webnovel

Episode 14 : Report Day

Cuaca pada hari itu berlangit cerah. Awan berkelompok penuh berarak. Angin pula sepoi-sepoi bahasa meniup. Namun cuaca cerah pada hari itu sedikit pun tidak dapat menghilangkan rasa gugup pengawal rahsia Darra sedang rasakan.

Selepas dua minggu berlalu dia dipanggil untuk ke kediaman Duke Elijah bagi memberi laporan penuh perkembangan anak duke tersebut di Akademi Latihan Muda.

Serius beritahu, tidak tidur malam dia gara-gara perasaan takut dan gementarnya. Dan sepanjang malam itu dia mengarang ayat dalam kepala bagaimana hendak bercakap selepas bersua muka dengan Duke Elijah nanti.

Kuda yang ditunggang oleh pengawal rahsia Darra di sambut oleh pengawal bertugas depan halaman kediaman Duke Elijah. Mereka beri tundukkan kecil kepada pengawal rahsia tanda hormat mereka padanya. Yang mana dibalas dengan anggukan kepala.

        "Selamat datang Tuan Muda."tunduk Anthony dengan sebelah tangan di dada, sebelah lagi ada di belakang badan.

         "Duke Elijah ada di dalam ke?"

          Anthony mengangguk. "Ya. Beliau baru sahaja pulang dari Balai Istana. Jangan risau sekiranya tuan muda lewat tiba ke sini." beritahunya.

Dan pada masa pengawal rahsia Darra berpaling ke kiri laman, dia melihat ada sebuah pedati merah biru dengan bendera kuning berenda hitam siap parkir di situ. Mengundang rasa tanda tanya tidak semena.

         "Siapa yang datang ke sini?"

          Anthony ikut pandang ke arah yang sama. Sebuah pedati milik keluarga Duke Wendell berada di situ. "Cik Muda Pearl datang bertemu dengan Cik Muda Darra." beritahunya.

         Pengawal rahsia Darra kembali memandang Anthony. "Oh iya ke?Patut la beria sungguh balik awal ke rumah. Ada play date rupanya."dia sedia maklum bahawa Darra sering keluar akademi untuk pulang ke rumah. Sama seperti hujung minggu begini, Darra pasti akan pulang sehari awal sebelum cuti. Cuma dia tidak tahulah apa tujuan Darra pulang. Tugas dia hanya jarak dalam akademi saja.

         Tersenyum Anthony. "Ayuh ke sini tuan muda. Saya iringi tuan muda bertemu dengan Duke Elijah."

Lelaki lampai itupun berjalan di belakang Anthony masuk ke dalam Kediaman Keluarga Kirk sama seperti kali pertama dia menjejak kaki ke situ.

Selepas mendaki anak tangga dan tiba di tingkat dua, Anthony melewati sebuah pintu, dan pada masa Antony sudah jauh ke depan, waktu itulah suara ketawa kedengaran dari pintu tersebut. Dan suara gelak ketawa itu menarik perhatian pengawal rahsia Darra kebetulan baru saja melewati tepat depan pintu tadi.

Terkekek-kekek suara ceria itu ketawa.

Tertarik ingin tahu apa puncanya, pengawal rahsia Darra pun mendekati pintu. Bila dia jengah kepala ke dalam ruangan tersebut dia melihat Pearl Chang sedang berlari sekeliling sofa sambil memegang dress di tangan. Dan orang yang dikejar itu lain tidak bukan Darra sendiri.

Namun apabila pengawal rahsia Darra lihat Darra, dia tidak menjangka gadis yang biasa dilihat berambut pendek persis seperti lelaki kini mengenakan rambut palsu di kepala. Rambut hitam paras dada beralun-alun yang dipakai Darra menampakkan lagi rupa paras Darra yang memang cantik semakin cantik apabila berambut panjang.

Maka terpegun pengawal rahsia Darra di kuakan pintu tersebut apabila melihat Darra sedang ketawa hendak mengelakkan diri dari Pearl sepertinya memaksa Darra untuk mencuba dress yang dipegang. Ikut seronok mendengar suara ketawa itu, pengawal rahsia Darra sama-sama tersenyum.

