webnovel

Atlantis

KERETA yang dipandu oleh Inspektor David menyelusuri deretan rumah banglo yang tersergam indah di kawasan perumahan Gasso Height. Kawasan perumahan ini terletak agak jauh dari pusat bandar. Ianya memang sesuai sekali dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran bagi mereka yang ingin lari dari kesibukkan kota. Kebanyakkan penghuni di sini terdiri daripada mereka yang kaya dan ternama. Ahli politik, saintis, pakar ekonomi, artis, penulis dan ahli perniagaan telah menjadikan kawasan ini sebagai perkampungan mereka sejak dua puluh tahun dahulu. Kedudukannya yang agak terpencil dan terletak jauh dari tumpuan orang ramai menjadi pilihan golongan-golongan ini termasuklah Profesor Kardiff yang merupakan seorang tokoh terkenal negara yang telah banyak melakukan penyelidikan dan penemuan yang begitu mengagumkan dalam bidang sains, teknologi dan kesenian.

Marina terlelap seketika dalam perjalanan mereka menuju ke Gasso Height. Inspektor David menepuk-nepuk bahu Marina bagi mengejutkannya daripada tidur. Marina terjaga. Perlahan-lahan dia membuka mata. Dia menggosok-gosok matanya yang dirasakan masih kelat. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan melihat keadaan sekelilingnya.

"Sorry. Tertidur pula… um… Dah sampai mana?" soal Marina dengan suara yang agak parau.

"Kita dah sampai di Gasso Height" jawab Inspektor David selamba.

"Jauh lagi ke rumah Profesor Kardiff?"

"Tu…" Inspektor David memuncungkan bibirnya ke arah rumah banglo dua tingkat yang terletak empat lat daripada tempat pemanduannya. Kebanyakkan rumah-rumah di situ tidak berpagar.

Inspektor David memberhentikan keretanya di hadapan rumah itu dan bergegas keluar dari kereta pacuan empat rodanya itu. Tanpa menunggu Marina, dia melangkah laju mendekati pintu utama. Marina membuka tali pinggang keselamatan yang dipakainya sejak dari tadi dan melangkah keluar. Matanya melilau memerhati keadaan sekeliling kawasan kejiranan yang nampak begitu menarik sekali.

Gasso Height adalah antara kawasan perumahan yang paling menarik sekali di Pasadianka. Kebanyakkan mereka yang tinggal di sini mempunyai citarasa yang unik.

Reka bentuk rumah-rumah di sini amat berlainan daripada rumah-rumah biasa. Ianya begitu mengagumkan sekali. Daripada bentung binatang, kapal, buah-buahan, piring terbang, not muzik, arca esentrik dan berbagai-bagai lagi.

Penduduk rumah di sini diberi kebebasan untuk mengubah suai kediaman mereka. Kadangkala, ada yang mengubahnya setiap tahun. Mereka memang tidak takut bereksperimentasi.

Bentuk rumah Profesor Kardiff pula berbentuk sfera. Dindingnya pula berwarna biru dan dihiasi dengan ukiran not-not muzik berwarna emas. Suasana malam menyerlahkan lagi kilauan ukiran. Sekali imbas, ia kelihatan seperti planet Neptune yang mempunyai permukaan yang berkilauan. Seperti rumah-rumah lain yang terdapat di Gasso Height, halaman Profesor Kardiff dihias cantik dengan pelbagai jenis tanaman dan bangunan yang padan dengan warna dan rekaan rumahnya.

Marina juga terpegun dengan rekaan gazebo yang dihiasi dengan corak-corak kad poker. Sekaligus mengingatkan Marina tentang cerita 'Alice di Alam Fantasi'

"Marina lekaslah!" Inspektor David menggesa Marina bergerak ke arah pintu rumah banglo dua tingkat Profesor Kardiff itu. Dia sudah beberapa kali menekan butang loceng di sebelah kiri pintu yang diperbuat daripada keluli itu.

"Ada orang tak?" tanya Marina. Perlahan-lahan dia datang kepada Inspektor David.

"Tunggu sekejap. Barangkali dia tak dengar bunyi loceng ni" Inspektor David melihat ke arah jam di pergelangan tangannya. Dia menekan loceng itu sekali lagi. Kali ini pintu rumah itu dibuka. Seorang lelaki berumur dalam lingkungan empat puluhan berdiri sambil mengukir senyuman. Dia adalah Alvin, pembantu rumah yang telah lama bekerja dengan Profesor Kardiff.

"Oh! Inspektor David…" dia menyambut Profesor David dengan mesra."Nak jumpa Profesor Kardiff?" tanya Alvin.

"Ya. Dia ada?" jawab Inspektor David.

