webnovel

feelingless

Dia merupakan watak utama dalam hidupnya yang lalu, disebabkan itu nyawanya berakhir tanpa mengenali dunia yang ingin dijelajah. Dia diberi peluang untuk hidup kembali, dia meminta untuk dilahirkan di dunia yang berbeza dan tidak mahu bersinar seperti sebelum ,apabila terlahir semula beberapa perasaan miliknya tidak bersama dengannya. bagaimanakah kehidupan yang akan dilaluinya tanpa perasaan-perasaan di dunia baru itu (rekaan semata-mata)

NAFaS · แฟนตาซี
เรตติ้งไม่พอ
16 Chs

Bab 14-Fairy Wood

Beberapa saat setelah berada di dalam kegelapan, Hermin Jr merasakan badannya bergerak ke atas sampailah kepalanya muncul semula di permukaan, tetapi apa yang dilihatnya bukanlah tasik tapi hutan belantara, daun yang melekat pada ibu jari kirinyanya tercabut dan terbang pergi selepas seluruh badannya berada di atas permukaan, tanah yang berpusar kembali tenang, badannya juga sudah tidak terapung.

"Pindah lagi?, hutan? . . . .ok."...

"Woooh!"...

Pokok-pokok di hutan itu tiba-tiba bergerak dan tercipta satu laluan di depan Hermin Jr.

"Terima kasih, bagi laluan."Hermin Jr terus berjalan melalui jalan yang baru tercipta itu sambil tersenyum dan berterima kasih dengan melihat ke kanan dan kiri.

Pokok dan rumput seperti terselak luas dan kembali seperti sediakala selepas Hermin Jr berjalan melalui laluan tersebut, setiap langkahnya menutupi laluan untuk kembali.

"Terima kasih, terima kasih. . . ." Hermin Jr masih lagi berterima kasih tidak tahu kepada siapa, sampailah laluan itu terlihat penghujungnya.

"Haa!, apa benda tu?" Hermin Jr melihat satu makhluk berdiri di hujung jalan yang dia lalui itu.

Makhluk itu terlihat sama seperti tubuh manusia tetapi berwarna kehijauan dari jauh, Hermin Jr menyapanya.

"HAI." Hermin Jr menjerit dan tangannya dilambai tinggi.

Selepas disapa, makhluk itu memasuki pintu yang terbuat daripada pelbagai tumbuhan di belakangnya.

"Hmmm?" Hermin Jr menambah kelajuan berjalan.

Sampai di depan pintu itu, Hermin Jr masuk tanpa mempersoalkannya kerana tertarik dengan makhluk yang dilihatnya sebentar tadi.

Selepas melepasi pintu yang mempunyai bingkai daripada kayu yang dibaluti oleh dedaun hijau  yang menutupi pintu itu serta terdapat akar pokok yang melingkarinya, adalah hutan yang sudah mati, semua pokok-pokok hanyalah tinggal ranting sahaja.

Lalu, muncul makhluk yang dilihatnya tadi bersama sekumpulan makhluk yang sama jenis bersenjatakan batang-batang kayu, terdapat daun pada setiap anggota tubuh badan mereka, seperti pergelangan tangan, kaki, rambutnya juga hanyalah daun. Kebanyakan tubuh makhluk itu sudah kekuningan, seperti tumbuhan yang sudah layu.

Sekumpulan makhluk itu mendekati Hermin Jr, satu makhluk yang agak kerdil ketinggiannya melebihi sedikit daripada Hermin Jr yang bertubuh kanak-kanak, seluruh badannya sudah kekuningan dan bertongkat keluar dari kumpulan itu, berdiri di depan Hermin Jr.

"Tolong lah kami." ujar makhluk kerdil itu.

". . . .ok." Hermin Jr mengangguk sekali.

"Betulkah?!"..

"Entah,. . . . tolong apa?"...

"Mari ikut kami, saya akan terangkan semasa berjalan, sudah tidak banyak masa lagi"..

Kumpulan itu membuka jalan kepada Hermin Jr dan makhluk itu untuk berjalan dan mengikuti di belakang.

"Saya Vuula, kami ialah Fairy, atau di kenali sebagai pari-pari hutan, seperti yang tuan lihat, hidup kami bergantung kepada hutan ini, hutan ini sudah. . ."..

"Ok, sebelum tu, Vuula.... ke yang bawa saya ke sini?" Hermin Jr menyelit.

"Ya, saya yang bawa tuan ke sini."..

"Hmm. . .,ok dah boleh sambung" Hermin Jr mengangguk sekali.

"Baiklah, saya akan terus ke permasalahannya, sebenarnya ada berlaku perperangan antar..."..

"WOW!, perang,. . .ok saya tolong" Hermin Jr tersenyum.

"Terima kasih, terima kasih tuan."  Vuula melutut sambil memegang tangan Hermin Jr.

