webnovel

Episode 15 : Bertembung

Click!

Clack!

Click!

Clack!

Bunyi lekas dari heel bergema sepanjang koridor setiap kali ia menghentak permukaan Jubin marmar.

Gila!

Semua memang gila!

Bukan ini yang dia mahukan.

Apa yang ada dalam kepala Pearl hingga berani-berani lakukan hal ni di kediaman keluarganya. Di tempat sama dimana ayahnya sedang berada! Kalau di kediaman Pearl tak apa la juga. Ini tidak! Rumah dimana ayahnya sedang berada juga Pearl buat perangai tidak masuk akalnya ini.

Sepatutnya dia tidak ikut akan permintaan Pearl untuk pulang ke kediaman keluarganya jika dia tahu ini yang akan bakal berlaku.

Ugh!

Pearl Chang!

Kain dress labuh yang menyapu lantai di angkat tinggi ke atas untuk memudahkan dirinya melarikan diri bersama sepasang kasut tumit tinggi di kaki.

Darra sedang melarikan diri daripada Pearl yang cuba membawanya keluar dalam keadaan full dress dan full make up. Dia tidak tahu dimana kelibat sahabatnya itu, apa yang Darra pasti waktu itu dia perlu segera kembali ke bilik dan menukar penampilannya semula sebelum diketahui oleh ayahnya. Entah kenapa, dia berasa sesat sendiri di dalam rumah agamnya sendiri.

        "Darra!Mana kau nak pergi!Aku belum selesai lagi!Kau tak pakai penyepit rambut ni!"laung Pearl di belakang dengan tiba-tiba.

Memulas terus perut Darra rasakan waktu itu. Dia sempat menoleh ke balik bahu. Ingin mengintai dimana keberadaan Pearl. Sekali bila dia toleh, Pearl sudahpun berada hampir kepadanya.

         "Hei!Kenapa kau lari?"

         "Ah!Memang tak la!"tergesa-gesa Darra pecut lari ke hadapan sebelum membelok ke selekoh dimana anak tangga berada.

          "Darra!Baik kau ke sini!"suara itu melaung lagi.

Makin lajulah Darra berlari. Dia ketawa kecil saat menoleh ke belakang. Mahu lihat dimana Pearl. Gadis itu tidak kelihatan tapi suara itu sangat jelas.

Darra terus berpusing ke kanan sewaktu seseorang muncul di depannya pada masa yang sama.

KEDEBUK!

           "Ugh!"ngerang Darra serta merta kerana hendak terjatuh ke belakang akibat rempuhan itu. Dia dah siap sedia hendak menerima impak dari jatuhnya itu jadi matanya dah terpejam rapat waktu itu. Namun setelah beberapa saat berlalu dan dia tidak terjatuh, Darra kehairanan. Mata yang terpejam tadi dibuka perlahan-lahan. Kenapa dia tak rasa sakit? Malah sentuhan pada belakang badan pula yang dirasai.

             "Darra!!!!"suara Pearl semakin jelas di belakang.

Darra termangu di situ kerana sedar bahawa dirinya di dalam pelukan seseorang. Sampaikan dia sendiri tidak sedar keadaan rapat mereka waktu itu.

Dan perkara pertama yang Darra lihat selepas matanya terbuka adalah senyuman yang terukir di sepasang bibir depan mukanya.

Huh?

Mata bundar Darra yang telah disolek cantik itupun naik ke atas dan bertentang mata dengan sepasang mata sebelum melihat wajah penuh orang yang dilanggarnya.

Apa yang-

Terkedip-kedip mata Darra dibuatnya.

            "Awak tak apa-apa?"lelaki berpakaian serba formal dengan mantel terpasang di sebelah bahu itu melepaskan pelukannya dari pinggang Darra sedikit demi sedikit sehingga Darra berdiri tegak semula.

Macam pernah nampak?Dekat mana ya?

           "Jangan la macam ni...sekejap aje pun."waktu itu Pearl sudahpun menghampiri.

Darra pun apalagi terus membutangkan matanya. Dia kalut. Sekejap mahu ke kanan tapi tingkap, mahu ke kiri koridor tapi tak jadi kerana ia arah sama dimana Pearl sedang mendekat, dan bila dia hendak ke depan, waktu itulah kelibat ayahnya kelihatan bersama Anthony. Dua orang itu sedang berjalan menuju ke arah yang sama.

