webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · แฟนตาซี
Not enough ratings
1241 Chs

Xiaobai Ditimpa Bahaya (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ada sesiapa lagi yang ingin mencabar Tuan saya?" Huohuo mengangkat kening dan memandang angkuh semua orang yang ada di situ sambil tersenyum licik.

Yun Luofeng kekal tenang dan malas, dia menongkat dagu sambil menjeling licik ke arah Ketua Keluarga Ou.

"Kamu hendak tunduk atau ingkar?"

Wajah Ketua Keluarga Ou menggelap. "Kamu patut bagi kami waktu untuk mempertimbangkannya."

"Oh sudah tentu."

Kali ini, Yun Luofeng sangat santai dan langsung tidak keberatan untuk setuju dengan permintaan itu.

Ketua Keluarga Ou berasa lega setelah mendengar jawapan Yun Luofeng itu. Asalkan Yun Luofeng setuju bagi mereka waktu, tiga keluarga terkuat boleh bersatu tenaga dan Menara Tabib pasti tidak akan dapat melawan mereka!

"Satu…"

Sedang Ketua Keluarga Ou mengelamun dan memikirkan rancangannya itu, suara Yun Luofeng terdengar lagi.

"Dua…"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com