webnovel

Love You The Way You Smile

"Pardon, ken ik u?" - Harris Rynold "I just love you the way you smile." - Airish Humaira Mengisahkan tentang seorang gadis muda polos yang bernama Nur Airish Humaira mahu mencari apa erti kehidupan padanya. Airish ingin mengharungi liku-liku kehidupan demi mencari cinta sejatinya. Namun dia memiliki personaliti Introvert, iaitu seorang yang pendiam menyebabkan dia sulit mencari kawan apatah lagi teman istimewa. Tetapi, adakah benar lelaki sejati wujud? Adakah benar-benar ada lelaki yang akan mencintainya seadanya? Tengku Harris Rynold, seorang jejaka tampan kacukan Belanda, pulang ke Malaysia selepas sekian lama berada di Amsterdam. Harris bertemu dengan Airish secara tidak sengaja di lapangan terbang dan terjadi suatu insiden yang memalukan di antara mereka. Airish terus berusaha melarikan diri daripadanya. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Takdir mempertemukan mereka lagi dalam keadaan tidak diduga, namun entah mengapa semakin Airish mengelak, semakin Harris mendekat. "You have to marry me, but this is the contracted marriage only." - Harris Rynold Disebalik sikap dingin Harris, terselit sifat prihatin yang mendalam terhadap Airish namun dia tidak menyedarinya. "Sebab aku dah jatuh cinta dekat kau, baka!" - Airish Humaira "Airish, verlaat mij niet..." - Harris Rynold Namun, adakah kebahagiaan menjadi milik mereka? Pelbagai cabaran dan halangan terus menanti mereka. Mengapa Airish berasa seolah dia seperti seorang 'Cinderella' yang dicari oleh sang putera untuk memulangkan kembali kasutnya? Apakah Airish berjaya menemui cinta sejatinya? Temui jawapan kamu dalam bacalah novel ini :)

Shining_Sky · สมัยใหม่
Not enough ratings
5 Chs

Bab 4: Rumah

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Airish membuka cerita kepada abangnya, Amir. Dia bercerita tentang segala yang berlaku di antaranya dan mat salleh yang sudah membantunya.

Amir hanya mengangguk sambil sesekali mencelah perbualan di antara mereka dan kelihatan fokus memandu kereta berjenama Range Rover miliknya.

"Jadi...luggage yang warna purple tu mat salleh nama Ryan tu belikan untuk kau?" Soal Amir sambil mengerling ke arah Airish yang berada di sebelahnya.

Airish hanya mengangguk perlahan. Dia berkata sambil mukanya berubah menjadi kemerahan. "Yes, betul. Aku pun terkejut juga tau abang, sebab tiba-tiba dia belikan untuk aku lepas terlanggar tu. Tak expect betul! Bertambah urat malu aku!"

Mendengar omelan adiknya menyebabkan Amir tergelak secara drastis. "Hahaha! Mungkin sebab dia minat dekat kau kot, adik."

"Ish, takde maknanya lah! Dia cuma gantikan bagasi aku, tu je!"

Secara pantas Airish menggeleng kepalanya. Menunjukkan bahawa dia tidak bersetuju dengan perkataan abangnya. Dia hanya memberikan jelingan maut ke arah abangnya.

"Eleh, tak nak mengaku sudah. Werk! Hahaha!" Amir hanya menjelirkan lidahnya kepada Airish sambil ketawa.

"Ish, abang ni macam budak-budak la...tak padan dengan umur dewasa."

"Macam budak-budak pun, aku tetap abang hensem kau yang paling kacak dan sulung, Airi." Ujar Amir sambil mengenyitkan mata kirinya.

"Hmph, perasan!"

Airish hanya mendengus sambil berpeluk tubuh menyebabkan Amir tergelak lagi sekali.

"Hahaha!"

Usai gelak, Amir tetap menumpukan perhatian pada jalan raya. Dia memegang stereng kereta dengan penuh berhati-hati.

"Eh, tapi kaya betul kan mat salleh tu sampai boleh belikan dan belanjakan luggage kulit macam tu? Mesti mahal kan?" Soal Amir sambil mengerling ke arah Airish di sisinya melalui cermin pandang hadapan.

Mendengarkan hal ini, Airish hanya terdiam. Dia hanya menyetujui perkataan abangnya di dalam hati.

'Hmm, ye tak ye jugak...Ish, aku tak terpikir langsung pasal tu. Mesti mahal harga bagasi kulit ungu tu...Macam mana kalau aku terjumpa lagi, dia mintak suruh bayarkan balik? Dahla aku rasa malu teramat lepas jatuh dua kali depan dia! Aduh! Naya aku, oii!'

Riak wajah Airish bertukar cemas sambil mengigit kukunya.

Amir yang melihat adiknya terdiam mencuba untuk memanggil namanya.

"Airi! Airi!"

Airish tersentak seketika. "Huh?...Apa?"

"Kau dengar tak abang cakap apa tadi?"

"Ooh...Dengar-dengar. Mungkin mat salleh tu orang kaya yang baik hati kut.. Jadi dia tak kisah kalau bagi mahal-mahal..." Ujar Airish kepada abangnya sambil menyedapkan hatinya sendiri.

