webnovel

How Can I Reborn With Demon Eyes (Malay)

Kisah remaja lelaki bernama Kiroma Soha yang mempunyai kebolehan melihat aura negatif di sekeliling tubuh manusia. Setelah terserempak dengan seorang gadis, dia mendapat tahu bahwa terdapat sosok hitam yang boleh mencederakan manusia. Di sekolah, dia ditemukan seorang gadis cantik bernama Aoha Mirai iaitu seorang pelajar pindahan. Harinya berubah dari hari biasanya kepada lain setelah bertemu dengan gadis tersebut. Dan mengetahui tentang sosok hitam yang ditemukannya.

Panda_Sensei · ไซไฟ
Not enough ratings
11 Chs

Permulaan Kehidupan Lain

"Ke-kenapa saya dijemput? Bagaimana kamu mengenali saya?"Tanya Kiroma sambil kebingungan. "Semuanya akan terjawab selepas awak ikut saya ke markas kami." Jawab Aoha dengan jelas. "I-ikut awak? Kemana?" Tanya Kiroma. Tiba-tiba Aoha memegang tangan Kiroma dengan erat sambil berkata "Teleport G-17". Keluar cahaya di sekeliling mereka sehingga tidak dapat melihat apa pun di sana.

Tiba-tiba terdengar suara berkata "Selamat kembali, G-17". Kiroma perlahan-lahan membuka matanya dan terkejut apabila melihat sebuah markas yang besar dengan peralatan berteknologi tinggi di setiap penjuru bangunan. "Wah, he-hebat!" teriak Kiroma yang terkejut pada masa itu. "Apa lagi yang awak lihat itu? Mari cepat ikut saya sekarang." Kata Aoha dengan nada bersahaja. "O-okay" jawab Kiroma. Setelah beberapa minit berjalan di sebuah lorong yang tidak diketahui, akhirnya tiba ke destinasi yang menjadi tujuan utama Kiroma dibawa ke sini. "Salam pulang, G-17. Bagaimana dengan keadaan budak itu?" kata seorang lelaki yang mengenakan pakaian seragam. "Semua berjalan dengan lancar." Jawab Aoha. "Anu um, boleh saya Tanya mengapa saya dibawa ke sini?" Tanya Kiroma dengan tidak yakin. "Oh, ini lah budak bernama Kiroma Soha iya. Nama saya adalah Jin Kaisar. Saya adalah komander kepada markas ini." Jawab Jin. "Mi-mintak maaf atas ketidaksopanan saya sebentar tadi." Kata Kiroma. "Tiada masalah." Jawab Jin. "Tetapi kenapa saya disini?" Tanya Kiroma." Seperti yang kamu tahu tentang bahawa sosok yang kami gelar sebagai Ghoul. Kami adalah kumpulan yang melawan Ghoul yang berevolusi daripada memakan aura negatif manusia." Kata Jin dengan jelas. "Me-memakan aura negatif." Kata Kiroma sambil kebingungan. "Iya, Ghoul berasal daripada Minion iaitu pengikut buatan Demon yang memakan aura negatif manusia untuk memberikan mereka kekuatan juga membolehkan mereka berjalan di dunia kita." Kata Jin dengan sangat jelas. "Jadi disebabkan saya dapat melihat mereka, mengapa saya perlu dibawa kesini? Saya tidak mengetahui sebarang seni bela diri ataupun cara menggunakan senjata." Terang Kiroma. "Itu tiada masalah kerana kamu akan diajari oleh seorang mentor." Kata Jin dengan riak wajah gembira. "G-17, sila bawa Kiroma ke medan latihan untuk bertemu mentornya." Kata Jin kepada Aoha. "Saya mengerti." Jawab Aoha. "Me-medan latihan?" bisik Kiroma. "Selamat jalan kamu berdua!" teriak Jin dengan gembira. Setelah beberapa meter dari markas komander, akhirnya tiba juga ditempat yang mereka panggil medan latihan. "Nyahallo, kamu berdua disana!" teriak seorang wanita yang berada di sana. Berambut panjang berwarna perang dan tinggi orangnya bersama sebuah pedang bercahaya keemasan dipinggangnya. Itulah gambaran sosok wanita yang memanggil mereka berdua. "Selamat pagi, guru Komi." Jawab Aoha untuk membalas sapaan daripadanya. "Jadi, kamulah budak yang bernama Kiroma iya?" Tanya Komi kepada Kiroma. "I-iya" jawab Kiroma. "He-he Aoha kamu tidak tertarik ker dengan Kiroma?" Tanya Komi kepada Aoha. "Eh um, mana adalah!" jawab Aoha sambil berpaling muka untuk menutup malunya. "Sebentar tadi, saya diberitahu kamu datang ke sini sambil memegang tangan Kiroma kan?" Tanya Komi kepada Aoha. "Itu sebab saya menggunakan teleport pada masa itu" terang Aoha. "Err, ja-jadi apa yang saya harus lakukan guru Komi?" Tanya Kiroma untuk memecahkan perbualan yang janggal sebentar tadi." Oh, kamu hanya