        "Jangan la Pearl!"

         "Alah...sinilah..kau nak malu buat apa. Ada aku dengan kau aje dekat sini"

         "Nanti ayah aku nampak macam mana.."

         "Tak apa. Kalau dia marah kau, aku marah la ayah kau balik...sini..pakai dress ni.."

         "Kau suruh aku balik rumah semata untuk ni la Pearl!menyampah aku tahu tak.."

Tawa kecil lepas dari pengawal rahsia Darra bila melihat keletah dua orang gadis tersebut. Dia jadi lupa terus apa tujuannya ke situ.

Punya khuysuk pengawal rahsia Darra mengintai kerenah dua perawan itu sehingga Anthony mendekat pun dia tidak perasan.

         "Tuan muda.."suara Anthony menyapa tiba-tiba.

Mahu melompat dibuat teguran itu. Seakan tertangkap kerana mengintai, pengawal rahsia Darra palingkan kepala ke depan bersama rasa bahang malu yang bukan kepalang di seluruh wajah.

          "Ikut saya di sini.."aju Anthony sekali lagi mengarahkan tangan ke hujung hallway.

           "Ah..ya. Maaf."sengih pengawal rahsia Darra serba tak kena.

          "Mereka berdua memang begitu. Cik Muda Pearl yang selalu buatkan Cik Muda Darra ketawa. Kalau bukan disebabkan Cik Muda Pearl, kami di sini tak tahu la hendak buat bagaimana lagi sekiranya Cik Muda Darra diam tidak bergaul."

          "Memangnya Darra tak suka berkawan dengan orang lain ke?"

          Anthony menggeleng. "Bukan. Disebabkan Darra dididik untuk duduk dalam rumah dan hanya bergaul dengan orang yang Duke Elijah izinkan saja, Cik Muda Darra suka menyembunyikan perasaan dan emosi dia setiap kali berjumpa dengan orang lain. Dia sukar untuk tonjolkan emosinya kepada orang yang Cik Muda Darra tidak kenali atau rapat. Jadi Cik Muda Pearl saja yang boleh buatkan Cik Muda Darra ketawa dan bersosial seperti anak gadis yang normal."tambah beliau lagi.

Terdiam pengawal rahsia Darra selepas dengar. Dia pandang tepi muka Anthony dengan kening berkerut.

           "Berpura menjadi lelaki amat memakan diri Cik Muda Darra. Menjadi anak perempuan dalam keluarga ini bukan mudah. Mungkin tuan muda berpendapat bahawa Cik Muda Darra berpura menjadi lelaki kerana mahukan kuasa dan pengaruh...walhal alasan sebenar kenapa Cik Muda Darra menyamar jadi lelaki adalah kerana Duke Elijah membencikan anak sendiri kerana tidak dapat menerima kematian isteri tercinta. Duke Elijah salahkan kelahiran Cik Muda Darra kerana lahir sebagai anak perempuan bukan lelaki. Jadi sejak lahir lagi Cik Muda Darra dilatih berpakaian seperti lelaki dan belajar untuk berkelakuan seperti lelaki....jadi tuan muda jangan la bencikan Cik Muda Darra sekiranya dia bersikap dingin dan kelihatan berlagak. Semua itu hanyalah defense mechanism Cik Muda Darra untuk elakkan penyamarannya terdedah dan disakiti."

Pengawal rahsia Darra disebelah Anthony hanya mampu termangu kerana tidak percaya mendengarnya. Memang benar dia perlukan penjelasan dan maklumat mengenai Darra Emerson ini, tapi tidak sangka pula semua maklumat ini terlalu banyak untuk dia proses dalam satu masa.

Anthony tunduk memandang ke lantai. Hati tuanya ini sebenar turut tumpang bersedih dengan nasib cik muda tunggalnya.

        "Duke Elijah membencikan cik muda sehingga sekarang. Oleh kerana cik muda hanya memiliki Duke Elijah sebagai ahli keluarganya, cik muda rela menyamar menjadi lelaki demi mendapat validation dari Duke Elijah sebagai anak beliau."

