webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · สมัยใหม่
เรตติ้งไม่พอ
28 Chs

Terima kasih untuk semuanya..

Aku memang terlanjur mencintaimu

Dan tak pernah ku sesali itu

Seluruh jiwa telah ku serahkan

Mengenggam janji setia ku

Ku mohon jangan jadikan semua ini

Alasan kau meyakitiku

Meski pun cinta mu tak hanya untuk ku

Tapi cobalah sejenak mengerti

-bila rasaku ini rasamu by kerispatih-

Elita menutup pintunya.Dia menghembuskan nafas berat dan mengingati ketika Gavin yang sentiasa menunggunya di depan pintu.Dia menuju ke bilik Gavin.Pintu dikuak perlahan.Dia meletakkan surat di atas bantal.

"Surat ni untuk awak,Gavin.Memang betul kita tak ditakdirkan bersama"

Air matanya mengalir perlahan.Lekas dia mengesat air matanya.Elita keluar dari bilik Gavin dan menutup kembali.

***

"Siapa yang mereka mengumpat?" Persoalan yang timbul dalam Puan Jefina.Tertanya-tanya orang yang diumpat oleh Ayita,Afra,Chandani dan Elmira semalam.

Encik Alvis menepuk bahu Puan Jefina.Lantas Puan Jefina mengalihkan pandangannya ke arah Elita yang masih termenung dan hanya makan sedikit.

"Kenapa Elita tak habiskan makanan lagi?"tanya Puan Jefina.

Elita menggeleng laju.Dia berjabat tangan dengan mama dan ayahnya ,lalu

keluar meninggalkan mereka.

"Abang,macam mana kita nak pujuk Gavin?Saya risau dengan keadaan anak kita ,makan pun sikit je badan dia tu dah nak kurus sangat"kata Puan Jefina.

"Saya pun tak tau dah,kita tunggu je dan doakan untuk mereka berdua"balas Encik Alvis.Puan Jefina mengangguk.Sedih melihat Elita dan Gavin berpisah.

***

Setelah Gavin selesai disoal siasat oleh pihak polis,Elmira datang melawatnya.Gavin tersenyum memandangnya.Elmira turut membalas senyumannya.

"Morning baby"ujarnya sambil duduk di sebelahnya.Gavin memegang tangan Elmira dan mencium tangannya.Senyuman Elmira terukir sehingga ke telinganya.Bahagia saat bersama Gavin dan gembira dapat menghancurkan hubungannya bersama Elita.Gavin menyandarkan kepala di bahu Elmira.Elmira ketawa kecil.

"Baby ni dah kenapa manja je?"soalnya.Tersipu-sipu malu.

"Tak boleh ke?"

"Boleh je tapi I malulah baby hihi"

"Buat apa nak malu?You kan selalu lawat I ,so I nak berterima kasih pada you"

"Erm..yelah baby"

Gavin membelai rambutnya.

"I sayang you so that's why I nak lawat you setiap hari because I miss you so much!"

Gavin tersengih.

"You nak tahu lagi tak tentang Elita?"

"Ok apa?"

"Elita kata yang dia happy happy sangat sangat bila awak berhenti jadi bodyguard dia"

Gavin memandangnya.Keliru.

"Yeke?Tapi semalam dia menangis je?"

"Lahh awak ni senang sangat ditipu,boleh tak awak jangan percaya sangat dengan lakonan dia tu,dia tu cuma berpura-pura je tapi kat belakang awak ,huh saya sendiri pun tak percaya tau tak yang dia tu talam dua muka je dengan awak.Kesiannya nasib awak selama ni sia-sia je awak jaga dia tapi dia tu jahat sangat pada awak tak kenang budi!"balas Elmira.Sengaja nak menghasut Gavin sekali lagi agar bencinya bertambah terhadap Elita.Gavin mengeleng dan terdiam.Elmira senyum sinis.

"Hahah padan muka awak cik Elita!Nampaknya Gavin dah percaya sangat2 dengan kata-kata saya hahahah"katanya dalam hati.

Elmira berdiri.

"Awak nak pergi kat mana?"tanya Gavin

"Nak kerja,besok I lawat you ye"kata Elmira sambil menyegitkan matanya.Gavin mengangguk dan melambaikan tangan padanya.

Elmira membuka pintu.Terperanjat kerana terserempak dengan Puan Blithe.

"Eh maaf ,morning aunty"tegurnya dan tersenyum.Puan Blithe memberikan senyuman tawar.

"Morning,awak ni siapa?"

"Saya teman perempuan Gavin.Tak lama lagi saya akan jadi menantu aunty"Elmira mengusap bahunya dan ketawa kecil.Puan Blithe mengerutkan dahinya.

