webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · แฟนตาซี
Not enough ratings
1241 Chs

Rawatan (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Guru."

Tiba-tiba, satu suara sedih terdengar dari luar. Mendengar suara itu, Chen Tian meletakkan bukunya ke tepi lalu memandang gadis yang bergegas ke dalam bilik itu.

"Yue'er, apa yang terjadi?"

Tang Yue sangat sedih dan hampir menangis, tetapi dia gigit bibirnya dan tersedu-sedu. "Guru, tadi saya hendak pulang, tapi saya terserempak dengan Yun Luofeng ketika lalu di pintu."

"Yun Luofeng?" Chen Tian terperanjat memandang Tang Yue. "Apa yang dia buat di sini?"

Tang Yue menggeleng dan berkata dengan nada kasihan, "Saya tidak tahu. Saya cuma tahu yang Tuan Chen yang jemput dia dan dia bawa seorang budak kecil bersamanya. Kalau saya tidak silap, budak kecil itu ialah anaknya. Guru, adakah Tuan Chen telah jatuh cinta kepada Yun Luofeng?

"Apa?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com