webnovel

Lukisan Cinta Kita

I dont know how to write synopsis?. So just read it okey? Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar baru iaitu Lyrine yang dicabar oleh rakannya untuk membuat pelajar lelaki senior mereka yang merupakan seorang ketua samseng, yang sering terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar samseng sekolah lain yang datang menyerang pelajar sekolah mereka. Ketika menyahut cabara rakannya, Lyrine tidak menyangka yang dia akan jatuh cinta pandang pertama kepada pelajar samseng itu setelah menatap matanya yang begitu tajam. Menusuk terus ke lubuk hatinya. Dia sering tertanya. Kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Jaha yang penampilan dahlah selekeh. Kemas lagi rasanya pengemis tepi jalan!. Rambut panjang hampir sama panjang dengan rambutnya...tsk...tsk...what a weird taste Lyrine Jaha pula ialah seorang pelajar samseng yang hebat dalam seni pertahanan diri. Yatim piatu dan tinggal sendiri. Dia amat panas baran, mudah marah dan kaki tumbuk. Dia tidak pernah peduli sama ada orang yang dibelasahnya itu tua, budak atau perempuan. Baginya semua itu sama sahaja. Hidupnya berjalan egitu lancar dengan melakukan benda yang sama sahaja selama beberapa tahun ini, namun berubah dengan kehadiran gadis comel yang begitu obses sekali memgekorinya dan mengintipnya... Namun yang dia hairan. Walau semarah manapun dia dengan pelajar baru yang mengaku jatuh cinta pandang pertama dengannya itu, dia tidak sampai hati untuk memukulnya. Cukup sekadar menengking... ( Perhatian: Cerita ini ada angst yang akan berlanjutan dalam tempoh yang panjang dalam hidup watak utama)

Ghost_Sinker · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
21 Chs

Chapter 3

"Kau dah kenapa ni? Menggigil macam kena malaria?"

Haziq menyoal hairan ke arah Jaha yang sedang duduk di atas motornya dengan badan yang sekali-sekala menggigil. Dia tengok angin tiada pula kat parking motor pekan ni?. Panas membakar matahari terik tu adalah.

"Pi mampus dengan malaria kau tu! Aku jumpa jembelang gila tadi! Badan aku masih meremang sekarang ni!"

"Dah kenapa kau menengking macam nak belasah orang ni? Ada yang buat hal kat kau lagikah?"

Kata Bad pula. Dia yang sedang menyandang beg sekolahnya memandang hairan ke arah kawan @ ketua mereka itu. Dengan muka yang setegang seperti ayam nak bertelur atas motor itu memang dah boleh agak dah dia tengah bengang tahap nak bagi masuk orang ke ICU. Memang dia simpati sahajalah siapa yang berani mencari gaduh dengan bos mereka yang moodnya lagi teruk dari maknya yang mengandung dan perempuan datang bulan tu!.

"Ada hantu buat hal. Mereka trik jembalang buta dan gila tu pergi ganggu aku time ponteng kat tempat biasa" Bukan main Jaha memberi nama kepada orang-orang yang buat dia marah hari ini.

"Wow! Beraninya! Masuk ICUlah?"

Soal Bad teruja. Budak seorang yang badan saja tinggi lampai dan sado sedikit itu, tetapi diotaknya terlalu fanatik dengan Jaha yang dianggap mereka semua pelajar lelaki di sekolah sebagai ketua atau bos mereka. Jadi apa saja yang Jaha lakukan memang hebat dimatanya. Sungguh merisaukan mentaliti remaja ini ketika dah besar nanti!.

Mereka ada di pekan ini sebab sesi persekolahan hari ini sudah tamat. Mereka nak sertai Jaha ponteng sekolah hari ini sepatutnya namun sebelum keluar dari rumah lagi ibubapa mereka dah sediakan rotan di dekat pintu rumah dan setiap celah rumah, sebagai amaran jika mereka ponteng lagi akan dirotan oleh ibu dan ayah mereka terus!. Jadi plan mereka terpaksa dibatalkan, hanya Jaha sajalah yang dapat boloskan diri dari sekolah dengan relaks. Lagipun siapa juga berani nak hentikan Jaha keluar dari sekolah?. Pengetua pun dah tak boleh kawal Jaha tahu!.

Polis kat Balai Polis pun dah tak sanggup tengok muka Jaha yang masuk lokap setiap 1 atau 2 minggu sekali. Semua kerana kes bergaduh dengan penduduk kampung sebelah dan pelajar lelaki dari sekolah lain yang memusuhi Jaha dan pelajar sekolah mereka.

"Kau tak campak siapa-siapa masuk kat dalam sungaikan?" Soal Zai pula. Amat risau jika apa yang difikirnya benar berlaku.

Dalam geng Jaha mungkin Zai lah yang agak normal sedikit otaknya. Budak dari kelas Sains tulen katakan.

Mereka berempat ialah seumur iaitu 17 tahun. Hanya mereka yang datang melepak dibawah panas terik di parking ini setelah habis sekolah hari ini.

Geng mereka yang lain dah balik dan yang lain buat hal masing-masing. Kalau ada janji bergaduh dengan musuh mereka baru semua akan berkumpul seperti sang tebuan mengejar musuh yang mengganggu serang mereka.