Serius la!

Dah kenapa masa ni jugak nak muncul!?

          "Shoot!"seakan telur berada di hujung tanduk, Darra pandang akan lelaki lampai di depannya lantas berkata. "Jangan beritahu saya ada dekat sini!"tegasnya sebelum berlari ke arah jendela dimana sebuah langsir saiz gergasi berwarna royal blue berada.

Dan lelaki yang melanggar Darra tadi pandang terkedip-kedip memerhatikan gadis jelita yang berlari menyorok di balik langsir jendela depannya. Dia jadi bingung dan terpegun pada masa yang sama. Apa yang baru berlaku tadi?

Bersama deru nafas kencangnya, Darra terus diam kaku di belakang langsir sambil memasang telinga. Cuba hendak mendengar apa yang berlaku selepas dia bersembunyi.

Dan tepat pada masa itulah Pearl muncul lalu bertembung dengan lelaki yang Darra berlanggar tadi. Dan sesaat kemudian Duke Elijah serta Anthony menyertai mereka di situ.

         " Cik Muda Pearl..."

          "Ohh..Duke Elijah...hai Anthony..dan awak ni-"

Darra di belakang langsir mula menggelabah. Dia menunggu suara lelaki itu. Berharap kedudukannya tidak terdedah.

           "Kenapa Cik Muda Pearl tergesa-gesa ni?"tegur Anthony.

Suasana senyap seketika.

          "Ahh...tadi. Saya cari Darr- Darrius...ada nampak tak dia lintas sini tadi?"Pearl hampir tersasul hendak menyebut nama sebenar rakannya taktala sedar akan lelaki di hadapannya waktu itu. Masih tertanya-tanya, siapakah gerangan pemuda segak di hadapannya ini?Tidak pernah pula dia tahu akan kewujudannya di situ.

Sementara lelaki yang melanggar Darra tadi memberi tundukkan kecil kepada Pearl. Tidak memandang terus ke wajah cantik Pearl.

           "Bukan ke tuan muda bersama cik awal tadi?"beritahu Anthony.

           "Memangnya apa lagi idea tidak masuk akal yang kamu lakukan Cik Muda Pearl?"Duke Elijah bersuara tiba-tiba.

Darra di belakang langsir waktu itu sudah berpeluh lebat. Berderau darah dia bila mengenangkan keadaannya yang berpakaian seperti cik muda ini hampir tertangkap.

          "Mana ada saya buat apa-apa. Saya hanya mahu mengajak Darrius untuk keluar bersama saya saja."

          "Kalau tuan muda tidak bersama dengan Cik Muda Pearl...dimana dia sekarang?"soal Duke Elijah.

           "Itu yang saya tanya tadi...tapi tak apalah. Saya cari dekat bilik dia saja. Maaf ya kerana menganggu." sempat Pearl mengerling ke lelaki misteri di depannya untuk sesaat sebelum berpusing ke arah dia datang tadi dan meninggalkan tiga gentleman di situ sendirian.

Apabila bunyi detak tumit tinggi Pearl semakin sayup kedengaran, Darra di belakang langsir itu cuba mengintai sedikit di balik kain tersebut. Takut-takut hingga rasa seakan mahu terkucil gara-gara gemuruh, Darra terlihat belakang Duke Elijah dan Anthony sedang berdiri menghadang lelaki lampai misteri tadi.

         "Siapa dia tu?"detik Darra dengan kening berkerut.

Dan..dan, pada masa itulah Duke Elijah bersuara. Memeranjatkan Darra dan membuatkan dia kembali menyembunyikan diri.

          "Kamu pasti tidak mahu makan  bersama?"Duke Elijah bertanya lagi.

           "Terima kasih untuk pelawaan itu tuan. Saya tak apa-apa.."suara yang seakan asing Namun amat familiar buat Darra kedengaran.

           "Baiklah. Kalau begitu kita berjumpa lagi."pamit Duke Elijah.

           "Baik tuan."

Masih tertunggu-tunggu di belakang langsir, Darra diam di situ sehingga suara ayahnya tidak lagi kedengaran.