"Ada. Masuklah." Alvin menjemput mereka berdua masuk. Matanya memerhatikan Marina yang mengekori Inspektor David. Dia berasa sedikit hairan. Tidak pernah Inspektor David membawa teman. Selalunya dia dating seorang diri. Tetapi hari ini dia berteman.

"Mana prof?" mata Inspektor David liar mencari Profesor Kardiff yang tidak kelihatan. Mereka mengikut Alvin menuju ke makmal peribadi Profesor Kardiff.

"Di atas. Nanti saya panggil dia. Masuklah." Alvin membawa mereka masuk ke makmal.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam makmal peribadi Profesor Kardiff, Inspektor David begitu terpegun sekali melihat keadaan dan reka bentuk baru makmal tersebut.

"Terkejut?" Alvin menegur Inspektor David sejurus sahaja melihat perubahan pada wajah Inspektor David. Marina juga melihat kawasan makmal yang sudah bertukar wajah itu. Walaupun ini kali pertama dia dating ke situ, reka bentuk baru makmal itu sudah cukup untuk membuatkannya berasa kagum. Dinding makmal itu diubah dengan jubin berisi air yang kebiru-biruan. Peralatan-peralatan yang dahulunya hanya berwarna hitam, putih dan coklat kini telah menerima sentuhan baru yang lebih segar dan futuristik. Terdapat juga hiasan-hiasan seperti batu karang, rumpai laut dan terumbu karang. Di tengah-tengah makmal pula dihiasi dengan akuarium bulat besar yang diisi dengan ikan-ikan kecil pelbagai warna. Tidak salah jika dikatakan rekaan makmal itu kini bertemakan lautan.

"Ya…bila prof tukar reka bentuk makmal ni?' jawab Inspektor David. Dia bertanya kembali kepada Alvin.

"Sebulan lepas. Bosan barangkali. Yelah… asyik tukar rekaan luar rumah je… Rekaan dalam pun nak kena tukar juga" terang Alvin dengan ringkas. "Siapa yang kamu bawa ni?" dari tadi lagi Alvin ingin bertanya tentang Marina.

"Oh ya! Terlupa pula saya. Ini Marina. Marina, kenalkan ini Alvin pembantu rumah Profesor Kardiff"

"Hai" Marina menghulurkan tangannya dan disambut Alvin dengan penuh mesra.

"Cantik orangnya." Alvin memuji. "Kamu berdua duduklah dulu. Saya panggilkan Profesor Kardiff sebentar." Dia segera ke tingkat atas untuk memanggil Profesor Kardiff.

Inspektor David dan Marina duduk di atas kerusi panjang yang terletak di tengah-tengah ruang makmal itu. Marina mengeluarkan surat dan buku catitan ayahnya yang disimpan di dalam sampul surat besar berwarna coklat. Dia membuka buku catitan itu dan menyelak helaian demi helaian. Manalah tahu, apa yang ditulis oleh ayahnya yang boleh dijadikan klu bagi membantu mereka. Tiba-tiba, telefon Marina berbunyi. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang berwarna putih itu daripada beg tangan. Skrin telefon itu memaparkan nama Doktor Fendi.

"Helo" ucap Marina sejurus menjawap panggilan itu.

"Helo Marina. Ini uncle. Marina apa khabar?"

"Baik uncle. Kenapa uncle telefon ni?"

"Saja nak tahu perkembangan Marina. Macam mana perkembangan kes pembunuhan tu?"

"Masih dalam siasatan. Marina pun turut sekali dalam siasatan. Masih banyak lagi yang perlu disiasat."

"Oh begitu…" kata Doktor Fendi. "Marina di mana sekarang ni?"

"Di Gasso Height. Rumah Profesor Kardiff"

"Rumah Profesor Kardiff? Buat apa di situ?" tanya Doktor Fendi.

"Uncle kenal dia ke?" soalan Doktor Fendi tidak berjawab. Marina bertanya kembali.

"Um…kenal. Tapi uncle tak pernah jumpa dia. Apa Marina buat di situ?" Doktor Fendi mengulang pertanyaannya.

"Inspektor David kenal rapat dengan dia. Jadi kami cuba minta pertolongan dari dia.. manalah tahu dia boleh tolong"

"Hai… sampai jumpa Profesor Kardiff?" kata Doktor Fendi.

"Entahlah… Inspektor David yang beria-ia nak pergi"

"Jadi kamu pergi dengan Inspektor David lah ye..?" Doktor Fendi bertanya lagi.

