Wajah Lin Yuan sangat pucat dan seluruh tubuhnya menggigil. Dia sudah pernah jumpa ramai orang yang tidak tahu malu, tetapi dia tidak pernah jumpa yang melampau seperti ini.
Malangnya, dia tidak berani berkata apa-apa disebabkan Yun Xiao…
"Humph!"
Selepas melibas lengan jubahnya, Lin Yuan terus berjalan ke depan. Memandangkan masih ada banyak herba di sini dan dia tahu ia tidak akan habis!
Akan tetapi, hati Lin Yuan berkecai kerana setiap kali dia jumpa herba dan tewaskan satwa rohani yang menjaganya, Yun Luofeng akan terus bakar herba-herba itu.
Tambahan lagi, Yun Luofeng guna alasan yang sama… Dia tidak sengaja?
'Bagaimana orang boleh melakukan sesuatu tanpa sengaja berulang kali?'
Dengan Yun Luofeng terus menjadi penghalang, Lin Yuan hanya mampu mengabaikan semua herba-herba yang dia lihat sepanjang perjalanan. Walaupun dia berjaya tewaskan satwa rohani itu, dia tetap tidak akan dapat herba-herba itu.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com