Melihat reaksi Vuula kumpulan Fairy yang berada di belakang juga melakukan tindakan yang sama.

"Perang tersebut memusnahkan sebahagian besar kawasan kami, hidup kami menjadi terancam dan kami tidak mampu bertahan lebih lama lagi, kami memerlukan sejumlah 'mana' yang besar untuk pulih, saya sudah melihat kapasiti 'mana' di dalam diri tuan, sangatlah terlampau besar. . ."  sambung Vuula selepas berdiri semula.

"Jap, saya ada terlupa sesuatu, tadi saya masuk dalam tanah lepas tu keluar dekat sini, dekat mana sebenarnya ni?" Hermin Jr menyelit lagi.

"Ini adalah Fairy Wood,. . . Fairy Wood adalah ruang dimensi berbeza yang bersambung dengan kawasan tuan berehat tadi, jika kawasan itu rosak Fairy Wood juga akan terkesan."..

"Oooh, (aku dah terbiasa lah dengan benda-benda yang tak masuk akal ni), lagi satu ni, mana tu apa?"...

". . . .'mana' merupakan sumber tenaga yang diperlukan untuk menggunakan sihir, . . .kita sudah sampai."..

Terdapat sebuah pokok yang agak besar bercahaya malap menanti di depan Hermin Jr. Pokok itu masih mempunyai dedaun tetapi tidaklah nampak kesuburannya.

"Apa tu?" Tanya Hermin Jr.

"Itu adalah Heartree, Heartree. . . . . merupakan . . .anak perempuan saya, dia mengorbankan dirinya untuk menyalurkan 'mana' kepada Fairy Wood, jika tiada dia, kami semua sudah tiada."

"Jadi, kalau Fairy mati akan jadi pokok la?, ada banyak pokok yang dah mati dekat sini, jadi semua ni Fairy?" Hermin Jr melihat sekitarnya.

Vuula tidak menjawab pertanyaan Hermin Jr tetapi hanya menundukkan wajahnya ke bumi.

"Apa yang perlu saya buat." Tanya Hermin Jr lagi.

"Sentuh tangan saya." Vuula menghulurkan satu tangannya kepada Hermin Jr manakala satu lagi tangannya menyentuh Heartree.

Hermin Jr pun mencapai tangan Vuula kemudian seluruh badan Vuula bercahaya hijau sikit demi sedikit, cahaya itu kemudian bergerak ke badan Hermin Jr selepas itu mengalir pula ke Heartree.

Selepas itu Vuula menyentuhkan tangan Hermin Jr ke Heartree dan melepaskan tangannya. Membiarkan Hermin Jr meneruskan dengan sendiri. Daun-daun Heartree pun bertambah dengan perlahan.

'12:10 p.m.

Rabu'

"Berapa lama aku kena buat macam ni?, bukan ke aku punya MP besar?, kenapa lambat sangat nak siap?" Hermin Jr mengeluh sendiri.

'Hp- 1000000000

Kekuatan- 100 > 1000

Pertahanan- 100000000000

Ketangkasan- 1000000000

Ketahanan- 1000000000

‍MP- 999910460 > 10000000000

Kekuatan- 100 > 10000

Kepantasan- 100 > 10000

Ketahanan- 100 > 10000

SP- 999999964100

Ketahanan- 100> 10000

Hermin Jr mengubah beberapa statusnya.

"Waah, ok baru aku faham." Sejurus sahaja Hermin Jr meningkatkan statusnya, dengan pantas pokok dan tanah yang tandus menghijau.

Pokok, dedaun, bunga, rumput tinggi melampai, para Fairy memejamkan mata mereka, tiba-tiba tanah di belakang Hermin Jr membonjol, benjolan itu semakin lama semakin meninggi kerana ia seperti di tolak-tolak dari dalam tanah, hanya Fairy kecil yang Hermin Jr jumpa di depan pintu Fairy Wood tadi sahaja yang perasan dengan benjolan itu.

"Aaaar aaaaa aarrr." Fairy kecil itu menggoyang-goyangkan tangan Fairy dewasa di sebelahnya tetapi dia tidak dihiraukan.

Hermin Jr mendengar suara Fairy kecil itu dan menoleh ke belakang.

"Tu kan Fairy kecil yang aku mula-mula jumpa tadi, apa dia buat tu?"

Kerana tidak dihiraukan, Fairy kecil itu mengambil ranting kayu kecil yang berdekatan dengannya dan dipegangnya dengan kedua tangan gayanya seperti memegang pedang, matanya pula tajam menjeling benjolan itu.

Benjolan yang meninggi itu akhirnya retak dan keluar seekor binatang pelik berkaki empat, mempunyai tiga kuku panjang di setiap kakinya, melompat ke arah Hermin Jr.

.

bab seterusnya akan lambat sikit

jadi Tambah ke koleksi!

NAFaScreators' thoughts