Pukul 2.11 tengah hari, dalam keadaan cuaca luar macam pukul 9 pagi. Mendung dan baru sahaja reda hujan. Harini, tarikh 19 dec 2021. Tarikh-tarikh akhir sebelum habis tahun terakhir.
Wahhhhhhh😃😃😃
Serius!! Sebijik macam orang kata. Pejam celik, pejam celik. Dah akhir tahun. Usia yang baru setengah jagung, dah mula risau tentang masa depan. Hahaha....pada yang masih risau. Aku nak gelak kuat-kuat dekat aku, sebab aku pun tak pasti hala tuju kehidupan aku🤧🤧🤧
Hai.....😩😩😩
Tengah sedap tidur, kucing aku dekat sebelah. Aku rasa macam nak jadi kucing pula. Haiiii...macam senang je kehidupan mereka☹️☹️. Kau orang jeles tak🙁🙁
Oh...before, i forgot. Aku nak ucap takziah pada orang-orang yang dilanda ujian banjir sekarang ini. Bulan akhir kalini, diakhiri dengan hujan yang tidak berhenti. 🌧️🌧️🌧️ Dan, disebabkan itu. Banyak kawasan yang banjir🌊🌊.
Mungkin, ada setengah yang menganggapnya rahmat🙆♀️🙆♀️
Mungkin jugak, ada yang anggap. Ujian dari Allah🙍♀️🙍♀️. Apapun. Harap, mana yang terkena ujian kalini, dipermudahkan segala urusan.🤲🤲🤲
Disini, aku teringin nak ceritakan stu cerita kanak-kanak. Eheh....kau orangkan kanak-kanak, sebelum jadi dewasa. So, suitable sangatlah aku ceritakan.😆😆
Di sebuah kampung, di suatu daerah.🏞️🏞️ Tinggal satu penduduk yang terkena sumpahan. Di mana, kehidupan mereka seperti kelawar🦇🦇.
Pagi, mereka akan berkurung di dalam rumah masing-masing.🏘️🏘️ Dan apabila malam, mereka akan keluar mencari makanan.🍱🍽️🍴 Malah, di malam hari juga. Mereka akan melakukan aktiviti yang sepatutnya dilakukan malam hari. Contohnya macam main bola, pukul bola dan segala jenis macam bola jugaklah. Pandai-pandailah, kau orang fikir sendiri.🤾♀️⛹️♂️🏌️♀️🧗♀️
So, bila hari nak ke siang. Mereka akan konfem balik rumah. Memang sumpahan.
Sebab, siapa yang terlihat matahari secara tidak sengaja. Mata mereka akan terbakar dan menjadi buta.🔥🔥
Di dalam kampung tersebut, tinggal sepasang adik beradik. Iaitu abang dan adik.👫 Si abang, sangat bencikan si adiknya. Lain pula cerita dengan si adik. Adiknya sangat sayangkan si abang.
Pada suatu hari, si adik sedang bermin bola. Bola yang dekat atas tadi. Haa....tengah main. Adik tak sedar, waktu dah nak siang🌄🌄.
Si abang perasan adik tak ada, waktu di rumah. Oleh sebab itu, si abang kunci pintu.🔐🔐Si abang jahat👿👿. Dia nak adiknya buta. Dia tak suka adiknya bahagia.
Apabila si adik sampai. Dia lihat, pintu rumah terkunci😧😧. Dia tahu sumpahan itu. Jadi, dia cuba minta tolong dekat abangnya untuk buka.
Abang tak nak🙅♂️🙅♂️..
Merayu-rayulah si adik. Minta untuk masuk, sebelum akhirnya si adik terpaksa berselindung di bawah rumah🙎♂️🙎♂️🙎♂️. Kesian si adik. Nasib badannya kecil.
Esokknya, si abang buka pintu dengan ketawa jahat😈😈. Si adik diam, sahaja tanpa cakap apa-apa.
Oleh kerana terlalu penat, seharian berada di luar rumah. Si adik tertidur kepenatan😴😴. Sementara si abang, berjalan keluar di satu kawasan yang jauh.
Mungkin abang tak sedar, yang dia berada di luar kawasan. Apabila, waktu pulang hampir tamat. Si abang berlari untuk pulang. Punyalah laju, macan kuda dia lari🐎🐎. Tetapi, dah lewat...😟😟
Si adik yang berada di rumah risau sangat-sangat. Abangnya masih tak pulang😥😥. (Kalau akulah, aku tereban je abang aku tu. Baik benarlah, si adik. Dah macam cerita sindarella.)
Bila malam berlabuh semula. Si adik bergegas ke luar. Mencari si abang. Cari punya cari...
Akhirnya jumpa juga. Si abang sudah berteleku di satu pohon, tak bergerak ke mana-mana. Si adik, terus dapatkan abang.
Betulah sumpahan itu. Si abang menjadi buta dan tidak boleh melihat. Melihat kejadian itu, si adik terus peluk abangnya. Peluk dengan erat. Si adik menangis dengan kuat😭😭😭
Mendengar suara ai adik, si abang menjadi marah. Namun, apabila mendengar adiknya menangis kerana dia. Si abang menjadi terkedu dan malu. Selama ini, dia sememangnya telah menjadi buta dalam menilai kasih sayang adiknya. Kini dia, menjadi buta secara fizikal.
Pertama kali, dia rasa sangat menyesal dengan smua perbuatan jahatnya.
Tamat.
Buta ini banyak..Agaknya, kau orang pernah jadi jadi buta rohani atau buta ilmi??Aku harap, bukan buta rohani. Parah, kalau jadi buta ini😩😩