webnovel

Justice World : Legends Come Back

Berkisarkan lagenda tetapi tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Lagenda yang merupakan Ratu dan Raja Magis.Menguasai dan melindungi dunia dalam diam dan secara rahsia.Mitos tentang mereka tidak dicatat di dalam Sejarah Dunia Mitos.Kewujudan mereka tidak diketahui manusia.Peperangan dahsyat dan kematian mereka dirahsiakan dari manusia.Tiada penghormatan terakhir dilakukan.Ada antara mereka dilahirkan semula dan ada antara mereka menunggu kelahiran semula rakan seperjuangan sementara melakar strategi perang.Penantian ratusan tahun akhirnya membuah hasil.Mereka yang telah lahir kembali menaiki singgahsana yang telah lama kosong.Peperangan dahsyat kali keduanya berlaku.Gabungan mereka tiada tandingan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,bacalah Justice World : Legends Come Back

Sam_Azwa · แฟนตาซี
เรตติ้งไม่พอ
16 Chs

Bab 4 : Pemerintah Lautan,Claire!

~Esoknya~

Di kolam latihan etlit renang...

Bunyi air kolam renang yang diredahi oleh seorang gadis telah memenuhi kesunyian tempat itu.

"huh!"Claire mencapai botol air yang berada di tepi kolam itu lalu meneguk lahap air itu.Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang pelik tentang kakinya.Saat dia melihat kakinya ,dia terkejut.

"Apa dah berlaku?!"ujar Claire.Claire menenggelamkan dirinya ke dalam air.

"Hah!?"Claire melihat kakinya telah berubah menjadi separa ikan.

'Aku dapat bernafas dalam air?!' bisik hatinya sambil dihujani perasaan berdebar.Sementara itu,seorang lalaki muncul berdekatan kolam renang itu.Lelaki itu telah menghidu aroma magis yang sangat kuat di situ. Dia melihat seorang gadis dan tersenyum.

"Rupanya dia... ada magis ikan duyung..hehe,"gumam lelaki itu sendirian.

"Aku mahu magis dia!"kata lelaki itu.Tangannya muncul suatu cahaya sinar bebola hitam.

Claire memunculkan dirinya dipermukaan air.Cahaya hitam itu laju mendekati Claire.Namun ,serangan itu dibenteng oleh perintang magis.

"Kenapa!?"ujar lelaki itu.

"Erghh!Kurang ajar!!"kata lelaki itu dengan keras.

Seorang gadis bersayap rerama muncul,Zuna.Dia telah memasang perintang magis itu untuk melindungi Claire daripada serangan jahat itu.

"Kamu okay,Claire?"tanya Zuna serius.

"Awak siapa?"balas Claire mengangkat kepala memandang seorang gadis yang tidak dikenalinya.Tiba-tiba seseorang memegang kedua-dua lengannya lalu mengangkat.Claire terkejut kerana dia di awang-awangan.

"Jangan tanya lagi,lepas ini kami akan ceritakan semua selepas selesaikan lelaki jahat ini."Ujar Arlin lalu menurunkan Claire dengan lembut.

Sharon mengangkat ekor ularnya lalu membelit lelaki jahat itu .Lelaki itu menjerit keras.

"Arghh!"

'Kulit aku terasa pedih..Apa dia dah buat?'gumam Sharon didalam hatinya.Tiba-tiba Sharon terpelantun ke belakang.

"Ergh.."ekor ular Sharon lesap.

"Ular tak guna!!!"jerit lelaki itu.Zuna,Sharon dan Arlin berdiri.

"Aku akan kembali!Hahahahahahah!"kata lelaki itu disusuri tawa lalu lesap.

Arlin mendekati Sharon.

"Kamu okay,Sharon?"tanya Arlin memegang bahu Sharon.Sharon mengangguk menyatakan dia baik-baik saya. Zuna mendekat

"Dia mahu magis kita.."kata Zuna serius memandang kedua-dua rakannya.

"Hah?!"Sharon dan Arlin terkejut.Zuna menganggukkan kepalanya.

"Siapa kamu,hah?"tanya Claire yang masih kebingungan.Zuna,Sharon dan Arlin memandang kearah suara yang bertanya itu serentak.Mereka berubah ke bentuk asal mereka dn menjadi gadis biasa.

"Saya Sharon,Ratu Ular Putih."ujar Sharon sambil tersenyum kearah Claire.

"Saya Zuna,Ratu Bunga."Zuna senyum manis kepada Claire.

"Saya Arlin,Ratu Burung."ujar Arlin.

"Selamat berkenalan!!!"ujar mereka bertiga serentak.

"kita adalah Pemerintah Justice World!"kata mereka serentak lagi. Claire masih tidak mengerti.

"Ratu-ratu keadilan.Tugas kita adalah menjaga dunia dari kejahatan dan ketidakadilan."ujar Zuna.Tangannya mengeluarkan satu kelopak bunga yang tajam bagaikan pisau. Sharon berubah menjadi separa ular.

"Kami dapat melihat rupa sebenar kamu.."Sharon menyusur ekornya kearah Claire lalu mengangkat Claire.

"Awak adalah ikan duyung,Ratu Lautan!"ujar Sharon lagi.

"Awaklah pemerintah lautan seluruh lautan dan...makhluk didasar sana!"ujar Arlin memegang bahu Claire.

"Saya pemerintah dua alam,Ratu Ular dan pemilik segala racun!"kata Sharon sambil tersenyum.

"Saya penguasa madu dan bunga serta pemerintah kupu-kupu."ujar Zuna.

"Saya pemerintah yang meredah awan, meguasai semua burung.Kita saling berkait."ujar Arlin sambil tersenyum manis.

Claire menunduk memikirkan sesuatu.

"Adakah saya masih boleh berenang?"tanya Claire menunduk.

"Pastilah!Awakkan pemerintah lautan semua air kolam milik awak!"ujar Zuna mendekat ke arah Claire.

"Betul tu!"balas Arlin disusuri anggukan kepala Sharon.Claire mengangkat kepala dan menganggukkan kepala tanda setuju untuk mengikuti tiga orang gadis yang baru dikenalinya tadi.

"yes,yes,yay!"Sharon bersorak kegembiraan.Zuna dan Arlin melihat telatah Sharon yang bersungguh-sungguh itu.

Claire merasakan meraka telah berkawan lama walaupun baru bertemu.

"Mengumumkan ketibaan yang mulia,Pemerintah Lautan!Ratu Claire!"Sharon mengangkat Claire menggunakan ekor ularnya.

"Hidup Ratu Claire!Hidup Pemerintah Lautan!"sorak Zuna dan Arlin.