10 saat

15 saat

20 saat

2-

Srapp!

Darra selak kain langsir itu sendiri dan tidak disangka, wajahnya bertemu dengan sebidang dada yang kemas tersemat dengan pakaian seorang tuan muda sekali lagi.

Sedikit demi sedikit, Darra pun menggerakkan kepalanya dari terus memandang dada naik ke leher, terus ke dagu sebelum matanya bertemu hidung orang dihadapannya itu.

          "Boo!"senyuman terukir di bibir merah merekah dengan lakukan nipis di hujung bibir. Manis dipandang mata.

Seakan kali pertama melihat, Darra termangu di situ tidak berkedip mata taktala dia melihat lelaki di hadapannya waktu itu. Dia terlalu kejung hingga lidah pun kelu tidak berkata.

Rapat betul!

Sementara lelaki lampai tadi tunduk memandang Darra dalam keadaan kedua tangan di belakang badan kepalanya tunduk memandang tepat ke wajah mendongak Darra. Jarak mereka berdua ketika itu hanya dua jengkal saja.

          Siapa lelaki ni?Dia pernah nampak tau sepasang mata ni, tapi tak pasti dimana. "Maaf soal tadi...dan terima kasih sebab tak dedahkan kedudukan saya."Darra kembalikan diri menjadi tenang semula.

            "Boleh saya tahu...adakah orang yang dimaksudkan sebagai Tuan Muda Darrius itu adalah Cik Muda dihadapan saya ini?"

Blushing!Darra merasakan seluruh leher, telinga dan wajahnya berasa panas berbahang. Dia memang sah tidak boleh hendak membuat cerita atau mengelak lagi memandangkan hal memang sudah jelas.   

             "Sebelum tu...boleh saya tahu siapa awak ni?Berani-berani hendak persoalkan siapa diri saya?"

  

             Tidak semena tawa kecil bergetar keluar dari    lelaki dihadapan Darra. "Ya tak ya...saya lupa hendak Perkenalkan diri. Maaf di atas sikap kurang sopan saya ini."

Terpegun Darra bila dengar suara lunak lelaki dihadapannya apabila ketawa. Membuatkan dia menahan nafas tanpa disedari. Orang ketawa pun boleh memikat ya?

             "Dengan rendah diri, hamba kerdil ini digelar sebagai Shadow, saya merupakan orang upahan Duke Elijah. Atau pendek kata...pengawal rahsia Tuan Muda Darrius... atau lebih tepat lagi, Cik Muda Darra." dengan elegan lelaki dihadapan Darra tunduk meletakkan tangan di dada saat memperkenalkan diri dan tunduk dengan hormat kepadanya.

           Masih tidak berganjak dari langsir di jendela tempat dia bersembunyi, Darra yang hairan hanya meneliti setiap inci wajah lelaki misteri dihadapannya dengan kening berkerut. Serius beritahu, dia macam cam, tapi tak dapat nak cam siapa!Frust rasa dibuatnya. "Orang upahan?Sebagai apa?"memangnya berapa ramai orang suruhan yang ayah dia perlukan.

           "Dan kenapa saya kena jelaskan kepada cik muda begitu saja memandangkan cik muda sendiri tidak mahu memperkenalkan diri kepada saya?"Shadow memulang buah paku keras kepada Darra.

            Eh-eh... Naik turun mata Darra mendengar balasan itu. Pandai pula berkata-kata lelaki dihadapannya. Boleh pula hendak mengenakan dia semula. "Saya rasa tanpa saya beritahu, awak telahpun tahu siapa diri saya yang sebenarnya kan?"

Sekali lagi Shadow ketawa.

            "Tak salah kalau kita hendak berbasa basi kan?"Shadow memberi senyuman manis kepada Darra tanpa mengalihkan pandangannya dari menatap wajah Darrra.

Berbasa basi konon! Darra buat muka tidak suka.

            "Ke tepi!"tolak Darra mahu pergi. Dia enggan meneruskan perbualan mereka di situ memandangkan tiada apa-apa yang dia perlu jelaskan kepada lelaki dihadapannya.

           "Cik muda hendak ke mana-mana ke?"tegur Shadow apabila Darra jalan melewatinya. Dia ikut berpusing dan berjalan mengekori langkah Darra itu.