"Ya. Saya pergi berdua dengan Inspektor David"

"Emm…baguslah kalau berteman. Risau juga kalau kamu pergi seorang diri. Baiklah Marina, kamu sambunglah kerja kamu tu. Kalau ada apa-apa atau ada sesuatu yang kamu mahu uncle tolong janganlah segan-segan beritahu uncle ya…"

"Baiklah uncle. Oh ya! Saya nak tanya uncle. Uncle kenal tak dengan sesiapa yang bernama Shahril?"

"Shahril? Emm… Uncle macam pernah dengar. Uncle rasa dia.." Doktor Fendi tiba-tiba terdiam. Namun, Marina masih boleh mendengar dengusan nafasnya. Dia seperti menahan kesakitan.

"Kenapa uncle?" Marina mula bimbang dengan keadaan Doktor Fendi.

"Uncle sakit kepalah…tiba-tiba je .…."

"Uncle tak pa-apa?"

"Oh tak. Uncle tak pa-apa. Rasanya sekejap lagi baiklah."

"Okey. Tapi kalau boleh pergilah buat pemeriksaan" Marina member nasihat. "tak mengapalah, saya rasa ada baiknya uncle pergi berehat dahulu"

"Baiklah terimah kasih Marina. I have to go. Bye"

"Bye"

Marina menekan punat merah telefon bimbitnya dan memasukkannya semula ke dalam beg tangannya.

"Siapa?" Inspektor David yang dari tadi mendengar perbualan Marina bertanya.

"Doktor Fendi…" Marina menjawab selamba.

"Apa yang dia nak?"

"Tanya khabar saya… tapi tiba-tiba sahaja sakit kepala sebaik sahaja saya bertanya mengenai Shahril."

"Kenapa pula begitu?" soal Inspektor David kembali.

"Dia memang begitu. Selalu sangat sakit kepala. Saya pun tak tahu kenapa."

Tiba-tiba satu suara menegur mereka.

"Saya harap awak suka dengan rekaan terbaru makmal saya yang bertemakan 'Atlantis' ini David!" Inspektor David dan Marina menoleh ke arah suara itu.

"Prof Kardiff" Inspektor David terkejut melihat Profesor Kardiff yang sedang menuruni tangga. Dia kelihatan berbeza sekali. Tidak seperti Profesor Kardiff yang dikenalinya dahulu.

"Kenapa? Terkejut? Awak ingat orang muda sahaja boleh bergaya?" Profesor Kardiff tersenyum simpul. Dia membetulkan rambutnya yang diwarnakan dengan warna merah coklat.

"Prof you look totally different! What moves you?"

"Oh nothing! You know I' getting older and I try to enjoy my life and do something that can make me happy and make others feel jealous. By the way how do you do?"

"Good! I'm good and you? Oh! Jangan jawab saya sudah tahu jawapannya." Kata Inspektor David dan disambut dengan deraian ketawa dari Profesor Kardiff.

"Dan ini…?" Profesor Kardiff menunjuk ke arah Marina.

"Oh. Ini Marina." Inspektor David memperkenalkan Marina kepada Profesor Kardiff.

"Hai Marina. Apa khabar?" Profesor Kardiff menghulurkan tangan.

"Baik Prof" Marina menyambut salam Profesor Kardiff itu dan melemparkan senyuman.

"Prof sebenarnya, dia adalah anak kepada Doktor Adam Raufal" jelas Inspektor David.

"Doktor Adam Raufal! Yang dibunuh tempohari?" Profesor Kardiff berasa sedikit terkejut dengan kehadiran Marina.

"Ya prof dan itulah sebabnya kami datang ke mari. Kami perlukan pertolongan Prof" jelas Inspektor David.

"Apa yang boleh saya bantu?"

"Marina. Tunjukkan surat dan buku catitan itu kepada Prof…" kata Inspektor David. Marina segera mengeluarkan surat dan buku catitan itu. Dia menunjukkannya kepada Profesor Kardiff.

"Ini dia Prof, surat ayah saya yang ditinggalkan kepada saya dan ini pula buku catitan yang saya jumpa di dalam biliknya" jelas Marina.

Profesor Kardiff mengambil surat dan buku catitan itu. Dia membaca dengan teliti ke semua isi kandungannya. Dia menelitinya dengan penuh khusyuk sekali. Suasana menjadi senyap untuk beberapa ketika. Inspektor David dan Marina menunggu dengan penuh sabar.

"Prof… Prof faham dengan apa yang ditulis di situ?" tanya Marina setelah melihat Profesor Kardiff selesai meneliti surat dan buku catitan itu.

"Saya rasa ini adalah petunjuk bagi sesuatu yang sangat rahsia… sangat-sangat rahsia. Sesuatu yang tidak diketahui oleh orang ramai. Saya rasa ayah kamu cuba memberi tahu mengenainya kepada kamu Marina. Tapi….tak kesampaian" jelas Profesor Kardiff.