webnovel

Girls Of Leaders

Mengisahkan 8 pelajar perempuan dari sekolah Hyper High School iaitu Fiza, Dee, Nad, Fiee, Sya, Yuni, Eqah dan Reen. Mereka sangat di kenali sebagai 'Devil's Roses' oleh disebabkan kenakalan dan sikap dingin mereka yang membuatkan pelajar lain merasa gerun terhadap mereka. 8 pengawas lelaki yang merupakan pelajar baru sekolah Hyper High School iaitu Mirul, Rie, Raif, Ziq, Ash, Aril, Ewan dan Rayn. Mereka di kenali sebagai 'Dark's Knight' dan mereka ditugaskan untuk mengawasi 'Devil's Roses' atas perintah pengetua sekolah. Takde siapa tahu yang 'Devil's Roses' adalah sepupu dan cucu kepada pengetua Hyper High School, Tengku Amiruddin. Devil's Roses sendiri yang meminta atuknya untuk merahsiakan identiti sebenar mereka dari pengetahuan orang ramai. "Beb..aku dengar ada pelajar baru masuk kat kelas kita ni" - Eqah "Aku dah tau dah..atuk bagi tau semalam" - Fiza "Habis tu apa kita nak buat dekat pelajar baru tu?" - Fiee "Macam biasa lh" - Fiza&Dee Ahli Devil's Roses yang lain hanya tersenyum sinis. "Hoii!! Apa korang dah buat ni ahh?!" - Mirul "Korang ingat ni sekolah atuk korang ke?!" - Ewan "korang ni mema....." - Ash P/S: kalau nak tahu lebih lanjut cerita ni dipersilakan baca..okey?

_DarksChoo · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
31 Chs

Bab 27

Someone's Pov

Aku mengerling jam yang ada di tanganku sambil mengeluh perlahan.

"Hurrmmm..mana Aisyah ni? Janji nak datang tepat jam 4.30 petang..sekarang ni dah nak dekat jam 5 petang dah tapi batang hidung tia pun tak nampak lagi" omelku sambil memandang ke arah sekumpulan budak2 kecik yang bermain kejar2an di taman ini.

"Bestkan tengok budak2 kecik tu main kejar2? Teringat pulak zaman waktu kita sebaya dengan diorang ni" sampuk seseorang dari belakang.

Terkejut aku bila tiba2 ada orang sampuk belakang aku. Aku menoleh memandang empunya suara tersebut. Orang itu terus mengambil tempat duduk disebelah aku dan sama2 memandang ke arah budak2 tadi.

"Yup. Best sangat tapi tulah waktu cepat sangat berlalu" balasku.

"Ha'ah"

Keadaan kembali sunyi sepi sebelum aku membuka suara di antara kami berdua.

"Ni aku nak tanya kau, asal kau lambat sangat? Janji nak datang pukul berapa sekarang ni dah pukul berapa? Lama tau tak aku tunggu kau..dahlah panas kat sini" bebelku panjang lebar.

"Alaa..sorry lah beb, aku terlelap tadi. Sorry ehh" kata Aisyah mohon maaf.

"Eleh..yelah tu terlelap. Kau dari dulu sampai sekarang tak pernah nak datang tepat waktu kan?"

Aisyah hanya tersengih macam kerang busuk je depan aku sambil memohon maaf lagi sekali.

"Okey. Aku maafkan kau tapi dengan satu syarat" kataku sambil memandang sinis ke arahnya.

"Alaa..kena ke ada syarat semua ni?" rungut Aisyah.

"Kenalah kalau tak aku balik sekarang ni. Aku balik ni" ugutku.

"Ishh..yelah2 nasib aku sayang kau tau tak? Kalau tak, memang aku biarkan je kau pergi" kata Aisyah sambil membuat mata ke atas.

"Hah! Apa syarat dia?" soal Aisyah.

"Hurrmmmm..apa ehh?" kata ku sambil menggosok dagu ku seperti orang sedang berfikir.

"Cepatlah! Tak payah nak acah2 berfikir sangat"

"Hehehehe..aku lapar lah, jom pergi beli aiskrim kat sana then kita pergi kat restaurant tu. Aku craving nak makan dia punya masakan lah" kataku seraya bangkit dari duduk terus menuju ke gerai aiskrim yang ada kat hujung taman ni.

"Aduh. Dia ni tak menyempatlah"

"Weii..cepatlah!" jeritku dari jauh bila aku tengok Aisyah masih lagi duduk kat bangku tadi.

