webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · สมัยใหม่
เรตติ้งไม่พอ
28 Chs

Koma

Gavin,Alden dan Haura bergegas keluar dari pejabat.

"Diorang nak pergi kat mane ek?"bisik hati Ruben.Kakinya turut melangkah keluar.Dia mengekori mereka bertiga dari belakang.

"Elita kenapa awak tak cakap kat saya dan suruh saya temankan awak?Saya risaukan awak.."Gavin risau dengan keadaan Elita.Haura yang sedang memandu mengeluh.

"Kita doakan Elita dalam keadaan selamat ok?"kata Haura.Gavin mengangguk perlahan.Masih risau terhadap Elita.Alden menghantar mesej pada anak buah Encik Wong.

"Bakar bengkel tu lepas aku selamatkan Elita.Biarkan Gavin mampus kat sana"

Dia senyum sinis di tempat duduk penumpang.

"Tak lama lagi engkau akan mati,Gavin!Hahaha"katanya dalam hati.

***

Elita memakirkan keretanya yang berdekatan di kawasan tersebut.Lekas dia keluar dari keretanya dan berlari masuk ke dalam bengkel itu.

"Hello?Ada sesiapa ke kat sini?"

1 pukulan menghentak kepalanya menyebabkan Elita pengsan.

Mereka bertiga membuka pintu dan berlari masuk ke dalam.Alden berpura-pura menunjukkan mukanya sangat risau.

Gavin melihat sekeliling bengkel itu.Kosong dan gelap.Banyak darah berlumuran.Seram dan seperti tempat pembunuhan.Gavin menelan air liur.Takut jika ada sesuatu perkara buruk berlaku pada Elita.Senyuman kegembiraan terukir di bibir Alden.

"Elita?"Gavin menjerit memanggilnya.Jantungnya berdegup kencang.Alden menggeleng laju dan ketawa kecil.

"Kita berpisah.Saya dan Haura cari kat sana,awak cari kat sini"kata Alden.Haura dan Gavin mengangguk.Mereka mula berpisah.Gavin mengambil besi yang berada di tepi.Dia berjalan dengan perlahan dan membuka pintu satu persatu.Kosong.

Elita terjaga.Dia mengusap belakang kepalanya.Matanya sedikit kabur melihat di tempat itu.Pening.Dia menyandarkan tubuhnya di dinding.Dia menyedari dirinya berada di sebuah bilik gelap.

"Tolong...."suaranya sayu menahan kepalanya yang sakit.

Alden dan Haura berlari mencari Elita.

"Elita!"jerit Haura.Alden bercekak pinggang.Mencari-cari bilik yang ditunjukkan oleh Encik Wong semalam.Matanya terus menoleh ke arah Haura.Dia sedia mengangkat tangannya untuk mencekik Haura.

"Haura!"Ruben memanggilnya dan menuju ke arah mereka.Alden membatalkan niatnya."Shit!"katanya dalam hati.

"Bagaimana awak tahu kami kat sini?"tanya Haura.

"Saya ikut awak semua tadi kat belakang.Awak semua cari siapa?"

"Elita"

"Saya rasa Elita ada kat sana kot,Cepat kita perlu cari dia sebelum apa2 berlaku.Cepat!"arah Alden.Dia berlari meninggalkan mereka berdua.Haura dan Ruben mengikutnya.

Alden mengulas tombol pintu.Tetapi dikunci.

"Awak ada kat dalam ke ,sayang?"kata Alden.

"Tolong.."balas Elita.

"Elita?Kami akan tolong awak"

Haura semakin cemas.

"Awak berdua bukakan pintu ni"arah Haura.Tangannya mengeletar.Ruben dan Alden mengangguk.Mereka berdua menolak dan menghentak pintu itu dengan kuat.sehingga berjaya dibuka.Mereka lekas masuk ke dalam dan terperanjat melihat Elita dalam keadaan yang sangat lemah dan terbaring di atas lantai.Alden dan Haura menuju ke arahnya.Alden menepuk bahu Elita.Elita membukanya matanya.Gembira kerana Alden datang menyelamatnya.Dia memeluk teman lelakinya itu.Haura lega kerana menjumpai Elita.

"Sayang,awak ok tak?"soal Alden sambil membelai rambut Elita.

"Saya takut"balas Elita.

"Awak tak perlu takut sayang.Saya ada bersama awak"

"Gavin kat mana?"

"Dia cari awak,takpe kita keluar dari sini dan nanti kami cari Gavin"balas Alden.Sakit hati.Alden mendukung Elita dan membawanya keluar.Ruben dan Haura mengekori mereka.Sesudah mereka keluar,langkah Ruben terhenti.

"Saya nak cari Gavin"kata Ruben

"Saya ikut awak"balas Haura.

"Takpe, bahaya faham?Awak ikut je Alden dan cik Elita"

"Tapi.."

