webnovel

06

"Wow.. penatnya" Asya duduk seketika untuk menghilangkan lelahnya menyusun barang untuk karnival akan mula dalam beberapa minit sahaja lagi.

"Water? " Hafiz menghulurkan air mineral kepada Asya

"Thanks" balasnya ringkas dan bersahaja, Hafiz mengambil tempat di sebelah Asya untuk duduk sebentar ' aduh kenapa duduk sebelah aku ni banyak lagi lah tempat kosong nak duduk ' bicaranya dalam hati.

" jom karnival dah mula ada orang datang tu" ajak Hafiz sambil bangun dari tempat duduk. Asya juga bangun apabila melihat pelajar mengunjungi gerai mereka, "selamat datang " kata Asya dengan nada yang riang, "keychain ni cantiklah bagi saya dua" kata salah seorang pelajar yang datang membeli, segera Asya meletakkan barangan tersebut ke dalam beg kertas dan hulurkan kepada pelajar itu "terima kasih" kata Asya "sama-sama, hmm tapikan awak ni ada apa-apa ke dengan Hafiz? Tak adalah sebab saya tengok pakaian yang awak kenakan harini sama " tanya pelajar tersebut, terkejut Asya mendengar soalan tersebut segera membalas "eh tak adalah kami tak ada apa-apa hubungan, cuma kawan biasa sahaja " jawab Asya dengan cemas takut timbul perkara yang tidak diingini akan terjadi, Hafiz yang sedang melayan pelanggan lain memasang telinga mendengar perbualan mereka berdua " oh kalau macam tu saya pergi dulu, terima kasih, saya pergi dulu Hafiz" Hafiz tidak menghiraukan pelajar tersebut menuju ke arah Asya " ya terima kasih sebab datang" balas Asya apabila melihat Hafiz tidak memberikan sebarang reaksi. " kenapa awak tak balas bila dia ucap terima kasih tadi " tanya Asya bengang dengan kelakuan Hafiz seketika tadi " bukan saya seorang yang bernama Hafiz dekat dunia ni" balasnya selamba " ya saya tahu tapi awak seorang je yang bernama Hafiz dekat sini tadi" Asya menekan sedikit suaranya tanda marah, "awak marah saya ke sekarang? " " tak mana ada saya marah saya suka! " laju Asya membalas dan meninggalkan Hafiz ' dia suka? ' peliknya nampak muka macam marah kata Hafiz sendirian susahnya nak baca fikiran orang perempuan keluhnya.