Yun Luofeng menghirup tehnya dan mengangkat keningnya. "Kamu roh pelindung Kod Dewa Perubatan! Kamu sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya?"
Wajah Xiao Mo memerah, "Ya, memang saya roh pelindung Kod Dewa Perubatan, tapi bukan saya yang jaga Kod Dewa Perubatan sejak mula lagi! Walaupun Kod Dewa Perubatan yang telah mencipta saya dengan tenaga rohaninya, saya tidak tahu hal yang berlaku sebelum saya wujud di sini."
Yun Luofeng mengeluh. Nampaknya Xiao Mo memang tidak tahu apa-apa…
"Kamu tahu sama ada orang itu baik atau buruk untuk Dunia Kod Dewa?"
Xiao Mo berfikir seketika sebelum berkata dengan perlahan, "Kalau dia boleh setia dengan Tuan, ia bukanlah sesuatu yang buruk. Itu sahaja yang saya tahu."
Yun Luofeng lega selepas mendengarnya. Dunia Kod Dewa sangat penting baginya, jadi dia tidak mahu sesiapa membahayakannya!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com