"Hari ni rehat aku. Aku tak belasah siapa-siapa. Campak kat Sungai? Hampir! Ringan je tangan aku nak campak jembelang tu tadi!"

"Relaks, relaks. Tak lari gunung dikejar. Besok kita selongkar satu sekolah cari hantu-hantu tu. Tak sangka mereka berani ganggu kau dengan taktik kotor mereka tu. Tsk!"

Kata Haziq sambil menggeleng. Pelajar di sekolah mereka itu dah letak otak kat mana ye?. Kat lutut? Dah tahu Jaha sikapnya bagaimana. Masih lagi nak cari gaduh. Simpati dia saja kat budak-budak tu besok. Sebab tengok dari rupa Jaha, dia benar-benar akan mencari orang yang bertanggungjawab menghantar pelajar perempuan mengganggu dia.

"Siapa jugalah perempuan yang berani betul datang ganggu kau tu? Dia tak kenal kau kah?"

Zai masih merasa hairan. Ada lagikah kat sekolah mereka tu yang tak kenal Jaha? Setahu dia semua pelajar perempuan termasuk cikgu takut dan gerun kat Jaha. Bukan sahaja sebab mukanya yang bengis, malah disebabkan mukanya yang dah sebijik 'perogol' di siang hari. Tsk. Tu adik perempuan dia yang bagitahu kat dia tahu....😑

Jaha hanya menjungkit bahu. Mana dia kenal budak jembalang tu. Dia seperti ada ingat-ingat yang budak tu ada bagitahu nama siap umur dan kelas lagi, tapi dia lupa.

"Ya betul. Tak lari hantu dipanggang masuk diperut kita!" Semua diam mendengar peribahasa ciptaan Bad. Jaha turut memandangnya dengan kening terangkat. Tak sangka bodoh aku ni, ada lagi yang paling teruk dari aku....🙄

"Cakap panggang ni. Aku lapar pula. Korang dah makan tengah harikah?" Jaha.

"Belum lagi. Plan ke sini dan baru pergi makan" Haziq.

"Kalau begitu jomlah ke rumah aku. Aku sorang je tinggal kat rumah" Jaha.

"Bukan memang kau seorang sajakah yang tinggal kat rumah kau tu?" Hairan Bad.

Buk!

Bahu Bad dapat tumbukan terus dari Jaha.

"Mulut tu agak busuk juga" Kata Jaha dengan nada geram.

Bad cepat-cepat menghidu nafas mulutnya.

"Kau sehari tak spoilkan mood Jaha memang tak bolehkan?" Rungut Zai. Kawannya ini dah jadi 'Trembling M' kah? Setiap hari mesti nak dapat pukulan dari Jaha.

"Mana ada! Aku ada berus gigi tau pagi tadi" Bad menggaru kepalanya.

"Dah, dah. Simpan otak kat lutut kau tu baik-baik. Jom kita gerak ke rumah Jaha"

Suara Haziq yang dah naik ke atas motornya kedengaran. Bad melihat mereka bertiga sudah naik dimotor Kapcai masing-masing, siap dah start enjin.

"Tunggu aku wei! Aku nak panaskan enjin motor aku!"

"Panaskan enjin dah macam kereta bapak aku pula" Komen Haziq ketika mendengar apa yang Bad kata.

"Ada makanankah kat rumah kau, Jaha?" Zai lebih fokus kepada siapa yang menyediakan makanan semasa mereka sampai di rumah Jaha nanti. Takkan mereka nak masak? Boleh meletup rumah tu dibuat oleh mereka.

"Ada. Aku beli malam tadi. Tak habis jadi kita habiskan hari ini"

"Wei...malam kelmarin? Tak basikah?"

"Alah. Kitakan perut besi dan aluminium. Takkan sakit punya!" Semangat Jaha memberitahu. Haziq dan Zai memandang Jaha dengan muka tak yakin. Siapa juga yang sakit perut minggu lalu disebabkan termakan makanan basi tu?.

"Iya betul itu! Kita lelaki mah!" Sokong Brainless Bad. Pengikut setia Jaha. Walau Jaha jatuh dilongkang pun dia akan merasa cara Jaha jatuh penuh dengan karisma dan akan cuba jatuh ke dalam longkang tu juga seperti Jaha!.

"Suka hati koranglah. Kau ada bawa ubat Ziq?"

Soal Zai ketika mendengar apa yang dikatakan oleh Jaha dan Bad. Korang berdua yang berlagak manly tetapi minggu lalu kamu berdua yang sakit perut sampai muntah-muntah!. Perut besi dan aluminium serta lelakilah sangat!. Rungutnya dalam hati.

"Siap sedia di beg aku. Harap dapat elak diorang berdua ni dari sakit perut!"

"Haraplah..."

"Okey! Jom gerak!" Teruja suara mereka.

"Jangan laju sangat! Nanti terlanggar kerbau bapak aku kat tepi jalan tu!" Pesan Zai. Takut mereka dikejar sekampung lagi oleh ayahnya yang menternak kerbau di sawah itu. Namun hanya mampu menggeleng ketika melihat ketiga-tiga kawannya itu sudah memecut berlagak mat rempit di atas jalan. Mujur jalan kampung sikit kenderaan! Kalau tak memang mampus awal mereka semua ni...😑