"Awak tunggu kat sini"balas Ruben.Haura mengangguk.

"Take care"kata Haura dan melambaikan tangan pada Ruben.

***

Gavin menolak pintu itu dengan kuat.

"Elita!Awak kat mana?Elita?"

"Hello bro!"seorang lelaki menegurnya.

Gavin mengerutkan dahinya dan menggengam besi yang masih dipegang.

"Siapa kau?" soal Gavin.

"Aku?kau tanya aku siapa?Aku pembunuh misteri hahaha"

"Mana Elita?!"

"Aku dah bunuh dia!Tak payah nak cari dia lagi!Dia dah mati!"

"Kau!!!"Gavin berlari ke arahnya dan ingin menumbuk lelaki itu.Perutnya ditendang oleh seseorang.Gavin jatuh terjelopok.Mereka berdua menendang perut dan muka Gavin bertubi-tubi sehingga darahnya tersembur keluar dari mulut.Mereka berdua ketawa terbahak-bahak.

"Bangunlah bodoh!"

Gavin menggeleng.Berusaha untuk bangun kembali.Tetapi dia masih tak dapat bangun.Matanya mulai kabur.Mereka berdua ketawa kembali.Gembira melihat dia menderita.

"Kembalikan Elita pada aku..jangan apa-apakan dia..."kata Gavin.Sayu.Lelaki itu menendang perut Gavin sekali lagi.

"Lemahnye dia ni,macam manalah boleh jadi bodyguard cik Elita hahahah"

Gavin mengenggam penumbuknya.Dia berusaha untuk berdiri lagi.Namun,tenaganya semakin berkurangan.Dia menyandarkan tubuhnya di dinding.

"Come on bro!Takut ke hahahah"

"Tak!"balas Gavin.

Dua lelaki tersebut mengambil besi.Salah seorangnya memukul Gavin sehingga dia pengsan.Mereka berdua melarikan diri.

"Elita.."

Ruben berlari ke arah Gavin.

"Gavin?"

Gavin membuka matanya.

"Mana Elita?..."

"Alden dah bawa Elita keluar,aku nak bawa kau keluar sekarang"

Gavin mengangguk.Ruben membantu Gavin untuk berdiri dan memapahnya.

Semakin tambah risau Haura kerana Ruben dan Gavin masih belum keluar.Haura menghidu bau seperti api berada dalam bengkel yang usang itu.Alden senyum sinis.

"Matilah kau! Hahaha"bisik hatinya.

"Gavin.."kata Elita.Dia terjaga dari tidur.

"Sayang ,awak perlu tunggu kat sini je"

"Tak nak"

"Tolonglah dengar apa yang saya katakan,sayang"balas Alden.

"Saya tetap tak nak!"Elita keluar dan berjalan dengan perlahan.Haura menghalangnya masuk.

"Kita perlu tunggu kat sini,Elita"

Elita mengangguk.Alden memasukkan tangannya di dalam poket dan berdiri di belakang mereka.

Tiba-tiba bengkel itu terbakar dan runtuh.

"Gavin!"jerit Elita.Haura menarik tangannya.Air mata Elita mengalir.

"Ruben!Gavin!"Haura memanggil mereka.

Alden ketawa kecil.Dia mengambil telefonnya dalam poket seluar dan menelefon bomba.Elita menangis teresak-esak.Haura memeluk bahu Elita dan menenangkan dia.Menunggu Gavin dan Ruben keluar.

"Gavin.."kata Elita dan menangis teresak-esak.Haura turut menangis.Alden berpeluk tubuh.

"Aku harap korang akan mati"Alden separuh berbisik.

Gavin dan Ruben berjaya keluar.Ruben membawa Gavin lekas keluar dan menuju ke arah mereka.

"Gavin.."Elita menundukkan kepalanya.

"Elita,diorang berdua dah ada"kata Haura.Elita mengangkat dagunya.Alden memandang mereka dengan pandangan tak puas hati.

"Kita dah nak sampai,Gavin"kata Ruben.Gavin memandang tepat ke arah Elita.Elita berlari ke arahnya.Gavin hampir nak terjatuh dan Ruben sempat membantunya.Elita memeluk Gavin dengan erat.

"Elita,saya gembira awak selamat"kata Gavin dan membelai lembut rambut Elita.Ruben dan Haura saling berbalas pandang.Alden mengenggam penumbuknya.

"Don't leave me,Gavin"

Gavin tersenyum.Dia melelapkan matanya dan pengsan.

***

"Gavin!"Elita menatap wajah Gavin sehingga Gavin dimasukkan ke dalam wad kecemasan.Elita menangis.Haura mengusap bahu Elita dan membawanya duduk.Ruben berasa kasihan melihat Gavin.Alden pula menghilangkan diri.Puan Jefina dan Encik Alvis berjalan ke arah mereka.Puan Jefina melabuhkan punggung di sisi Elita.