"Bye aunty,saya nak pergi kerja.Jagakan Gavin untuk saya tau,sayang aunty"ujarnya sambil memeluk Puan Blithe.Elmira berjalan seperti orang gedik.Puan Blithe memandangnya dengan pandangan tajam.

Puan Blithe membuka pintu dan bercekak pinggang di depan Gavin.Gavin tersengih seorang diri.Dia tak sedar mamanya sedang melihat ke arahnya.Puan Blithe menggeleng.Geram.

"Sebenarnya siapa teman wanita Gavin ni?"soalnya

"Entahlah,Gavin sayangkan Amelia dan Elmira"

"Kenapa Gavin tak sayangkan Elita?"

"Dia tu talam dua muka jelah mama"

"Siapa yang cakap?"

"Elmira"

"Perempuan yang lawat Gavin tu?"

"Ya"

"Gavin tak berfikir ke sebelum percaya dengan kata-kata Elmira tu?Mama tak rasa yang Elita tu talam dua muka terhadap Gavin.Listen Gavin ,Elita yang jaga Gavin tau selama ni.dia sanggup tidur kat sini semata-mata nak jaga Gavin.Dia makan pun 2 atau 3 sudu je sebab takde selera makan.Dia sanggup berlapar demi Gavin.Tapi Gavin benci dia dan percaya apa yang dikatakan oleh Elmira?Gavin berhentilah sakitkan hati Elita.Kesian kat dia.Mama.."

"Stop.Gavin tak percayalah semua tu.Dia pura-pura baik je.Gavin yakin mesti ada kejahatan di sebalik lakonan dia tu.Gavin malas nak dengar"

"Baiklah Gavin,mama pun malas nak cakap lagi.Terserlah kat Gavin sama ada nak percaya ataupun tak,Mama tak kisah tapi Gavin pasti akan menyesal suatu hari nanti"balas Puan Blithe.Dia mengulas tombol pintu dan keluar.Gavin menggaru kepalanya.Bingung.

***

Alden memilih rantai.Elita hanya mengekorinya di belakang.

"Awak rasa mana yang lebih cantik?"tanya Alden.

"Yang tu kot..."suara yang tiada mood.Alden tersengih.

"Saya nak ni"kata Alden sambil menunding jari ke arah rantai yang ditunjukkan oleh Elita.Elita hairan.

"Untuk siapa?"soal Elita setelah Alden siap membayar.

"Untuk sepupu saya"balas Alden, bersahaja

Elita mengangguk.Alden memegang tanggannya.

"Kita pergi kat sana nak tak?"

"Ok"

***

"Coklat, kegemaran dia"terukir senyuman di bibir Elita.Felicity menarik lengan Nayra.

"Apa?!"

"Shhh bising je,tengok tu"balas Felicity.Nayra mengalihkan pandangannya ke arah Elita.

"Siapa tu?"

"Takkan kau tak ingat ?"

"Entah"

Felicity mengetuk kepalanya.

"Sakitlah!"kata Nayra sambil mengusap kepalanya.

"Ingat balik apa yang Dina katakan"

"Maksud kau dia tu yang sakitkan hati Dina?

"Ha'ah dialah"

Mereka berdua fokus melihat Elita.Elita mengingati kenangannya ketika makan aiskrim bersama Gavin dahulu.

"Saya rindu awak ,Gavin"bisik hati Elita.

Alden merangkul pinggang Elita.Cepat-cepat Felicity dan Nayra bersembunyi.

"Awak dah siap pilih ke?"soal Alden.

"Dah"balas Elita dan menuju ke kaunter.Alden mengekorinya dari belakang.

"Teman lelaki dia ke tu?"

"Mungkin"balas Felicity.Sejak Dina berhenti bekerja di pejabat ayah Elita,Dina sentiasa meluahkan masalahnya terhadap mereka berdua sehingga timbul perasaan benci terhadap Elita.

"Yang 1 lagi awak nak bagi kat siapa?"soal Alden sambil berjalan beriringan dengannya.Elita termenung dan senyum seorang diri.

"Gavin"balas Elita.

"Gavin?"

Terhenti lamunan Elita,lekas dia menggeleng laju.

"Tak erh..untuk awak"Elita menghulurkan aiskrim padanya.

"Awak suka Gavin ke?"soal Alden.Geram apabila nama Gavin disebut oleh Elita

"Tak kenapa?"

"So kenapa awak sebut nama dia ?"

"Saya tersebut je dan saya tak pernah suka kat dia"

"Kalau awak tak suka dia,lupakan dia untuk saya"

Elita menunduk.

