"Ye Jingchen, Jun Fengling, Yun Luofeng dan Yun Xiao! Ini semua salah kamu! Kalau bukan disebabkan kamu, saya tidak akan berdiri di tempat itu dan saya tidak akan ditimpa gunung itu."
Ye Jingxuan mengetap gigi dan menyalahkan semuanya kepada Yun Luofeng. Dia tidak pernah terfikir seandainya dia tidak arahkan Ying untuk bunuh mereka, dia tidak akan menderita begini sekarang.
Dia tidak sedar sebenarnya dia jadi mangsa rancangan jahatnya sendiri.
"Pengawal, jemput Gundik Diraja Shu ke sini. Beritahu dia saya ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Kalau dia tidak mahu datang, beritahu dia saya tahu semua rahsianya dan saya ada bukti yang sangat kukuh."
Sebaik sahaja mendengar arahan ini, seseorang terus lenyap dari belakangnya dan terbang ke langit. Selama ini, Ye Jingxuan sudah melatih ramai pengikut setia. Tanpa Ying, masih ada ramai lagi yang sanggup berkorban untuk dia!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com