webnovel

Hilang kasih Bab 10

Malam pun tiba. Rykal tidur bersama Putra yang memiliki katil yang cukup besar.Sebelum mereka tidur, mereka sempat bermain satu permainan vedio di telefon bersama.Encik Fadil sempat mengingatkan mereka berdua agar tidak bermain sehingga larut malam agar mereka tidak keletihan di keesokan harinya. Ketika jam menunjukkan pukul 12 malam, Rykal dan Putra memutuskan untuk berhenti bermain dan terus tidur.Putra sempat membaca doa tidur sebelum dia hendak menutupkan matanya manakala Rykal tidak.Putra pada mulanya ingin memberitahu kawannya itu tetapi dia mengurungkan niatnya kerana dia melihat Rykal yang seperti keletihan.

Semasa Rykal tidur, dia termimpi tentang keluarganya.Rykal meluangkan masa bersama dengan ibu dan ayahnya di mimpi itu, tiba-tiba keadaan sekelilingnya berubah menjadi hitam. Rykal melihat ibunya yang berpaling membelakanginya dan dia juga melihat ayahnya dibawa oleh dua orang misteri berjubah.Rykal kebingungan dengan apa yang sedang terjadi. Dia memandang ibunya yang masih membelakanginya dan selepas itu dia terus mengejar ayahnya yang sedang dibawa oleh dua orang berjubah yang misteri itu.Rykal menarik tangan ayahnya agar tidak pergi, dia terdengar dua orang itu berkata "kau tidak perlu risau kerana kau akan bersama dengan ayah kau", kata dua orang berjubah itu.Rykal tentu sahaja tidak mengerti.

Tiba tiba dia berada di sebuah tempat yang dia sendiri tidak tahu. Tiba-tiba, dia ditarik oleh tali yang entah dari mana menariknya sehingga dia tiba di sebuah gaung.Sebelum Rykal terjatuh daripada gaung itu, dia terus terbangun kerana Putra mengejutnya. "kau ok tak?.. Aku dengar kau menangis, kau mimpi apa?".tanya Putra. Rykal hanya membalas soalan Putra dengan senyuman sahaja. Rykal berfikir itu semua permainan syaitan yang cuba mengacaunya.Ketika melihat jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi.Rykal hairan kenapa Putra sedang bersiap padahal azan masih lama lagi. Putra berkata bahawa setiap hari pukul 4 pagi dia akan bangun awal untuk pergi berjoging.

Mendengar hal itu, Rykal meminta izin untuk ikut bersama.Putra tentu saja menerimanya.Semasa mereka sedang berjoging tiba tiba, mereka di halang oleh dua orang penyamun yang membawa sebilah parang. Mereka diugut untuk menyerahkan barangan berharga yang dimilikinya. Rykal yang tidak mahu terus melawan penyamun itu menggunakan teknik bela dirinya iaitu silat.Mengetahui bahawa mereka tidak mampu menandingi Rykal, seorang penyamun secara diam diam mencuba untuk menikam Rykal yang sedang leka menghajar kawannya. Melihat hal itu Putra terus menghalangnya dan akibat dari itu, Putralah yang ditikam oleh penyamun itu.Selepas menikam Putra, penyamun-penyamun itu terus melarikan diri.

Rykal membawa Putra ke rumahnya. Rykal memanggil ibu dan ayah Putra untuk mendapatkan pertolongan.Encik Fadil membawa anaknya itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rykal mengikuti encik Fadil untuk menghantar Putra ke hospital. Semasa di hospital, doktor berkata bahawa Putra telah kehilangan banyak darah tetapi dia masih boleh diselamatkan.Rykal meminta maaf sambil menangis kepada encik Fadil kerana gagal melindungi Putra. Encik Fadil berkata bahawa dia tidak menyalahkan Rykal atas apa yang berlaku kepada Putra dan dia juga menyuruh Rykal agar tetap kuat. Mereka menunggu di hospital sehingga subuh. Rykal dan encik Fadil solat di sebuah masjib yang berada di hadapan hospital itu. Ketika habis solat, Rykal berdoa agar kawannya itu sembuh.

Ketika Rykal hendak kembali ke hospital, dia melihat seseorang yang dia kenal.Orang itu merupakan encik Ikmal.Rykal pergi ke ayahnya dan terus memeluk ayahnya dengan erat.Tiba-tiba dia terbangun daripada tidurnya. Rupanya Rykal tertidur selepas membaca doa tadi. Selepas itu dia begegas ke hospital semula bersama encik Fadil.

BERSAMBUNG.....