"Janji?"soal Alden

"Janji"

Alden tersengih.Dia membawa Elita menuju ke keretanya.Elita melepaskan keluhan kecil.Amat sukar baginya untuk melupakan Gavin walaupun Gavin telah meninggalkan dia.

***

Haura mengetuk pintu.

"masuk je"arah Elita.Haura membuka pintu dengan perlahan.Dia menuju ke arah Elita.

"Silakan duduk"

Haura melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan Elita.

"Awak ok tak,Elita?"soal Haura.

"ok"balas Elita.

"Sabar, Elita"

Tangan Elita berhenti menaip.Dia termenung.Haura bingkas berdiri dan berdiri di sebelahnya.Lalu,dia mengusap bahu Elita.Elita menyandarkan kepalanya di lengan Haura.Air matanya mengalir lagi.

"Saya cintakan dia,Haura.Elmira yang hasut dia untuk benci saya.bila saya dah ada perasaan terhadap dia,halangan datang memisahkan kami berdua.Saya tak nak berpisah dengan dia.Haura.Saya rasa dia bukan jodoh saya"kata Elita.Hanya Haura tempat dia sentiasa meluah kerana dia seorang yang menjadi pendengar setia.

"Don't say like that,Elita.Awak mesti sabar dengan semua ni.Kuatkan semangat dan berdoa.Kalau dia tu betul2 jodoh awak pasti awak berdua akan bertemu semula"

Elita mengangguk.Haura membelai lembut rambutnya.

"Saya akan sentiasa sokong hubungan awak berdua.Saya juga tak sanggup tengok korang berpisah ,Elita"

"Thank you Haura"Haura mengusap bahu Elita.Elita tersenyum nipis.

***

Gavin telah pun dibenarkan balik.Elmira menumpangkan Puan Blithe,Encik Damian dan Gavin.Sebelum balik ke kampung halaman,Gavin meminta pertolongan daripada Elmira menghantarnya ke rumah Encik Alvis.Gavin keluar dari perut kereta sebaik sahaja mereka sampai di depan rumah Encik Alvis.

"Hi Gavin"tegur Vivi dan membuka pagar.

Gavin mempamerkan senyuman paksa.

"Hi,Encik Alvis ada kat rumah ke?"

"Ya ada,jemputlah masuk"

Gavin mengangguk dan mengekorinya.

Elita berdiri di depan pintu sambil melihat Gavin yang sibuk menyusun barang-barangnya.Gavin ternampak sepucuk surat berada di bantal dan dia mengambilnya.Setelah Gavin siap menyusun ,dia memandang kosong ke arah Elita yang berada di depannya.Gavin menjelingnya dan mengatur langkah untuk keluar.Elita menarik lengannya dan Gavin menepis kuat tanggannya.

"Jangan tinggalkan saya,Gavin"

Gavin memandangnya.Berat hatinya hendak meninggalkan dia.Dia menunduk kepalanya.

"Happy ke bila aku berhenti?"

Elita menggeleng.Gavin masih tak mempercayainya.Dia meneruskan langkahnya.

"Gavin"

Terhenti langkah Gavin.Sayangnya terhadap Elita masih tak hilang menyebabkan dia rasa bersalah nak berpisah dengannya.Elita memeluknya dari belakang.

"Saya tak sanggup lupakan awak Gavin.Please jangan tinggalkan saya.Apa yang Elmira katakan tu semuanya adalah fitnah"ujar Elita dan menitiskan air matanya.Gavin melepaskan tangan Elita.

"Saya tak percaya,selamat tinggal Elita"

Gavin turun ke bawah.Dia bersalaman dengan Encik Alvis dan Puan Jefina.

"Thank you uncle and aunty"

Mereka mengangguk.Sudah berkali-kali mereka memujuknya supaya tak brhenti namun Gavin masih tetap dengan jawapan yang sama.Elita menatap wajahnya untuk kali terakhir.Gavin tak kisah dengannya.Dia melambaikan tangan pada mereka.Elita masih tak nak berputus asa dan dia mengejarnya lagi.

"Tunggu,Gavin"arah Elita

Gavin tetap meneruskan perjalanannya.Elita terjatuh ketika mengejarinya.Elmira mencium pipi Gavin dan membantunya untuk membuka pintu.Air mata Elita mengalir pantas membasahi pipinya.Elmira memandangnya dengan senyuman mengejek.Puan Blithe dan Encik Damian mengeleng kepala.Elmira memecut laju keretanya.Puan Jefina memeluk anak tunggalnya itu.Simpati dengan nasib anaknya.Elita menangis teresak-esak.Vivi turut menangis dan memandang Elita dengan penuh simpati.