webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · แฟนตาซี
Not enough ratings
1241 Chs

Yun Xiao, Saya Sudah Agak, Kamu akan Datang (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tuan Muda, gadis ini sangat degil. Segala apa yang Tuan Muda katakan kepadanya adalah sia-sia." Bai Ci menekan lengannya yang berterusan mengeluarkan darah dengan wajah pucat yang mengerikan, kebenciannya terhadap Yun Luofeng semakin mendalam.

Bai Su sama sekali tidak memandang orang tua itu. Tubuhnya seperti angin, tiba-tiba muncul di hadapan Yun Luofeng dengan senyuman licik pada bibirnya.

Satu tenaga yang dahsyat menekan Yun Luofeng seperti sebuah gunung, menjadikan tu uhnya kaku. Dia cuba untuk mengelak, tetapi dia tidak mampu menggunakan kekuatannya.

Ia mungkin kelihatan seperti dia tidak terlalu banyak melakukan gerakan terhadap Bai Ci, tetapi sebenarnya, Yun Luofeng keletihan akibat menggunakan tenaga rohani yang melampaui batasnya, keadaan tubuhnya sekarang sangat lemah!

Bai Su memandang Yun Luofeng dengan senyuman lalu menekan tenaga yang lebih dahsyat terhadap Yun Luofeng, mencuba memaksa dia untuk melutut.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com