dah tidur ke?"tanya Seth dengan perlahan. Satu hari ni dia dapat keluhan dari nanny mengenai anaknya yang tidak henti-henti meragam.

"Ya tuan...tuan muda Sylas sudahpun masuk tidur selepas mogok tidak mahu makan. Akhirnya saya berikan dia susu sahaja untuk mengisi perut supaya tidak kelaparan."jelas Roslinda dengan tertib.

Seth memalingkan kepala. Dia dongak ke tingkat atas dengan renungan letih. Haih!Letih betul la. Entah bagaimana lagi dia hendak uruskan anak kecil berusia 5 tahun tu. Ada saja ragam dan tantrum yang hendak di lontarkan. Nak kata tak cukup kasih sayang, tak pula. Nak kata kurang perhatian, berlebih-lebih perhatian telah dia berikan.

"Terima kasih...kamu boleh pulang kalau begitu.."ujarnya tanpa memandang.

"Baik tuan. Saya minta diri dahulu."tunduk Roslinda sebelum bergerak ke arah pintu dan keluar dari situ.

Dengan berat hati, kaki Seth mula mendaki anak tangga dan gerak ke bilik tidur Sylas. Setibanya dia dalam ruangan yang penuh dengan ikon marvel dan figura matanya terarah pada anak kecil yang terlena dalam keadaan mengiring itu. Mulut sedikit terbuka, tetapi mata terpejam rapat. melihatkan wajah milik anak itu buatkan Seth berasa kesal.

Mungkin salah dia sebab tak dapat nak jadi orang tua yang baik dan sempurna untuk anak ini.

Dia letakkan brief case ke kerusi belajar di tepi ruangan tersebut lalu berhati-hati mendekati tepi katil itu. Punggung di henyak perlahan pada birai tilam semasa tunduk mengusap rambut berkilat milik anak kecil itu. Hatinya di runtun pilu. Apa la salah Sylas sampai sebegini nasib yang menimpa anaknya pada usia semuda ni.

"Dia tak bisu?"

"Betul.Sylas tidak bisu. Menurut pemerhatian, Sylas sebenarnya normal. Oleh kerana masalah psikologi, dia ambil keputusan untuk mendiamkan diri. Itu yang menyebabkan orang fikir dia bisu.."

Mencerlung kening dia sebaik mendengar penjelasan doctor pakar di hadapannya ini. "Masalah apa?Dia sudah masuk 5 tahun?Kalau normal mesti sudah pandai berkata-kata..."soalnya berasa begitu tergamam.

"Tidak juga encik. Ada sesetengah kanak-kanak perkembangan pertuturannya belum matang lagi. Kemungkinan besar, satu dari punca kenapa hal ini terjadi adalah kerana Sylas mungkin mengalami trauma atau ada sesuatu yang menyebabkan fikirannya terganggu."jelas doktor dengan sebaik mungkin.

Dia yang dengar sudah menyirap bengang. Apa lagi masalahnya sekarang ni?Tak satu-satu pakar dia jumpa. Semuanya bagi alasan yang sama. Tak cukup ke dengan bayaran yang dia telah berikan kepada mereka untuk sembuhkan anaknya ini!

"Adakah Sylas pernah menghadapi peristiwa yang dasyat hingga menyebabkan dia kelihatan takut hendak bersuara atau apa-apa yang boleh jadi punca kenapa dia hendak membisukan diri?"soal doctor kepadanya semula.

Pertanyaan itu buatkan dia mati akal. Perasaan serba salah dan terkilan telah membuatkan dia sendiri menjadi kecewa dengan apa yang menimpa Sylas.

Tidak kira apa dia buat, Sylas tetap enggan berkata apa-apa. Anak ini kekal mahu mendiamkan diri. Di pujuk di sayang bagai menatang minyak yang penuh, Masih juga tiada perubahan. Asyik dia sedang termenung, Seth menyedari sepasang mata sedang memandang dirinya.

"Hei buddy.."sapa Seth dengan senyuman di bibir saat mengusap lembut tepi lengan tu.

Mata Sylas berkedip beberapa kali sebelum dia gerak mengiring membelakangkan Seth. Enggan memandang lelaki itu atau berhadapan dengannya.

"Sorry sebab tak dapat nak balik awal hari ni...ada banyak hal yang perlu di lakukan.."keluh Seth bernada bisik yang memujuk. "Ayah harap kamu faham tu.."

Sylas diam termenung, Dia peluk selimut dengan rapat ke bawah dagu. Perhatiannya terarah pada frame gambar watak ironman yang tergeletak di night stand sebelah katilnya.

Melihatkan reaksi dingin yang di terima oleh Sylas, Seth ambil keputusan untuk tidak terus menganggu anaknya itu. Dia kemudiannya bingkas bangun dari situ dan mencapai brief case semula untuk keluar meninggalkan Sylas sendirian. Langkahnya kemudian di atur ke arah bilik tidurnya pula.