            "Bukan urusan awak.."cemberut Darra sambil  memegang kain dress menyapu lantainya itu sedikit tinggi agar tidak tersandung. Dia kena balik ke bilik segera dan menukar penampilannya ini sebelum ayahnya lihat. Dia tidak boleh dirotan memandangkan akan meninggalkan bekas. Risau kalau dilihat orang dalam akademi nanti. Lagi-lagi si Marvin. Kata lelaki itu hanya akan menemani dia untuk sementara waktu buat minggu orientasi, tapi kelihatannya tiada tanda yang Marvin akan berhenti dari mengiringi dirinya di akademi.

           "Nak saya temankan?"tidak semena Shadow muncul dan berdiri di hadapan Darra sebelum jalan mengundur mengikur rentak langkah Darra bersama.

Tersentak Darra. Dia pandang wajah ceria di hadapannya dengan curiga. Siapa si lelaki depannya ini? Tersenyum...senyum...tahulah muka tu manis mata memandang tapi moderate la bila sengih. Nak tayang sangat muka handsome tu kenapa! Lepas tu seperti tidak pernah nampak orang pun ada gayanya. Baru berjumpa tapi berkelakuan seakan mereka sudah berkenalan lama.

            "Dah tak ada kerja sangat ya?"

            "Saya ada masa lapang sebelum pulang. Kalau cik muda hendak keluar mengambil angin saya boleh iringkan."

            "Kenapa?"

            "Kan saya dah jelaskan tadi.."

            Darra menjadi semakin curiga. "Kenapa awak yakin saya adalah Tuan Muda Darrius atau Cik Muda Darra yang awak katakan tu?"dia berhenti dari berjalan. "Mana tahu saya ni maid ke, orang luar ke...tak ke masalah nanti?"

            "Sudah jelaslah. Duke Elijah sendiri yang menjelaskan saya cerita sebenar di sebalik rahsia waris tunggal keluarga Kirk ini. Iaitu Darra Emerson yang menyamar menjadi lelaki kerana ingin melindungi keselamatan dan kedudukan keluarga paling berpengaruh dalam negeri ini. Dan sepasang mata cik muda jelas beritahu saya, cik muda adalah orangnya."lancar saja mulut itu berkata.

Hinggakan Darra yang dengar hendak tersengih sendiri. Ayah dia yang beria mahukan semua ini menjadi rahsia. Tapi end up ayahnya juga yang mendedahkan rahsia mereka kepada orang luar yang entah boleh dipercayai atau tidak ni!

            "Jadi ayah saya upah awak untuk saya?"

Shadow mengangguk kepala satu kali disertakan dengan senyuman manis goofy cerianya.

Tidak terkejut dengan jawapan Shadow, Darra kemudiannya meneruskan langkah dia. Membuatkan Shadow ikut jalan mengundur.

             "Please...jangan tambah list saya dengan awak sekali Shadow. Jadi sebelum awak menjadi sebahagian senarai orang paling saya tidak sukai, baik awak jangan muncul depan mata saya. Apapun tugas yang ayah saya arahkan awak lakukan, minta lakukannya secara rahsia dan jauh dari jarak pengetahuan saya."pesan Darra menatap wajah Shadow dengan serius.

            "Hehehe...saya tak janji. Tapi demi keselesaan cik muda kalau itu yang cik muda mahukan akan saya cuba tunaikan.."

Darra buat muka pelik. Yalah...kenapa lelaki depannya ini bersemangat sangat menjadi orang upahan lelaki sadis seperti ayahnya?Seronok sangat ke jadi pengawal rahsia dia?

             "Apa-apa aje la. Janji jangan menyemakkan saya."

             "Kalau macam tu cik muda nak keluar ambil angin ke?Nak saya temankan?"

             "Kata nak balik tadi...tunggu apa lagi?Balik la sana.."

             "Sekejap lagi...nak saya temankan ke?"

             "Apa masalah awak ni... temankan..temankan sejak tadi?Tak ada. Saya nak balik bilik. Jadi berhenti ikut saya."

Dua orang itu berborak sepanjang koridor itu saling bertentang antara satu sama lain tanpa diketahui sesiapa yang Darra menjadi Darra bukan Darrius.