webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · สมัยใหม่
เรตติ้งไม่พอ
28 Chs

Sesuatu di sebaliknya

Semua tergamam melihat Haura.Mereka seakan-akan tak percaya Haura masih hidup.Haura melihat pekerja yang berada dalam pejabat ayah Elita.Dia mempamerkan senyuman manisnya pada mereka semua.Senyuman yang sangat ikhlas.Mata Ruben berkedip-kedip memandang Haura.Selama ini dia tak percaya dengan gosip pekerja yang lain bahawa Haura masih hidup dan kini dia telah percaya apabila bukti sudah berada di depan mata.Dulu,dia pernah mempunyai perasaan cinta terhadap Haura tetapi dia malu untuk meluah pada Haura.Dia sentiasa mengajak Haura berbual dan keluar bersama sehingga hubungan mereka lebih kepada kawan rapat.

"percaya tak?"tanya Chandani.

Ruben mengangguk dan fokus melihat Haura.Chandani,Afra dan Ayita ketawa kecil.

***

"Morning ayah"kata Elita yang berdiri di sebelah Haura.Haura berjabat tangan dengan ayah Haura.Gavin menunggu mereka di depan pintu bilik Encik Alvis.

"How are you Haura?"tanya Encik Alvis.

"I'm fine uncle"balas Haura.

"Good,awak boleh duduk kat sebelah Ruben sebab kat sebelah dia tak ada yang duduk lagi"kata Encik Alvis sambil menghulurkan fail pada Haura.Haura mengambil fail tersebut.

"Baiklah uncle ,terima kasih"balas Haura.

"Sama2,Elita dah boleh bawa Haura ke tempat dia"kata Encik Alvis.Elita mengangguk dan membawa Haura keluar.Gavin mengulas tombol.Daun pintu ditarik.Elita dan Haura berjalan beriringan keluar dari bilik ayahnya.Gavin menunduk untuk memberi hormat pada ayah Elita sebelum keluar.Encik Alvis mengangguk.

***

"Morning Ruben"tegur Elita.Ruben bingkas berdiri dari duduk.

"Morning cik Elita"balas Ruben, Tersenyum melihat Haura.Haura membalas senyumannya.

"Haura akan duduk kat sebelah awak.Tolong ajarkan dia kalau dia tak faham ok"kata Elita.Hairan melihat Ruben yang hanya termenung memandang Haura.

"Ruben?Awak dengar tak?"tanya Elita.Terhenti lamunannya dan dia mengangguk.

"Ya erh.. arhh ..apa dia?Maaf saya tak dengar"kata Ruben.

Elita melepaskan keluhan kecil"Saya kata tolong ajarkan dia kalau dia tak faham,dah boleh dengar ke?"Nasiblah Elita tak mengamuk.

"Baiklah"balas Ruben dengan bersemangat.

"Ok"balas Elita.

"Selamat kembali bekerja ,my friend"kata Elita sambil mengusap bahu Haura.Haura tersenyum"thanks"balasnya.

"Saya nak pergi kat bilik saya.Kalau awak ada tak faham tanya je pada Ruben ok.tak perlu malu.Tengahari nanti ikut kami"

"Alright"balas Haura.

Elita mengatur langkah untuk pergi.Gavin mengikutinya dari belakang.

"Hi"tegur Ruben

"Hi too"balas Haura lalu duduk di tempatnya.Ruben menggaru kepalanya."Dia tak ingat aku lagi ke?"bisik hati Ruben.

***

"Hei!"Elmira menepuk bahu Alden.

"Kenapa?"balas Alden.

"Awak tak nampak Haura ke tadi?Dia dah kerja kat sini tahu tak?"

"Haura? yeke?"tanya Alden.Senyum sinis.

"Ya ,boleh tak awak jangan lambat datang aje kat pejabat"

"Haha sorry"

"So how?Kita nak mulakan plan dah ke?"kata Elmira separuh berbisik.Alden melihat sekeliling mereka,takut2 jika pekerja lain terdengar perbualan mereka.

"Ya"balas Alden.

***

"Awak nak keluar makan dah ke?"tanya Ruben.

"Ya"Haura menjawab dengan ringkas.

