Stella berjalan dengan perlahan. Kakinya sedikit sakit selepas tersungkuh tadi.
"Kau ok babe?" Sabrina membantu Stella berjalan.
"Tulah orang jalan mate tu tengok la sikit. Ni mate simpan dalam poket agaknye." Bebel Tuju.
Stella hanya memandang Tuju tajam.
'Apa masalah lah mamat ni kerje nak sakitkan hati aku jek.'
"Apa kau pandang-pandang aku? Nak baling lagi kasut kat aku?" Stella terus pandang ke arah lain. Walaupun dia rasa macam nak terkam saja Tuju ni. Tapi lama-lama pandang rasa seram pula.
"Dia pernah baling kasut kat kau ke bro?" Somean bertanya.
Semua orang mula memandang Stella.
"Tanyalah die sendiri." Tuju sambung berjalan menuju ke van.
"Bukan biase-biase la die ni." Kata Fareedpf
"Banyak-banyak orang, die sorang je aku rase berani kacau Tuju." Tambah K-Deaf.
Somean dan Gnello hanya membuat thumb up pada Stella.
Stella hanya kebingungan. Apa itu tanda bagus atau dorang perli?
MK hanya senyum melihat Stella yang kebingungan.
"Babe?" Panggil Stella.
"Ye."
"Bile kite boleh balik?"
"Asal?" Sabrina memandang Stella
"Aku rase makin lame dudok dengan dorang ni, makin tak selamat pulak."
"Dudok dengan diorang ke dengan Tuju?" Sabrina mengangkat keningnya berkali-kali.
"Kau pahal?!" Sabrina ketawa.
Ring! Ring!
Telefon milik Tuju berdering. Lagi sekali nombor yang tidak dikenali muncul. Perlahan Tuju menghelakan nafasnya.
"Hello?" Tapi macam yang dijangka pemanggil hanya senyapkan diri.
"Lain kali kalau call tu cakap la." Tuju terus menekan butang Merah.
"Siape bro?" Tanya Noki.
"Entahlah, dari siang tadi die call. Tapi bile aku angkat tak nak pulak die cakap."
"Erm? Pelik. Hantu tak?"
Pap!
Tuju memukul lengan Noki.
"Kau ni nak main-main dengan aku?"
"Hahaha tak, tak. Aku gurau jek. Eleh takot lah tuu." Tuju ingin menangkap Noki. Tapi laju dia melarikan diri dari Tuju.
Hahahahaha!
Noki ketawakan Tuju.
Mereka singgah pam minyak berdekatan. Stella keluar dari van ingin membeli sesuatu yang boleh melegakan tekak. Sakit di kakimyn hampir pulih.
Stella tidak perasan yang Tuju mengekorinya dari belakang. Sabrina hanya melihat tingkah laku Tuju.
"Abang Nas, psstt!" Panggil Sabrina perlahan.
"Ape?"
"Tuju tu memang macam tu ke perangai die?" Nas meninggikan kepalanya melihat Tuju dari jauh.
"Kenape? Ok jek." Nas masih tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Sabrina.
"Tak lah. Dia macam tak suke Stella jek."
"Oh, die memang macam tu, tapi hati die baik."
"Yeeeeee ke?" Sabrina tak percaya dengan kata Nas.
"Nah. Cukuplah ni."
Dua botol besar Nas beri pada Sabrina untuk di isikan pada kereta.
Stella menghampiri peti yang penuh berisi air. Dia perasan yang Tuju berada di belakangnya dari pantulan cermin peti tersebut. Laju Stella memandang belakang.
Tuju pun pantas memusing ke arah lain. Pura-pura mencari sesuatu.
"Kau ikot aku ke?" Tuju pura-pura memandang kiri kanan.
"Kau cakap dengan aku ke?" Dengan muka tak bersalah.
"Dah tu sape lagi kat sini?"
"Kau sape aku nak kena follow?" Tuju menjeling. Dia mengambil satu coklat snickers walaupun dia sebenarnya tidak memerlukan.
"Can I ask you something?" Tuju mematikan langkah. Dia berjalan terus dan berhenti di hadapan Stella.
"What?"
"Kenape kau benci aku?" Masing-masing merenung satu sama lain.
"Sebab kau selalu mengganggu aku. Ade soalan lagi?" Tuju memeluk tubuh.
"Bile mase aku ganggu kau?" Kali ini Stella turut serta memeluk tubuh.
"Selagi kau tak claim penumbok aku ni. Selagi tu aku akan benci kau." Stella menurunkan tangannya.
"Ade so-a-lan la-gi?" Sengaja Tuju menekankan perkataan tersebut sepatah demi sepatah.
Stella hanya menggeleng.
"Good." Tuju terus pergi ke kaunter bayaran. Selepas keluar dari kedai seberneka tersebut. Mp3 yang di pegang Tuju direnung. Dia mengeluh.
"Nanti-nanti jelah." Tuju menyimpan semula dalam poket seluar.