"Elita ok tak?Mama risaukan Elita"kata Puan Jefina.Elita tidak membalas soalan mamanya.Dia menyandarkan kepalanya di bahu Puan Jefina.Puan Jefina mengusap bahu Elita.

"Sabar ya anak mama.Gavin pasti akan sedar"

Air matanya mengalir laju.Encik Alvis menghembuskan nafas berat.Siapa yang cederakan Gavin? soalan itu timbul dalam fikirannya.Mereka sudah melaporkan kes ini kepada pihak polis.Pihak polis berusaha untuk menangkap orang yang membuat Gavin koma dan mereka membuat pemeriksaan di bengkel tersebut.

Tidak lama kemudian,seorang jururawat memanggil mereka.Tanpa berlengah,Elita lekas masuk ke dalam sambil diikuti oleh Puan Jefina,Encik Alvis ,Haura dan Ruben.

Elita berdiri di sebelah Gavin.Sedih melihat Gavin yang masih koma.

"Gavin!"kata Elita sambil menangis.

***

Elita menatap wajah Gavin.

"Bila awak nak bangun,Gavin?"soal Elita.Hatinya sakit.Dia menyesal kerana dulu dia sentiasa membuli Gavin dan bergaduh dengannya.

"I'm sorry, Gavin"Dia mengenggam erat tangan Gavin.Dia merasakan kepalanya masih pening akibat kepalanya dipukul tadi.

Puan Jefina mengulas tombol pintu.Daun pintu ditarik.

"Jom makan,Elita.Mama dah bawakan makanan kegemaran Elita"katanya

"Tak nak"balas Elita.

Puan Jefina meletakkan makanan Elita di meja.Lalu ,dia mengusap bahu Elita.

"Anak mama mesti makan.Kalau Gavin tahu yang Elita tak makan,mesti dia marah"kata Puan Jefina untuk memujuk Elita.

"Elita tak nak Gavin tinggalkan Elita.."balas Elita.

"Kita perlu doakan untuk Gavin supaya dia cepat sedar.Tapi Elita mesti kuat untuk Gavin.Gavin pun tak nak kalau Elita sakit kan?So Elita perlu makan dan lakukan semua ni demi Gavin ok"

Elita mengangguk faham.Puan Jefina memberikan makanan pada Elita.Walaupun makanan yang berada di depannya sekarang merupakan makanan kegemaran namun seleranya sama sekali tiada.Tumpuannya lebih kepada Gavin.Elita memasukan makanan ke dalam mulutnya.Sedikit demi sedikit.Puan Jefina berasa kasihan melihat keadaan Gavin.Puan Jefina juga tak sanggup menerima jika Gavin meninggalkan Elita.

"Awaklah hero anak kami,Gavin.Aunty doakan Gavin akan segera sedar"bisik hatinya.

Elita berhenti makan.Hanya 3 sudu ,dia dapat makan.Seleranya langsung tak ada.Fikiran melayang jauh pada Gavin.Elita meletakkan kembali makanan yang masih belum habis dimakan olehnya.Dia merenung lama wajah Gavin.Puan jefina menghembuskan nafas.

Pintu diketuk.Puan Jefina membantu untuk membuka pintu.Dia menjemput keluarga Gavin masuk untuk melawat Gavin.

Elita bingkas berdiri dan memberikan ruang pada mereka untuk melihat Gavin.

"Sedarlah Gavin.Jangan tinggalkan kami"kata Puan Blithe sambil membelai rambut Gavin.Encik Damian mengusap bahu isterinya.Ethan dan Milly menangis teresak-esak.Berasa kasihan melihat abang sulung mereka.

***

"Gahhhh!!!"Alden membongkarkan kertas-kertas di mejanya.Dia menggaru kepalanya.Kelihatan seperti orang gila.Telefonnya berdering.Dia menyahut panggilan daripada Encik Wong.

"Hahaha rancangan kita dah berjaya!"Tunggu apa lagi bawalah teman wanita awak tu jauh daripada keluarga dia"

"Apa ni Encik Wong?Bila masa Gavin mati?dia koma weii dia koma je!"

"Apa koma?Siapa yang bantu dia keluar dari bengkel itu?"

"Ruben,pekerja ayah Elita"

"Haiya ni tak boleh jadi hoh saya sangka Gavin dah mati"

"Dia masih kat hospital.Teman wanita aku temankan dia"

"You tak halang dia ke?"

"Dia sayangkan Gavin daripada aku"

"Haha you jangan cemburulah .Tak ape nanti kami akan tolong you lagi"

Alden menamatkan perbualan mereka.Hadzwan menegur dia dan duduk di sebelahnya.

"Gavin dah mati ke?"

"Belum"

"Kau tak bunuh je dia?"

"Tunggu je"balas Alden.Tersengih.