webnovel

Pertemuan kembali

Setelah melihat surat khabar, aku mengambil keputusan untuk mencari Siti Syahirah di Rusia kerana pertandingan ratu cantik antarabangsa berlangsung di negara Rusia. Setelah aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan Siti Syahirah, aku mula membuat strategi untuk mendapatkan cuti daripada boss. Dalam hal ini, aku merupakan Anak emas boss kerana percapaian dan prestasi ku dalam perkerjaan semakin meningkat sehingga membuatkan syarikat AKMA menebus pasaran antarabangsa selain itu, turut tersenarai dalam syarikat antarabangsa top 50 dunia . Dengan percapaian tersebut aku susah untuk mendapat cuti kerana aku dianggap penting dalam syarikat. Aku mula merancang lalu memunjuk untuk mendapatkan cuti namun tiba-tiba peluang itu datang dengan sendiri apabila boss memberi peluang untuk aku pergi ke Rusia untuk berbincang dengan syarikat besar di Rusia selain itu, aku di beri peluang untuk bersiar-siar di Rusia selepas berjaya membuat perjanjian dengan syarikat Rusia.

Aku merasa cukup bertuah kerana memang aku ingin ke Rusia namun bukan urusan kerja namun tidak apa la asalkan tidak menggunakan wang aku hahahahaha. Aku merupakan orang yang tidak suka membazir tapi jika ia penting terhadap aku, aku akan melabur sebanyak mana pun. Setelah boss memberi perkerjaan tersebut aku mula mengemas untuk bertolak ke negara Rusia dengan tujuan utama adalah untuk berjumpa dengan kawan lama atau buah hati selain membuat perjanjian dengan syarikat Rusia.

Setelah melalui penerbangan selama lebih 12 jam akhirnya sampai ke negara Rusia. Pertama aku memulakan perjalanan ke Rusia dengan mencari penginapan yang syarikat telah tempah. Penginapan yang syarikat tempah begitu mewah dan fasiliti nya cukup baik sehingga ramai yang beratur untuk membuat tempahan awal. Aku mendapat bilik ini kerana syarikat kami telah berkerja sama dengan hotel ini, jika kami tidak berkerjasama kemungkinan besar hotel tersebut susah untuk didapati. Jika syarikat tidak menempah hotel tersebut, kemungkinan besar aku hanya mampu mendapat hotel berkelas satu bintang. Dalam hotel tersebut begitu nyaman sekali selain itu, bilik begitu tersusun dan kelihatan anggun sekali. Setelah aku mengemas barang dalam bilik tersebut aku mula membuat persiapan untuk mencari teman wanita ku dulu iaitu Siti Syahirah. Menurut info, kebetulan atau tidak Siti Syahirah menginap di hotel ini, lalu aku bangun pergi ke kaunter pertanyaan dan menanyakan tentang Siti syahirah, mereka begitu keberatan kerana ia dapat membocorkan maklumat peribadi namun kerana aku mereka sanggup memberi walaupun perkerjaan mereka menjadi taruhan.

Setelah mendapat maklumat daripada kaunter pertanyaan aku pergi dengan pantas untuk bertemu dengan Siti Syahirah dan ingin mengucapkan tahniah kepada nya. Akhirnya aku sampai ke biliknya, bilik nya sangat dekat dengan bilik ku hanya berselang satu bilik sahaja. Aku mula mengetuk pintu bilik nya, lalu Siti Syahirah membuka dan ia terkejut kerana berjumpa dengan ku kembali. Dulu kami pernah memutuskan untuk tidak berhubung sehingga salah seorang daripada kami berjaya. Pertemuan Kami itu, sangat gembira kerana kami masih menyimpan rasa cinta dalam hati masing-masing walaupun kami berpisah sudah lebih lima tahun. Siti Syahirah atau dipanggil sebagai Siti mengajak ku untuk makan malam bersama di restoran hotel tersebut. Hotel ini sangat berkelas sehingga majoriti penggemarnya adalah orang kaya-raya dan restoran nya cukup hebat di hiasi dengan muzik klasik dengan alunan biola dan piano membuat restoran tersebut terlihat berkelas dan tidak mampu di lawan oleh mana-mana restoran. Aku tidak terbiasa dengan suasana tersebut kerana ia terlalu mewah untuk aku selain itu, aku merasa tempat ini tidak sesuai dengan ku sebagai pesuruh syarikat. Kedatangan kami ke restoran hotel tersebut di sambut dengan meriah kerana seorang model ratu cantik antarabangsa datang ke restoran tersebut. Di sisi lain, aku terasa terhina kerana pandangan mereka yang merendahkan aku dan mereka berkata secara perlahan kamu tidak layak kamu mampu datang ke sini kerana kamu kenal dengan ratu cantik itu jika tidak kamu tidak layak. Aku merasa tersentap dengan perkataan tersebut, aku tidak layak, aku tahu aku hanya hamba Syarikat, aku hanya menadah tangan menerima gaji bukan aku yang memberi namun aku ada hati, perasaan, aku manusia biasa. Siti berbicara dengan keras sekali kamu semua tidak layak untuk menilai dari penampilan , Don't judge book by its cover walaupun kamu banyak wang, adakah kamu mampu membeli akhlak, kamu hanya bisa berbesar kepala kerana ada wang tapi dia berkerja keras dengan kemampuan untuk mendapatkan wang dan kejayaan yang dikecapi bukan untuk dia tapi syarikat, kamu hanya memimpin tapi siapa yang membuat ia berjaya, kamu tidak tahu mereka yang membuat kamu kaya tapi kamu memandang rendah mereka. Pertemuan Kami tidak berjalan dengan baik kerana mereka tidak mahu menerima aku sebahagian daripada mereka, mereka hanya memandang tinggi Siti Syahirah kerana kejayaan

