webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · สมัยใหม่
เรตติ้งไม่พอ
28 Chs

???

Gavin datang mendekati dia dan memeluknya.

"Kenapa ni?."tanya Elita

Gavin menggelengkan kepalanya dan mengeratkan lagi pelukannya.

"Kenapa perasaan saya susah nak terbuka untuk awak?."

Elita menelan air liurnya.Menyangka ini adalah mimpi dan tidak mempercayai kata-kata Gavin.

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Saya sayangkan awak lebih daripada tu..tapi.."katanya terputus di sana.Lekas dia melepaskan Elita dari pelukannya.

"Apa maksud awak lebih daripada?"tanya Elita.

Gavin tersenyum dan membelai rambutnya dengan lembut.

"Perlukah saya mencintai awak sekarang?Sedangkan kita berdua dah ada kekasih masing-masing.."ujarnya dalam hati dan merenung wajahnya.

"Mungkin saya perlu tipu hati saya dan lupakan perasaan saya terhadap awak."bisik hati Elita.Masing-masing melayan perasaan diri sendiri tanpa meluahkan.

"Erh sorry ganggu awak" kata Gavin.

"k.."ringkas jawapan daripada Elita.

"Saya cuma nak pastikan keselamatan awak je.."

"Takpe.Kalau macam tu saya nak masuklah dulu ya.Thanks ambil berat tentang saya."kata Elita dan menutup balik pintu biliknya.Gavin membatalkan niatnya untuk memanggil Elita kembali.Dia menghembuskan nafas berat dan mengatur langkahnya.Dia menghentikan langkahnya lalu menoleh kembali ke belakang.

"Kalaulah saya tak berjumpa dengan Amelia sebelum ni ,dah lama saya cintakan awak.."

***

"Tunggu,Gavin."ujar En.Alvis

Gavin menoleh ke arahnya dan membalas ucapannya.

"Bila tarikh lahir kamu?."

"19 June."

En.Alvis menganggukkan kepala dan tersengih.

"Okay."

"Kenapa uncle tanya?."

"Saja nak tahu."

"Oh ok,boleh saya hantar Elita sekarang?."

"Silakan."

Sesekali itu Elita melirik ke arah jamnya.

"Lambatnya..apalah yang dibincangkan sangat tu?Herh.."

Gavin berlari menuju ke kereta dan masuk ke dalam perut kereta.

"Maaf lambat..tiba-tiba ayah awak tanya tarikh lahir saya."

"Emm..yelah.."

"Awak tak nak tahu ke tarikh lahir saya?."

"Tak nak."

"Sebab saya tak penting pun untuk awak,kan?."

"Ye!"Elita meninggikan suaranya..

"Erm..ok"ringkas tetapi suaranya perlahan sudah menunjukkan dia sakit hati.Sepanjang di kereta mereka berdua langsung tak berbual seperti dulu dan suasana juga menjadi hening dengan bertemankan bunyi hujan yang reda.

Gavin menyuruh Elita menunggunya di depan pejabat.Lekas dia memakirkan kereta ,lalu berlari ke arah Elita.

"Kenapa awak tak guna payung saya je tadi?"

"Takpe,saya biasa dah macam ni"

Elita mengeluarkan sapu tangannya dan memberikan pada Gavin.

"Lap kepala awak tu ,nanti sakit siapa susah?."

"Awakkan ada"kata Gavin sambil menyambut sapu tangannya.Sempat dia mnghidu sapu tangan Elita.Dia tersenyum.

"Senyum-senyum macam kerang busuk!"perli Elita.

Gavin menyerahkan kembali sapu tangan.

"Wangi macam awak."

"Cuci sendiri!."Elita menjeling manja dan meninggalkan Gavin.Senyumannya terukir di bibir mengingat kembali kata-kata Gavin .."Awakkan ada"terngiang-ngiang di telinganya.

Gavin mengekorinya sambil menghidu kembali sapu tangan Elita dan di dalam pejabat pun dia masih menghidunya.

Mulalah minah bawang berhimpun kalau bukan Afra,Ayita dan Chandani yang suka sangat bergosip tentang hubungan Elita dan Gavin.Mereka bertiga masih tak berpuas hati dan menyalahkan Elita adalah angkara Elmira berhenti kerja.Kalau sudah hati busuk,alamatnya memang itulah gaya mereka dan disebabkan itu ramai yang membenci sikap mereka bertiga tanpa pengetahuan mereka.Mestilah tanpa mereka ketahui, sebab kalau tak bukan pasal hubungan Elita dan Gavin sahaja yang dibicarakan pasti semua pekerja dalam pejabat itu akan diburuk-burukkan oleh mereka bertiga.Tak sedar diri mereka juga mempunyai banyak kelemahan.

***

"Hi"ucap Ruben pada Haura yang masih menaip untuk menyiapkan tugasannya.

"Hi Ruben,kenapa?"

"Boleh tak kita pergi ke suatu tempat?Saya ada nak cakap dengan awak tapi sekejap je"

"Tapi.."

"Please?"rayu Ruben.

"ok"

Haura berdiri dan mengikuti Ruben.

Setelah tiba di tempat yang tiada orang nampak,Ruben menghentikan langkahnya dan memandang Haura.

"Cakaplah"arah Haura.Tak nak menunggu lama disebabkan dialah kerjanya ditangguh dahulu.

"Saya dah lama simpan perasaan ni terhadap awak.."

"Apa?"

"Saya cintakan awak"

Haura terdiam.Matanya tak langsung berkelip.