"Boleh saya ikut?"

"Erm ..ok boleh"balas Haura.Ruben membelai rambut.Haura menepis tangan Ruden.

"Kenapa?"Ruben hairan.

"Saya tak suka"

"Ok"balas Ruben sambil mengangguk.Haura menundukkan kepalanya dan berjalan menuju ke bilik Elita.

Gavin terpaksa mengikut Elita mencari kelibat Alden tetapi tiada.Hadzwan dan Elmira pun tak ada.Ada temu janji ke apa?Sampaikan panggilan daripada saya pun dia tak jawab?soalnya dalam hati.Elita berhenti mencari Alden saat Haura memanggilnya.

"Ruben nak ikut kita,boleh tak?"tanya Haura.

"Yes boleh"balas Elita.

***

Ruben menatap wajah Haura ketika makan.Elita menggeleng laju melihat Ruben yang masih belum sentuh pun makanan dan fokus melihat Haura.Elita berdehem sehingga Ruben berhenti termenung.Dia memegang sudu dan memasukkan makanan ke dalam mulut.Haura hairan melihat Ruben yang masih belum makan.

"Gavin"kata Elita

"Yes?"balas Gavin.

"Awak dah siap makan ke?"

"Dah nak siap,kenapa?"Gavin hairan terhadap Elita tiba2 berbaik dengannya.Sekejap marah sekejap lagi baik,ada2 jelah perangai Elita ni.

"Temankan saya pergi kat sana,boleh?"

"Sure can"

"Kat mana pulalah ni?Haraplah dia tak suruh aku belikan makanan untuk dia"bisik hati Gavin sambil menghabiskan makanannya.

Setelah siap makan,mereka berdiri dan meninggalkan Haura bersama Ruben.Ruben tersenyum seakan-akan dia tahu dengan tindakan Elita memberikan peluang padanya untuk berbual bersama Haura.

"Haura?"

"Yes?"

"Awak ingat saya ke lagi?"

"Tak,kenapa kita pernah berjumpa ke?"

"Pernah,dulu awak adalah kawan rapat saya"

"Yeke?Ceritalah pada saya,saya tak ingat apa2"

Ruben mengangguk.Hatinya semakin gembira dapat bersama Haura.Bertahun-tahun mereka tidak berjumpa membuatkan dia merindui Haura dan setia menunggunya.Ruben memandang lama wajahnya.Haura mengangkat keningnya.dia tertanya sebab Ruben memandangnya.Mereka saling berpandangan.

***

Mata Gavin membulat.Dia tak menyangka tekaannya betul.

"Belanja saya,boleh kan?"Elita membuat muka comelnya sambil merayu.

"oh ok ambil je apa yang awak nak"balas Gavin.Termakan dengan pujukan Elita.

"Yeke boleh?"

"Ya boleh sangat2.."balas Gavin dengan mukanya yang tak yakin.

"Ok!"

Elita mengambil keropok,maggi,biskut dan banyak lagi.

"Elita,boleh tak jangan ambil banyak sangat?"

Elita tidak mempedulikannya dan terus mengambil banyak makanan.Boleh pengsan dibuatnya apabila melihat harga.Elita menepuk bahu Gavin.

"Bayar tau"Elita melangkah keluar.Gembira dapat membuli Gavin.Gavin tersenyum tawar ketika membayar.Dia sedih kerana tak dapat membeli makanan untuk dirinya sendiri.Duitnya sebanyak Rm120 melayang hanya untuk Elita.

***

"Oii!"Alden membaling makanan kepada Ovid.Ovid berlari menangkapnya.Dia terus mengunyah dengan gelojoh.Perutnya sangat lapar kerana 2 hari dia tak makan apa2 langsung.

"Busuknye dia ni!"Lantas Elmira menutup hidungnya dengan kedua-dua telapak tangannya.

"Dialah yang akan bantu kita"kata Alden.

"What?!Dia?Orang busuk macam dia ni yang akan bantu kita?Tak sukalah euiii gelilah!"perlinya.

"Tenanglah,saya pun ada pembantu lagi"

"Mana?Nak tengok"

"Ikut saya"

Elmira mengangguk dan mengekorinya pergi ke tempat lain.