Pengawal rahsia Darra begitu tercengang. Dia langsung tidak menyangka begitu sadisnya perjalanan hidup Darra selama ini. Dia fikirkan karakter Darra sememangnya dari awal seorang yang berlagak dan dingin kerana latar belakang gadis itu. Jadi ramai yang beranggapan Darra itu hanya seorang tuan muda terlebih manja dan bergantung pada pengaruh bapanya saja.

Baru dia faham.

          "Kita dah sampai tuan muda.."

Entah bila sampai di situ, pengawal rahsia Darra tersentak lalu pandang ke depan iaitu dimana sebuah pintu berada.

          "Silakan masuk tuan muda...."Anthony membukakan pintu itu ke dalam.

Dalam keadaan gugup, pengawal rahsia Darra pun berjalan masuk. Dan sama seperti tempoh hari, bilik kerja Duke Elijah masih kelihatan kemas dan berbau seperti kali terakhir dia hidu.

            "Selamat siang Duke Elijah."

           "Hm...silakan duduk.."Duke Elijah tidak memandang. Lelaki itu sedang tunduk berkerut kening meneliti kertas skrol di tangan kiri. Sikap dingin beliau masih tiada kurangnya.

Pengawal rahsia Darra selesakan diri di kerusi lalu duduk tegak memandang Duke Elijah. Dia tidak dapat bayangkan betapa kejamnya sikap lelaki berpengaruh ini dalam hidup anak perempuan sendiri hingga sanggup paksa anak perempuan untuk menyamar menjadi lelaki.

            "Saya mendapat laporan perkembangan   Darrius di akademi selama dua minggu pertama ini.."beritahu Duke Elijah meletakkan skrol yang dia telitikan tadi. "Sepertinya ada yang tidak kena dengan laporan pembelajarannya yang dicatit dalam rekod dia. Ada sesuatu yang kamu hendak beritahu kepada saya?"

Pengawal rahsia Darra mengambil masa beberapa saat untuk bersedia sebelum berkata.

           "Selama 8 tahun saya pantau perkembangan pelajaran Darrius bersama dengan Master Freddie. Dan tidak pernah sekalipun dia gagal mana-mana matapelajaran atau memiliki markah bawah daripada 100. Kenapa lain pula kisahnya di akademi?"tambah Duke Elijah. "Adakah Darrius tidak serius belajar di situ?"

          "Tidak tuan.."

          "Kemudian?"

           "Putera Eilian Fernly tidak berapa gemar  dengan kehadiran Darrius ke situ. Menurut Putera Eilian, Darrius mengingatkan dirinya pada tuan. Kerana itu Putera Eilian mengarahkan beberapa orang master dan rakan sekelas Darrius untuk sabotaj rekod pelajarannya."

           "Putera mahkota?"

           "Ya tuan."

Duke Elijah memejamkan mata sesaat selepas itu. Rahang beliau berketik. Jelas sangat yang Duke Elijah jengkel dengan berita yang disampaikan. Balik-balik yang sama juga terjadi!

          "Dari dulu lagi Putera Eilian tidak suka dengan Darrius. Tidak terkejut la saya sekiranya hal itu terjadi."barulah matanya terbuka.

            "Maksud tuan?"

            "Darrius pernah ada kes dengan Putera Eilian tak lama dulu. Mereka berdua tidak dalam terma yang baik sejak itu. Mungkin kerana kejadian tersebut, putera mahkota sedaya upaya mahu menyusahkan Darrius di dalam akademi..."

           "Adakah tuan mahu saya lakukan sesuatu mengenai hal ini?"

            "Tidak perlu. Perhatikan saja buat sementara waktu. Tugas kamu hanya untuk pastikan rahsia Darrius tidak terdedah saja. Soal prestasi dan rekod pelajaran Darrius bukan masalah besar buat saya. Tanpa semua rekod itu, semua orang tahu kemampuan Darrius bagaimana."Duke Elijah beritahu seakan semua itu bukan masalah besar buatnya. Malah nada beliau begitu tenang dan bersahaja.

Sementara pengawal rahsia Darra berasa berbelah bahagi. Patut ke dia bantu Darra dalam akademi itu?Atau diamkan saja diri melihat Darra menjadi mangsa buli Putera Eilian di situ?