"Ya dari dulu saya dah lama ada perasaan terhadap awak.Sejak kita berkenalan dan awak hilang ..dari situlah hati saya tak keruan selalu je sedih.Puas saya cari awak di merata tempat tapi langsung tak jumpa.Dan sekarang awak kembali ke dalam hidup saya dan saya tak akan lepaskan awak lagi.Saya nak awak jadi pasangan hidup saya buat selama-lamanya"

Haura masih berdiam.Tak tahu nak mulakan perbualan.Begitu cepat luahan hati Ruben.Selama ini dia hanya menganggap Ruben sekadar kawan dan tak lebih daripada itu.

Ruben menggenggam tangan Haura dan merenung lama wajahnya.

"Awak terima saya?"

"Ruben..saya cuma nak anggap awak sebagai kawan sahaja.."

"Kenapa awak tak nak terima saya?Please Haura ,saya tak boleh pendam lagi perasan saya terhadap awak.Saya tetap nakkan awak dan saya akan berusaha supaya kita dapat bersama suatu hati nanti.I love you ,Haura"

Haura menolak perlahan tangan Ruben.

"Saya belum bersedia,maaf"

Cepat-cepat Haura meninggalkannya.Setitis air mata keluar.

"Saya tetap akan berusaha pikat hati awak"ujar Ruben sendirian.

***

"Hayahh itu dua oranglah tak guna punya loh.Apa-apa kerja pun tak boleh berjaya punya.Nampaknya saya perlukan you punya orang kuat"kata En.Wong di corong telefon.

En.Wong membicarakan sekali lagi rancangan jahat bersama Alden.Mereka ketawa terbahak-bahak seperti rancangan mereka sudah berjaya.

"Awak cakap dengan siapa?."tanya Elita.

Segera Alden menghentikan perbualannya bersama En.Wong.

"Kawan lama." jawabnya dengan yakin tetapi jantungnya berdegup kencang kerana takut rahsianya terbongkar.Tetapi memandangkan Elita hanya mengangguk kepala dan ekspresi mukanya juga tidak menunjukkan tanda-tanda dia ada mendengar,Alden berdiam diri dan buat tak tahu.

"Jom pergi lunch."ajaknya.

"Mana Hadzwan?."

"Dia ikut minah bawang."

Elita ketawa kecil.

"Ok jomlah."balasnya.Alden menggarukan kepalanya.

***

"Hari jadi awak dah nak dekat.So ,awak tak rancang nak pergi mana-mana tempat ke?"tanya Alden.

"Takde...saya nak berehat kat rumah je"

"Ok awak suka hadiah apa?"

Pertanyaan Alden semakin bertambah menyebabkan Elita berasa bosan dan terpaksalah dia menjawab tetapi jawapan yang ringkas dan tepat.Gavin pula diam membisu.Dia pun berasa bosan melihat pasangan kekasih yang berada di depannya asyik berbual tanpa mengajaknya ikut bersama.Ada juga perasaan cemburu.

Tiba-tiba 2 orang budak perempuan menghampiri Gavin.

"Abang.. erh.. erh.. kami lapar.."serentak mereka berdua bertanya.

Gavin memandang mereka dengan penuh simpati.

"Mana papa dan mummy adik?"

"Papa kami dah meninggal.Mummy suruh kami tunggu kat depan kedai sana.Tapi mummy lambat datang dan kami tak tahu mummy pergi kat mana .."suaranya layu.

"Nak abang belanja tak?."

"Nak!."

Gavin meminta mereka berdua duduk di sebelahnya lalu membantu memesan makanan yang diminta oleh mereka.Sementara menunggu pesanan tiba ,Gavin mengajak mereka berdua untuk berbual.Elita tersenyum melihat Gavin dan 2 orang budak perempuan itu.Alden pula berkali-kali menjeling Gavin kerana menarik perhatian Elita malah Elita tidak lagi menjawab pertanyaannya.

"Sayang,jom kita pergi kat sana,Saya bosan menunggu kat sini je"kata Alden,menyampah melihat Gavin.

Elita termenung dan senyumannya masih terukir di bibir melihat taletah 2 orang budak perempuan itu.Ajakan Alden pula tak diendahkan.

"Sayang?."katanya lagi.

"Ya?."terhenti lamunan Elita.

"Jom ikut saya."

"Yelah."balasnya dengan suara malas. Terpaksalah dia ikut sahaja ajakan Alden.

"Tunggu saya kat depan kereta"ujar Elita.

"Baiklah Elita"balas Gavin.

Alden memegang tangan Elita dan senyum sinis pada Gavin.Gavin merenung tajam wajah Alden sehingga hilang dari pandangan matanya.

"Cantiknya dia,abang."

"Ha'ah kenapa bukan abang je yang teman lelaki dia?Lagilah padan"adik perempuan pula yang bertanya.Amboi kecil-kecil lagi dah pandai jodohkan orang.

Geli hati pula dibuatnya ,Gavin gelengkan kepala sahaja nak katakan boss nanti tak pasal-pasal mereka tak percaya pula.

Beberapa minit kemudian,pesanan mereka telah pun sampai dan 2 orang budak perempuan itu mula menjamah makanan.Gavin tersenyum lebar melihat kecomelan mereka berdua.

"Apa nama mummy adik?"

"Amelia"

Gavin terperanjat.

"Dah berapa kali mummy cakap tak boleh susahkan orang lain"suara wanita dari belakang.Jelas sekali suaranya seperti teman wanitanya.Lekas Gavin menoleh.