"Ni geng kita orang nama diorang Ace,Axton dan Bardolf"

Elmira berjabat tangan dengan mereka bertiga.Tersipu-sipu malu.

"Diorang ke yang akan tolong kita bunuh Haura?"

"Ya,diorang juga yang sebenarnya tolong saya ganggu Elita"balas Alden.

Elmira mengangguk.Boleh tahan kacak pembantu Alden.Hampir terpikat hatinya.

***

Elita bercekak pinggang melihat Alden dan Elmira berbual.Entah perkara apa yang dibincangkan sampai tersenyum seperti merancang sesuatu.Dia menuju ke arah mereka berdua.

"Alden"kata Elita sambil berpeluk tubuh.Alden melihatnya.Mukanya bersahaja seperti tak ada buat kesalahan.Alden dan Elmira berbalas pandang.

"Saya nak pergi kat tempat saya ya"Elmira melambaikan tangan pada Alden.

"Yes?"tanya Alden.

"Kenapa awak tak jawab panggilan saya?"soal Elita.

"Saya ikut Hadzwan pergi kat kedai baju huh tu dia"balas Alden.

Elita melepaskan keluhan kecil.Dia tak tahu sejak bila Elmira mesra dengan Alden.Ke dia nak balas dendam sebab Gavin sentiasa bersama saya kot?"bisik hatinya.

"Yelah..."Elita senyum tawar.Dia mengatur langkah untuk pergi tetapi tangannya ditarik oleh Alden.

"Awak marah saya ke sayang?"

"Tak"

"Ok kalau tak,tengoklah saya please"

Elita menoleh ke arahnya.

"I love you,sayang.Saya minta maaf sebab tak keluar makan dengan awak tadi"Alden menyegitkan mata kirinya.Elita mengangguk faham.

"I love you too"kata Elita sambil memeluk Alden.

***

"Haura"

Haura mengangkat dagunya dan berdiri.

"Ni Alden ,teman lelaki saya"kata Elita memperkenalkan Alden pada Haura.Haura bersalaman dengannya.Wajah Haura dipandang lama oleh Alden dan tersenyum mengejek.

"Jangan muncul lagi dalam hidup dia!!"kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya.Lantas dia menarik tangannya.Haura menundukkan kepalanya.Jantungnya berdegup kencang kerana takut.

"Kenapa ni Haura?"tanya Elita.Haura menggeleng laju.Ruben turut melihat Haura dan terasa pelik terhadap senyuman Alden.

"Saya nak siapkan kerja"kata Haura dan melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Besok kita jumpa lagi tau"kata Elita.Alden mengangguk.Dia melambaikan tangan pada Elita dan menuju ke tempat duduknya.

"Haura awak ok ke?"tanya Elita.Risau terhadap Haura.

"Ok je"balas Haura dengan yakin.Walaupun dia masih berasa takut.

"Yelah,saya nak masuk dalam bilik saya bye"

"Ok"Haura mengetap bibirnya.Dia menghembuskan nafasnya dengan perlahan.Cuba untuk menenangkan dirinya.

"Betul ke awak ok,Haura?Ada masalah ke?"tanya Ruben kerana risau.

"Takde apa-apalah,saya ok "Haura senyum paksa dan terus menumpukan perhatian terhadap kerjanya.

***

Elita termenung seorang diri.Movie dalam television itu sudah tak dapat menarik perhatiannya.Dia masih memikirkan ketika Haura berjabat tangan dengan Alden.Sepertinya Alden pernah melakukan perkara jahat terhadap Haura sehingga Haura takut melihatnya tadi.

"Tapi ..eh takkanlah .."Elita berfikir panjang.

"Elita"

Elita berhenti berfikir dan menjemput mamanya duduk di sebelah.Puan Jefina melabuhkan punggung di sisi Elita.

"Elita fikirkan apa?"

"Takde mama"

"Ok..mama nak cakap pada Elita"

"Apa dia mama?"

Puan Jefina membelai lembut rambut dan dipeluk erat.

"Elita sayang kat mama dengan ayah tak?"