Selepas berakhir nya makan malam bersama aku dan Siti Syahirah. Kami mula bertukar nombor telefon bagi memudahkan kami untuk berhubung selain itu, aku masih menyimpan rasa cinta kepada Siti walaupun aku tahu sekarang aku tidak layak baginya. Status sosial kami begitu jauh sekali dengan kejayaan nya dalam memenangi anugerah ratu cantik antarabangsa selain itu, beliau juga turut di tawarkan menjadi model dan artis di Rusia . Dalam hatiku berkata, mungkin suatu hari nanti aku akan menjadi beban kepada nya kerana mungkin suatu hari dia terpaksa membela ku di depan umum jika kami bertemu kembali. Setelah berakhir nya makan malam tersebut aku mula bergegas pergi dulu sebelum Siti untuk tidak membuat nya lebih malu lagi. Setelah hampir satu minggu aku berada di Rusia akhirnya aku kembali ke negara asal dengan perjanjian dan kontrak daripada syarikat Rusia . Aku tidak pernah menghubungi Siti Syahirah setelah berakhirnya makan malam tersebut malahan yang selalu menelefon aku adalah Siti sendiri namun aku membiarkan telefon tersebut berdering. Setiap satu jam sekali berdering dengan kad nama ialah Siti Syahirah. Setelah banyak kali Siti menelefon, aku merasa tidak baik melakukan seperti itu lalu mengangkat dan berkata maaf aku terlalu sibuk dengan projek syarikat Rusia namun sebenarnya dia sudah tahu namun ingin memastikan pada hakikat sebenarnya aku tidak sibuk, aku hanya datang untuk membuat satu perjanjian dan perasmian dengan syarikat Rusia.

Setelah kembali ke negara asal, aku mula membuat satu perancangan agar aku mampu setara dengan Siti Syahirah. Sekarang aku tidak mampu untuk berjalan dengan nya seperti dulu-dulu kerana perbezaan status sosial kami terlalu jauh. Satu sahaja yang mampu membuat aku terkenal dan mampu setara dengan Siti adalah dengan menjadi artis bukan artis biasa tapi artis antarabangsa. Setelah membuat perancangan yang teliti, aku berjumpa dengan boss untuk mengurangkan waktu kerja ku, pada mulanya beliau menolak dan bertanya kenapa dan kenapa sekarang. Aku menjawab aku ingin masa itu untuk menjadi artis bukan artis biasa tapi artis luar biasa. Kenapa kau ingin menjadi artis apakah perkerjaan mu itu tidak memuaskan sehingga kamu ingin menjadi artis, apakah kepala kau terhantuk di tiang lampu semasa di Rusia . Tidak, aku hanya ingin setara dengan ratu cantik antarabangsa, boss pasti kenal kan, dia begitu terkenal bukan di Malaysia sahaja tapi antara bangsa. Apa hubungan kamu dengan dia. Aku adalah bekas teman lelaki nya, samasa kami belajar dulu, sekarang perasaan itu muncul kembali. Jika kamu keberatan aku boleh membuat surat peletakan jawatan sehingga mampu aku memfokuskan tentang menjadi artis.Tidak ... kamu tidak boleh berhenti, kamu ada potensi yang tinggi selain itu, aku tidak keberatan malahan aku akan selalu suport kamu daripada belakang. Terima kasih boss , jasa baik boss tidak mampu di balas oleh ku.

Aku mula memikirkan untuk menjadi artis seniman agung seperti datuk. Tapi aku lebih suka dengan berkarya dengan membuat satu novel. Jika aku berhasil membuat novel, aku akan menjadi kan syarikat AKMA sebagai tempat pengedaran barangan ku. Aku mula membuat satu novel yang mengisahkan hidupku untuk di jadikan satu novel. Perjalanan hidup ku sehingga kini akan aku jadikan sebagai buku dan menjadi kan novel yang memberi motivasi kepada pembaca dan tajuk tersebut adalah " Kisah hidup seorang pemuda ". Setelah berjaya menyiapkan novel ini dengan lima puluh ribu patah perkataan dan dua ratus lima puluh bab atau chater yang bermula sejak aku kecil sehingga sekarang sebenarnya tidak cukup untuk membuatkan semua kisah hidup ku dalam novel tersebut tapi aku membuat sedikit sebanyak kisah ku yang membosankan sehingga mampu mencapai lima puluh ribu patah perkataan. Novel pertama ini, aku tidak mengharapkan apa-apa kerana aku bukan siapa-siapa hanya perkerja kantoran yang menjadi suruhan syarikat tapi sangkaan aku meleset kerana aku mendapat satu kejutan besar kerana novel aku berjaya di terima oleh masyarakat sehingga ramai yang ingin membeli novel tersebut sebanyak lima belas juta orang yang membuat pesanan buku tersebut melalui syarikat AKMA selain itu, dengan penerimaan masyarakat terhadap novel tersebut aku menjadi terkenal di Malaysia dan membuat namaku sebaris dengan nama-nama besar para novelis Malaysia. Dengan percapaian ku itu, membuat kan aku mendapat sanjungan dan saingan daripada novelis veteran dengan pertarungan yang sihat selain itu, aku turut mendapat musuh kerana keirian Mereka terhadap populariti aku dan karya ku.