perlu menjalani ujian untuk mengetahui kelas kamu." Terang Komi. "Ke-kelas saya?" Tanya Kiroma. "Iya,

setiap orang disini mempunyai kelas masing-masing" jawab Komi. Terdapat 5 kelas yang berbeza iaitu

Swordman, Gunner, Witch, Healer dan Paladin. Swordman adalah pahlawan penguna pedang dengan kekuatan dan ketahanan yang hampir sama. Gunner adalah pahlawan yang menggunakan senjata jarak jauh dengan kecepatan dan kelincahan yang tinggi. Witch adalah pahlawan yang menggunakan mantera daripada spirit di sekelilingnya dengan menghasilkan serangan yang tinggi. Selain itu, Healer adalah pahlawan yang memberi pertolongan kepada pahlawan yang tercedera dalam pertarungan. Akhir sekali, Paladin adalah pahlawan yang menjadi perlindung sesebuah kumpulan kerana mempunyai ketahanan yang lebih berbanding pahlawan-pahlawan yang lain. "Menarikkan, Kiroma?" Tanya Komi kepada Kiroma. "Haa, i-iya" jawab Kiroma. "Jadi, kamu kelas Gunner lah kan?" Tanya Kiroma kepada Aoha. "Hehe, hebat bukan." Jawab Aoha dengan riak. "Baiklah, mari teruskan apa yang harus kita lakukan." Kata Komi. Setelah beberapa minit kemudian. "Okay, Kiroma saya sudah dapat keputusan dari analisa yang dibuat."

Terang Komi. "Kelas kamu adalah Swordman dan ability ialah-" kata Komi terhenti. "A-ability twin b-blade!" teriak Komi. "Kenapa, itu tanda perkara burukkah?" Tanya Kiroma. "Ini perkara pertama saya lihat kelas Swordman boleh membawa 2 buah pedang bersamaan." Jawab Komi dengan jelas. "Eh, biar betul!" teriak Kiroma. "Saya mengerti, komander" bisik Aoha. "Kiroma, kita harus pulang ke sekolah sekarang juga." Terang Aoha kepada Kiroma. "Ba-baiklah" jawab Kiroma.

"Uwah, habis jugak sekolah!" kata Kiroma yang berasa letih dengan perkara yang baru berlaku padanya. "Hai awak" tiba-tiba Aoha menyapa Kiroma. "Ka-kamu buat apa disini?" Tanya Kiroma. "Rumah saya sehala dengan jalan ini." Terang Aoha. "Oh, kalau begitu apa boleh buat." Keluh Kiroma. "Nanti saya datang jumpa lagi untuk latihan di medan latihan ya." Kata Aoha kepada Kiroma. "O-okay" jawab Kiroma. Setelah menjalani keseharian yang tidak diduga, Kiroma terus berbaring pada katilnya. "Aduh, penatnya hari ini!" teriak Kiroma. "Kelas Swordman

iya" bisik Kiroma. "Apakah dengan ability Twin Sword dan kenapa guru Komi sangat terkejut." Bisik Kiroma. "Ah, baik saya tidur daripada berfikir yang bukan-bukan" kata Kiroma untuk menghilangkan topik sebentar tadi. "Adakah kamu layak menggunakan kekuatan saya? Ternyata benar kamu adalah sebahagian daripada saya, saya akan membuka kekuatan Dragisia di dalam diri kamu" tiba-tiba suara ganjil terdengar di tepi telinga Kiroma. "Haa, apakah tadi tu? The Vision? mimpi?" bisik Kiroma yang terbangun dari mimpi yang ganjil. "DRAGISIA" Perkataan yang terngiang-ngiang di dalam kepala Kiroma pada masa itu. Perkara terakhir yang dapat dilihatnya adalah sosok yang berapi berwarna biru bercahaya. Tetapi ingatanya samar-samar pada masa itu.