"Mestilah,Elita sayang sangat mama dan ayah"

"Kalau Elita sayang mama dan ayah,mama nak Elita jaga sikap Elita.Mama nak Elita berubah.Mama faham sebab Elita berubah.Tapi Elita tak boleh sakitkan hati orang lain.Mama tak nak Elita dibenci dan kami tak nak dianggap oleh orang lain tak pandai ajar anak sendiri"

Elita berdiam.Hatinya masih tetap berkeras untuk berubah seperti dulu.Mana mungkin dia dapat berubah menjadi baik setelah apa dia lalui.Hatinya begitu sakit saat kehilangan Haura dan Haura hilang ingatan.Dia masih marah terhadap orang yang memisahkan hubungannya bersama Haura walaupun dia masih tak tahu siapa.Disebabkan itu,dia menganggap semua orang salah dan juga takdir.

"Mama nak Elita berubah suatu hari nanti.Jangan sakitkan hati Gavin"

Elita mengangguk.Puan Jefina senyum dan mengucup ubun-ubun kepala Elita.Air mata Elita mengalir.

***

Elita terjaga dari tidurnya.Dia melelapkan matanya sekali lagi namun dia masih tak dapat tidur kerana gastrik.Elita bangun dan membuka lampu.Lalu melirik ke arah jam locengnya.

"Dah jam 2 pagi..tak guna.Terpaksalah masuk dalam dapur.."kata Elita dan menguap.

Elita berdiri dan pintunya dibuka dengan perlahan.Seram+sejuk.Tapi dia tetap memberanikan dirinya.

***

Elita memilih maggie tomyam.Dia langsung tak kisah pantang larangnya.Senyuman di wajahnya terukir hingga ke telinga.

Elita berlari anak ke dapur gas dan memasangnya.

"Ehem"

Terbeliak matanya.Otaknya beku seketika dan dia berasa takut.Semakin ketara tangannya mengeletar.Gavin ketawa kecil melihat gelagat Elita.Elita semakin takut.

"Ka..ka..kalau awak nak makan pun boleh ta..tapi jangan buat saya takut"kata Elita dengan gementar.

"Nak nak..tapi saya tak nak maggi tomyamlah awak hihihi"balas Gavin membuat suara seram.

Elita menelan air liurnya sendiri.Berpeluh mukanya kerana ketakutan.

"Ok tukar je ambil kat sana tu"arah Elita.

Gavin menggeleng laju.Lucu melihat Elita.Gavin mengambil maggi ayam dan berdiri di belakang Elita.Dia memberikan maggi itu pada Elita.Elita melihat mengerutkan dahinya.Kenal sangat dengan tangan tu.Elita menutup gas dan menoleh ke belakang.Dia merenung tajam wajah Gavin.

"Awak!Saya takutlah tahu tak!Ish!"kata Elita.

"Ambil maggi ayam ni,awak tak ingat ke yang awak tak boleh makan pedas?"soal Gavin.

Elita berpeluk tubuh.Tak puas hati dengan pengawal peribadinya tu.Suka sangat nak mengawal kemahuannya.Ini tak boleh itu tak boleh!

"Tak nak"balas Elita dan menyembunyikan maggi tomyam di belakangnya.

"Bagi saya sekarang"kata Gavin.

"Saya tetap tak nak"Elita menjelirkan lidahnya.Dia menoleh ke arah dapur gas dan memasangnya kembali.Gavin memeluk Elita dari belakangnya dan mengambil maggi tomyam itu di tangan Elita.Dia menghulurkan 2 bungkus maggi ayam pada Elita.Elita terdiam.Dia tak tahu nak buat apa lagi.Pipinya merona merah kerana Gavin masih memeluknya.

"Lepaskan saya"kata Elita dan menolak tangan Gavin tetapi apakan daya tenaganya tidak seperti Gavin.

Gavin memperatkan lagi pelukannya dan meletakkan dagunya di bahu Elita.Elita tergamam.

"Masak maggie ni untuk kita berdua,saya akan lepaskan awak kalau awak ikut arahan saya"arah Gavin.

Elita dapat menghidu bau mulut Gavin seperti bau gula-gulanya.

