Aku selamat sampai di hadapan rumah sewa yang aku dan Kak Milah.Aku keluar dari perut kereta sambil membawa sejambak bunga ros yang diberi oleh Tengku Rayyan tadi.Aku melangkah masuk ke dalam rumah.Kelihatan Kak Milah sedang berperang di dapur.
"Kak Milah!"
Sergahku dari belakang.
"Opocot mak kau tergolek jatuh tersembam.."
"Hisy...kau ni Sya.Suka sangat terkejutkan akak.Buatnya akak ade sakit jantung,dah 'jalan' agaknya.Menduda karang abang Zahid kau tu"
"ai Kak....tak kahwin lagi nak cakap yang abang Zahid tu dah duda.Confirm ke?"
"Confirm punyalah.Akaklah satu-satunya permaisuri hatinya.Tak akan ade yang lain"
Aku mencebik.Ayat macam nak bagi aku muntah hijau.Puji diri sendiri pula tu.
"Cebik..cebik.Akak ambil mulut tu karang,akak buat sambal.Nak?"
"Taknaklah buat sambal,Kak.Akak buat kek ke,coklat ke kan manis tu.Tak naklah pedas-pedas,nanti mulut saya berbisa"
"Kau ni....banyak songeh kan"
Kak Milah cekak pinggang sambil memasamkan muka.
Aku pula hanya tersengih.
"Akak...saya naik atas dululah.Nak mandi,solat, lepastu nak buat video call dengan wafa"
"Pergi lah.Lepas solat maghrib karang,turun.Jangan leka sangat sampai akak kena panggil Tuan puteri makan"
"Yelah,Kak"
"Sebelum terlupa...Nah...bunga untuk akak.Bunga segar.Cantik pula tu.Sya bagi dekat akak"
Aku hulurkan jambangan bunga tersebut kepada Kak Mila.Kak Mila sambut jambangan bunga tersebut.
"Cantiklah Sya.Mana kau dapat ni?"
"Saya dapat free je.Saya naik atas dulu ye"
Aku cepat-cepat berlalu.Tak nak disoal lagi.Aku terus masuk ke bilikku yang terletak bersebelahan bilik utama.Aku terus ke almari baju dan memilih pakaian lalu meletak pakaian tersebut di atas katil.Aku bangun menuju ke tempat penyidai tuala,dan ambil tuala.Sebelum keluar dari bilik,aku buka tudung dulu dan terus masuk ke dalam bilik mandi.
Selepas 15 minit,aku keluar dari bilik mandi dan masuk ke dalam bilik kemudian memakai pakaian yang aku pilih tadi.Selesai memakai pakaian,aku buka komputer riba dan terus membuat video call ke Wafa,adik sepupuku.Kami sangat rapat seperti adik-beradik. Ketika ibu aku meninggal, aku baru berumur 16 tahun.Kebetulan ketika itu,ayah Wafa dan Haikal iaitu pak long aku mendapat kerja di London.Mereka berhijrah ke sana.Berita tentang kematian adiknya,iaitu ibuku dia ketahui setelah dia balik Malaysia pada cuti sekolah,4 bulan selepas ibuku meninggal.Aku pula menetap di rumah anak yatim.Sejurus selepas aku ambil keputusan SPM,aku mula keluar dari rumah anak yatim tersebut.
Ketika aku mencari tempat tinggal,kebetulan ketika itu waktu malam.Aku terserempak dengan beberapa orang pencuri.Aku lari untuk menyelamatkan diri.Tapi,aku sempat dicederakan.Mujurlah ketika itu ada Tengku Zati yang menolongnya.Tengku Zati membawa aku ke rumahnya untuk tinggal sementara.Selang beberapa hari,Tengku Zati berhasrat ingin mengambil aku sebagai anak angkat.Pada mulanya,aku menolak,tetapi dia menyuruhku berfikir terlebih dahulu.
Selepas beberapa minggu,barulah aku bersetuju untuk menjadi anak angkat Tengku Zati.
"Assalammualaikum,akak"
"Walaikumsalam,Wafa.Akak rindu Wafa.Wafa dengan family sihat?"
"Alhamdullillah.Kami sihat sahaja di sini.Wafa pun rindu gila dengan akak.Akak apa khabar?Sihat tak?"
"Sihat.Kalau tak,akak tak akan buat video call dengan Wafa"
"Wafa maksudkan hati akak sihat tak?Wafa tahulah yang akak ni sihat.Lagi pun akak kan memang susah dapat penyakit.Kalau bab buat penyakit tu,akak memang terbaik dari ladang"
Wafa kenal sangat dengan diri ku yang sebenar.Walaupun kami bukan adik-beradik, tapi kami sangat rapat.