"Hmm, mungkin." Jawab Amir secara ringkas sambil fokus kepada pemanduan.

'Mungkin mamat tu ikhlas kot bagi...Takkan la dia mintak aku bayarkan balik apa yang dia dah bagi, kan?'

Airish mencuba menenangkan dirinya dengan menekan dan membuka salah satu siaran radio yang ada di kereta abangnya. Dia menekan sehingga sampai di siaran Hot FM, iaitu salah satu siaran radio yang digemarinya. Kemudian, kedengaran suara penyanyi dengan suara yang merdu, menyanyi salah satu lagi yang hit dan terkenal di masa kini.

Amir pula hanya terdiam dan membiarkan sahaja adiknya melakukan apa yang disukainya. Dia tidak kisah seandainya Airish ingin mendengar siaran radio yang disukainya.

Sesekali mereka berbual tentang bagaimana keadaan Airish sepanjang dia berada di Jepun bagi memecah keheningan namun kemudian suasana kembali tenang dan nyaman tanpa kata-kata. Kelihatan seperti mereka berkomunikasi tanpa berkata-kata dan hanya melayan perasaan melalui lagu.

Amir yang menyedari adiknya mungkin kepenatan membiarkan sahaja. Kedua-duanya hanya terdiam sambil melayani lagu yang dipasang oleh siaran radio tersebut sambil menikmati pemandangan sepanjang pulang ke rumah.

***

"Adik, bangun. Kita dah sampai rumah."

"Airi, Airi. Oi! Bangun!"

Suara yang agak garau dan berulang itu mengejutkan Airish yang sedang lena tidur dibuai mimpi.

Airish membuka mata dan memandang abangnya. Dia tidak sedar sejak bila dia tertidur di dalam kereta. Dengan mata yang kuyu, dia membuka mulut dan menyoal dengan suara serak-serak basah. "..Huh? Dah sampai ke?"

"Hahaha!"

Amir hanya tergelak besar saat memandang wajah Airish.

"Eh? Kenapa?" Soal Airish dengan wajah yang pelik saat melihat abangnya tiba-tiba ketawa.

"Tu! Muka kau penuh air liur basi. Ish! Kotorlah! Patutnya kontrol la sikit air liur tu." Balas Amir dengan riak muka tersengih-sengih sambil menuding jarinya ke arah dagu Airish.

"Hah?! Mana???"

Serta-merta, bahang merah terasa naik di muka Airish. Mukanya berubah merah padam menahan malu. Dia memalingkan mukanya dan terus keluar daripada kereta.

'Ish! Serius la? Air liur basi? Aahhh!!! Malu siot!!!'

Terasa kepulan asap keluar daripada kepalanya menyebabkan Airish tidak mampu memandang abangnya sendiri. Namun, saat dia mengecek wajahnya di bahagian cermin sisi kereta...

'Huh? Takde pun...'

Mata Airish terkebil-kebil sambil memandang wajahnya sendiri. Dia juga mengeluarkan telefon pintar miliknya dan cuba memastikan sama ada benar atau tidak tentang apa yang dilihatnya. Setelah mengesat bibirnya berulang kali, Airish membuat satu kesimpulan yang jelas.

'Abang aku telah mempermainkan dan menyakat aku..'

Dengan menarik nafas panjang lalu hembus perlahan. Airish mengumpul segala kekuatan dan menjerit bagaikan singa yang mengamuk.

"Abanggg!!!!!!!"

Amir yang ketika itu sedang cuba mengeluarkan bagasi dari dalam bonet kereta, menyedari bahawa gurauannya telah diketahui oleh adiknya. Dengan tindak balas yang refleks, dia dengan pantas berlari masuk ke dalam rumah sambil tergelak besar.

"Hahahaha!!!"

Airish berlari mengejar abangnya dari belakang sambil menjerit ketidakpuasan hatinya.

"Kurang asam punya abang!!!"

"Hahaha!!"

Ruang tamu rumah itu riuh rendah dipenuhi dengan gelak tawa sang abang dan jeritan amarah sang adik. Adegan kejar mengejar antara adik dan abang itu terus-terusan sehingga abangnya tiba-tiba sahaja berhenti. Airish yang semangat mengejar abangnya daripada belakang sambil marah-marah tidak sempat menekan brek dan berhenti pada kakinya yang sedang berlari.

'Oh tidak!'

* Gedebuk! *

"Hoi! Aduh—"

"Aarghh!"

Tidak semena-mena Airish terjatuh tersungkur melanggar abangnya yang menjerit. Kedua-duanya terjatuh di atas lantai mozek yang bersinar menghadap sepasang kaki dan individu yang sedang bercekak pinggang di hadapan mereka.

"Aduh..."

Airish dan Amir mengeluh serentak. Saat mereka mengangkat wajah mereka untuk melihat ke hadapan...

Serta-merta raut wajah mereka berubah terkejut dan kelat. Mereka menelan air liur yang terasa pahit.

* Gulp...*

'Habislah...'