"Dia makan gula2 yang saya simpan kat meja ke?"bisik hati Elita.Dia terpaksa bersetuju.Geram terhadap ugutan Gavin.Nak sahaja dia menumbuk muka Gavin.Tanpa berlengah,Elita mengambil maggie yang diberikan oleh Gavin.Dia membukanya lalu memasukkan maggi ayam itu ke dalam air panas yang baru mendidih.Gavin tersenyum sambil melelapkan matanya.Terasa selesa Elita berada dalam pelukannya dan dia terbayangkan Amelia.Elita berasa tak selesa.

Beberapa minit kemudian,maggi sudah siap dimasak.

"Saya dah siap masak,lepaskan saya sekarang"kata Elita.Tetapi Gavin masih tidak melepaskannya.Dia tertidur sambil berdiri.Elita tersengih seorang diri.

"Haih..tidur pula dia ni"Elita menggeleng laju.Elita mencubit tangan Gavin sehingga Gavin terjaga dari tidur lena.

"Dah siap ke?"tanya Gavin,dia langsung tak rasa sakit tangannya dicubit.

"Dah!lepaskan saya sekarang"arah Elita.

"Ok"balasnya dan melepaskan Elita dari pelukannya.

***

Gavin menghabiskan magginya itu sehingga tiada sisa yang tinggal.Elita merenung tajam wajah Gavin sambil makan maggi.

Gavin meletakkan mangkuk di mejanya dan tersenyum melihat Elita.

"Why?"tanya Gavin

Elita menjelingnya dan mengalihkan pandangannya ke arah lain.Gavin semakin tersenyum.Dia lebih suka melihat Elita marah dan menjeling.Sangat comel dan tak menakutkan.Pecah ketawanya memenuhi ruang.Nasiblah yang lain tidur mati.Elita melihatnya lagi dengan pandangan tajam.Gavin berhenti ketawa dan senyum memandangnya.

"Gila!"kata Elita dan menghabiskan magginya.

"Awak comel"ujar Gavin.

Elita tidak mempedulikannya."kenapa hati saya susah nak buka untuk awak?"bisik hati Gavin dan memandang lama muka Elita.Elita bingkas berdiri dan mencuci mangkuknya.Menyampah terhadap Gavin yang hanya memandangnya tadi.

Gavin berdiri sebaik sahaja Elita siap.Dia menghulurkan mangkuknya pada Elita.

"Cuci sendiri!"

"Bila masa saya nak suruh awak cuci?"Gavin senyum sinis dan menuju ke arah sinki.Elita mengangkat tangannya seolah-olah ingin menumbuk Gavin.Ada saja cara dia nak cari gaduh.

"Perasan sangatlah awak ni haha"tambah Gavin mengusiknya lagi.Elita mengenggam penumbuknya.Terpaksa dia membatalkan niatnya untuk naik ke atas.Dia berpeluk tubuh dan mengetap bibirnya.Gavin menyimpan mangkuk itu di tempat asal dan menoleh ke belakang.Gavin tersenyum nakal.Kali ini,Elita kelihatan sangat comel di matanya.

"Saya benci awak!Awak dahlah ambil gula2 saya tanpa kebenaran ,then awak minta saya masak maggi untuk awak?!Awak fikir awak tu boss ke huh?!"kata Elita.

"Shhh..tak boleh benci2 tahu tak?Nanti awak suka kat saya.Ok I'm sorry and thank you"balas Gavin.Senyumannya masih terukir.Terpaksa dia menahan ketawanya kerana terhibur melihat Elita membebel.

"Sorry2 macamlah saya tak tahu kalau awak akan ulang benda yang sama!Listen,sampai bila-bila pun saya tak akan suka kat awak!"

"Ada saya tanya?"balas Gavin dan senyum sinis sekali lagi.

"Saya akan benci awak sampai mati!Ingat ya wahai Gavin yang tak guna!lembab!Perasan hebat!perasan bagus!"kata Elita dan menjelingnya.Jelingan maut.Dia berjalan keluar dari dapur meninggalkan Gavin.Gavin tersengih.Sikit pun dia tak terasa sakit hati mendengar hinaan Elita terhadap dirinya kerana dia sudah terbiasa dengan perangainya.Hanya mampu bersabar.