webnovel

Justice World : Legends Come Back

Berkisarkan lagenda tetapi tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Lagenda yang merupakan Ratu dan Raja Magis.Menguasai dan melindungi dunia dalam diam dan secara rahsia.Mitos tentang mereka tidak dicatat di dalam Sejarah Dunia Mitos.Kewujudan mereka tidak diketahui manusia.Peperangan dahsyat dan kematian mereka dirahsiakan dari manusia.Tiada penghormatan terakhir dilakukan.Ada antara mereka dilahirkan semula dan ada antara mereka menunggu kelahiran semula rakan seperjuangan sementara melakar strategi perang.Penantian ratusan tahun akhirnya membuah hasil.Mereka yang telah lahir kembali menaiki singgahsana yang telah lama kosong.Peperangan dahsyat kali keduanya berlaku.Gabungan mereka tiada tandingan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,bacalah Justice World : Legends Come Back

Sam_Azwa · แฟนตาซี
เรตติ้งไม่พอ
16 Chs

Bab 9 : Pertemuan Kedua Antara Ratu Justice World Dan Black Evil.

"Jangan risau,Ratu-ratu Justice World.Korang akan mati sekali lagi.Aku akan bunuh korang sebagaimana aku pernah lakukan dahulu.Hahahahahahahah!"gumam Black Evil lalu ketawa besar dihujung kata.

"Tuan,"seorang lelaki suruhan Black Evil masuk sambil tangannya diletakkan di dada.

"Em,ada apa!?"tanya Black Evil.Tawanya terhenti.

"Laporan perisik kita mengatakan bahawa Ratu Justice World akan keluar dari sarang masing-masing hari ini."kata orang suruhan Black Evil.

"Hahahahahha!Kerahkan orang kita untuk hapuskan Ratu Justice World!"arah Black Evil dengan keras sambil ketawa panjang.Orang suruhan berlalu sambil mengangguk faham.

"Korang akan mati ditangan aku hari ini dan rampas takhta dan kuasa korang sampai tidak ada sedikit pun untuk korang!"gumam Black Evil sambil tersenyum lalu mencapai cokmar saktinya.

•••Kawasan Air Terjun •••

"Ah,huh!Tenangnya kawasan ini!"jerit Claire sambil mendepakan kedua-dua tangannya.Kepalanya didongak ke atas.

Sharon berjalan ke arah Arlin dan Zuna.Claire pula sedang berbual dengan Max dan tiga rakan lelakinya yang lain.

Tiba-tiba langit menjadi gelap.Guruh berdentum-dentam.Kumpalan asap hitam muncul secara tiba-tiba.Semakin lama semakin menebal.Orang ramai menjadi ketakutan.Mereka memeluk ahli keluarga masing-masing dengan erat.

"Kenapa ni?Tebal betul asap ni!"ujar Claire mengibas-ngibas menggunakan tangannya.

"Hahahahahahhahhahah!"Black Evil ketawa kejam.Suaranya memenuhi kawasan itu.

"Ratu-ratu Justice World kau akan mati hari ni!"ujar Black Evil sambil tersenyum sinis.Orang ramai yang ada di situ menjadi semakin ketakutan.

"Black Evil!Keluar kau,pengecut!"ujar Max dalam keadaan marah sekali.

"Shuuuu!"Black Evil terbang diatas mereka.Tangannya mengumpulkan bebola tenaga yang besar berwarna hitam bayang.

Arlin terbang ke atas dengan laju sekali.Belum sempat Arlin membenteng serangan itu,Black Evil membuka langkahnya dahulu.

"Ambil ini!!"Black Evil melemparkan bebola tenaga itu ke arah Arlin yang cuba menyerang balas.Arlin jatuh tersungkur.Arlin jatuh pengsan

"Arlin!"jerit Zuna memandang Arlin yang tersungkur.Zuna menghasilkan bilah mawar yang tajam menggunakan tangannya.Namun,Black Evil mampu mengelak.

Zuna menjadi semakin marah.Sebilah pedang muncul di tangannya.Pedang itu berhias permata merah berbingkaikan akar menjalar sekuntum dan bunga mawar.

"Tony,lindungi orang awam!"Sharon yang melihat pertarungan antara Zuna dan Black Evil semakin memuncak.Sharon bertukar menjadi separa ular.

"Claire,buat ruang dimensi.Asingkan orang awam!"arah Sharon dengan tegas.

"Hiyyah!"mata pedang Zuna mengenai dada Black Evil.Darah hitam mengalir keluar dari rongga luka.ZunaTersenyum sinis.

"Heh!"Sinis Zuna.Pedangnya dipacakkan ke dalam tanah.Black Evil memegang dadanya yang berdarah hitam itu.

"Ka,kau..Ergh!"Black Evil memegang dadanya.

"Hiyyah!"Hans datang membantu Zuna.Namun,Black Evil dapat mengelak dengan mudah.Pedang Black Evil muncul ditangan kanannya.

Sharon pula mula menyerang menggunakan cokmarnya yang telah bertukar menjadi sebilah pedang.Hulu pedang itu berbentuk kepala ular tedung putih yang bertatahkan permata kuning emas.

"Ahah!"Black Evil menangkis serangan hendap itu dengan mudah sambil tersenyum sinis.Black Evil terbang mengundur kebelakang selepas menolak pedang Sharon dengan keras.Sharon sedikit terhinjut kebelakan dan hampir jatuh lalu dipaut Bruno.

Bruno berkerjasama dengan Sharon.Mereka bergabung tenaga.Bruno membentuk satu bebola di tapak tangannya.Bebola itu semakin membesar.Dalam masa yang sama,Black Evil menyeru bayangannya keluar.Bayangan Black Evil keluar.Bayangannya bertambah.

Tiba-tiba Black Evil lesap menjadi asap hitam.Claire menggunakan pedang aisnya lalu menyerang bayangan Black Evil yang cuba menyerang dirinya.Pedang ais Claire membelah bayangan Black Evil.Bayangan itu hancur berkecai lalu menjadi asap hitam.

Pertarungan sengit itu pun berakhir.Claire membuka dimensi ruang yang dibuatnya.

"Hans,gugurkan Daun Hilang Ingatan!"arah Max.Hans menuruti kata-kata Max dengan anggukan kepala.

Hans mengangkat tangan kanannya lalu menggenggam keras tangannya.Daun yang tidak dikenali berguguran jatuh.Orang awam terhidu bau Daun Hilang Ingatan itu.Selepas itu,orang awam tidak ingat apa-apa kejadian tadi.Mereka terus melakukan aktiviti rekreasi bersama keluarga masing-masing tanpa gangguan.

Sharon,Zuna dan Claire menarik nafas lega.

Tony mendukung Arlin yang telah pengsan.Kemudian,mereka lesap selepas berpusing badan mereka.