"Ye kejaplah..kau tu yang terlebih bersemangat, salahkan aku pulak" jerit Aisyah sambil berjalan mendekati aku.

Lengan Aisyah aku rangkul dengan erat sambil kami berdua jalan beriringan menuju ke arah gerai aiskrim yang aku maksudkan tadi.

"Sejak bila kau jadi gedik semacam ni? Siap rangkul lengan aku lagi" soal Aisyah pelik.

"Ishh..tu pun tak boleh ke?" rajuk ku sambil melepaskan pegangan pada lengannya.

"Alaa..tak payahlah merajuk, aku pelik je kut. Yelah selama ni kau tak macam ni pun" beritahu Aisyah.

"Yelah..aku kan dah lama tak jumpa kau, tu yang gedik semacam tu"

"Alolololo..sian dia. Rindu ehh? Aku pun rindu juga kat kau" kata Aisyah sambil merangkul lengan ku pulak.

"Rindu..rindu jugak. Tapi jangan lupa belanja aku ye cik akak sayang. HAHAHAHHA"

"Yelah2..jom pergi sana cepat" arah Aisyah.

Aku apa lagi gembira tahap dewa lah. Yelah bukan selalu ada orang belanja kita ni. Hehehe.

Skip..

Aisyah's Pov

Aku menghempas tubuh badanku di atas katil empuk milikku. Aku memejamkan mataku buat sementara waktu. Penat. Tu yang aku dapat ungkapan.

"Errgghhh..penatnya aku. Rasa malaslah pulak nak mandi ni" kata ku sambil bergolek di atas katilku.

Tok! Tok! Tok!

Sedang asyik aku bergolek tiba2 pintu bilik tidurku di ketuk dari luar. Bingkas aku bangun dari bergolek dan memperbetulkan rambutku yang sedikit serabai.

"Echaa..boleh papa masuk?" soal papa dari luar bilik.

"Boleh paa..masuk jelah" arahku.

Papa menjengulkan kepalanya seraya menolak pintu bilik ku sebelum dia masuk ke dalam dan duduk di birai katil ku.

"Macam mana hari ni? Seronok?" soal papa sambil memandang ke arahku.

"Hari ni? Seronok je paa, apalagi Echaa dapat jumpa kawan lama Echaa tu balik. Hehehe" kataku dengan gembira.

"Iyee? Kalau macam tu baguslah. Tak lah sunyi anak papa ni bila kat sekolah nanti" kata papa dengan senyuman.

"Ni anak papa ni dah mandi ke belum ni?" soal papa dan aku hanya menayangkan sengihan je.

"Sengih2 tu mesti belum kan? Patut busuk je bila papa masuk sini tadi" usik papa.

"Papa!!" jeritku geram.

Meletus ketawa papa. Seronok sangat gelakkan aku.

"Dah2 tak mau lah buat muka masam2 ni..tak comel dah anak papa ni" kata papa seraya mencubit kedua belah pipi ku.

"Ishh..papa ni, sakitlah" kata ku sambil menempis lembut tangan papa.

"Dah2..Echaa pergi mandi sekarang then jangan lupa solat maghrib okey? Nak habis waktu dah ni. Lepas selesai semua, jangan lupa turun makan malam kat bawah ye sayaang?"

"Okey papa"

"Macam ni anak papa" kata papa seraya menggosok rambutku hingga serabai.

"Papa ni kan!" kata ku geram sambil membetulkan rambutku.

"Dah pergi mandi cepat. Papa tunggu kat bawah ye. Jangan nak tidur pulak" kata papa sambil bangkit dan berjalan menuju keluar dari bilik ku.

"Ye papa..Echaa nak pergi mandilah ni..papa jangan risau ehh" kataku sambil menghalau papa keluar dari bilikku

Hilang je kelibat papa dari bilik ku. Aku terus melangkah kembali ke arah katil ku dan menghempas semula badan ku ke atas katil. Penat tak hilang lagi ni. Aku memandang siling kosong di atas sambil mengingati kejadian di taman petang tadi.

"Ehh ehh ehh..nanti2 jelah aku ingati kejadian petang tadi. Sekarang ni aku nak mandi, solat then turun makan"

Baru je ingatan aku nak melayang ke arah kejadian petang tadi, cepat2 aku hapuskan ingatan ku dari mengingati kejadian tersebut. Aku segera bangkit dari katil. Tuala yang tersidai aku capai sebelum langkahku menuju ke pintu kamar mandi.

Tbc...