webnovel

PEMULAAN

Keesokan harinya, Rykal pergi ke sekolah dengan perasaan berdebar.Sebenarnya dia tidak mahu membalas dendam kepada sesiapa namun apabila dia mengingat kata-kata encik Ismail, dia berfikir ada betul juga. Mungkin juga dengan cara ini mereka akan lebih menghormati dan menjaga perasaannya.Ketika di sekolah, Putra perasan bahawa kawannya itu seperti sedikit berubah."erm wey.. Kau ok tak ni?". Tanya Putra."Aku okay je.. Kau takyah risaulah". Balas Rykal.

Selepas itu, sewaktu jam pelajaran bahasa melayu. Rykal dengan sengaja tidak menumpukan perhatian.Dia berkali-kali menganggu kawan sekelasnya agar mereka tidak menumpukan perhatian.Melihat hal itu,puan Zia menegur Rykal"Rykal kalau kamu tidak mahu belajar tolong jangan kacau kawan kamu yang nak belajar". Ucap puan Zia kepada Rykal.Tiba-tiba, Malek datang ke kelas itu untuk berjumpa dengan ibunya.Melihat Malek yang datang ke kelasnya, Rykal dengan cepat menghalaunya pergi.Malek yang tidak terima terus menolak Rykal.

Rykal tanpa fikir panjang terus menendang perut Malek sehingga membuatnya terjatuh.Puan Zia yang melihat anaknya sudah melampau hendak menampar pipi anaknya itu namun Rykal menahan tangan ibunya itu."kamu jangan sampai saya report pada pengetua tentang bende ni".Kata puan Zia dengan nada marah.Rykal yang mendengar hal itu terus menendang muka Malek. Rykal berkata yang dia tidak kisah sekiranya dirinya di report pada pengetua.Mendengar hal itu puan Zia terus berkata dia sungguh kecewa dengan sikap Rykal yang sudah berubah dan tidak seperti dulu.

Mendengar hal itu, Rykal hanya tertawa dan berkata "cikgu kecewa?.. Saya berubah?.. HAHAHAHA. Semua bende ni jadi disebabkan cikgu sendiri!. Balas Rykal dengan nada tidak puas hati.Putra yang melihat Rykal seperti tidak terkawal terus menghampiri Rykal untuk menenangkannya."Weh dah ah tu sabar ah nanti tak pasal-pasal kecoh".Kata Putra kepada Rykal.Rykal yang mendengar hal itu hanya ketawa dan berkata bahawa dia tidak peduli dan lagi bagus sekiranya satu sekolah mengetahui betapa teruknya cikgu mereka itu menjadi seorang ibu.Kemudian,Rykal berlalu pergi meninggalkan sekolah tanpa kebenaran guru.Putra sempat mengejarnya agar Rykal tidak pergi namun dia dihalang oleh puan Zia.

Puan Zia meneruskan pembelajarannya dengan perasaan bercampur aduk.Selepas 5 minit Rykal keluar dari sekolahnya itu, dia dijemput oleh encik Ismail."Macam mana?". Tanya encik Ismail."Semuanya berjalan lancar". Balas Rykal dengan wajah menyesal.Selepas Habis waktu persekolahan, Putra bergegas menemui Rykal di rumahnya dan apabila dia tiba dirumah Rykal, Putra memberi salam dan meminta pengawal yang menjaga rumah itu untuk memanggil Rykal.

Rykal menemui kawan baiknya itu dan menjemputnya untuk masuk ke dalam namun Putra menolak.Tujuan Sebenar kenapa Dia ingin berjumpa dengan Rykal ialah kerana dia mahu bertanya kenapa diri sudah berubah semenjak dia tinggal bersama ayah dan kawan ayahnya itu namun Rykal menafikan hal itu dan berkata itu hanyalah perasaannya sahaja. Putra yang tidak terima terus menasihati kawan baiknya itu dengan berkata"walaupun ibu kau tu banyak buat salah dengan kau, itu tak bermaksud kau boleh buat macam tu. Dia masih lagi ibu kau dan kau kena hormat dia. Kata Putra kepada Rykal. Mendengar hal itu, emosi Rykal tidak dapat dibendung. Dia menolak kawannya itu sambil berkata sekiranya Putra berada di posisinya, dia juga akan membuat perkara yang sama.Putra membantah dan memberitahu bahawa dirinya tidak akan jadi seperti Rykal.

Rykal yang tidak ingin bergaduh dengan kawan baiknya itu terus masuk ke dalam rumah dan menyuruh pengawal untuk menutup pagar rumah.Putra pulang dengan perasaan yang kecewa kerana kawan baiknya itu sudah berubah tetapi dia yakin kawan baiknya itu dapat berubah menjadi dirinya yang asal.Dia juga tidak menyimpan sebarang dendam kepada Rykal kerana peristiwa tadi.

BERSAMBUNG.....