webnovel

Saya Bos di Sini

Editor: EndlessFantasy Translation

Suasana di dalam bilik seakan-akan membeku dengan pertanyaan Xinghe.

Tetapi pada keadaan seterusnya...

Kedua-dua lelaki yang dibawa oleh Ruobing ketawa terbahak-bahak.

Mereka mengejek Xinghe.

"Apa yang dia kata? Mematuhi arahannya? Dia nak kita mengikut arahannya?"

"Dia benar-benar ingat kita semua, termasuk Ketua Yun, perlu mengikut arahannya," Lelaki itu berpusing ke arah Xinghe sambil tertawa. "Kamu memang gila sebab semua orang di sini harus mengikut arahan Ketua Yun termasuk kamu juga!"

Malah Ruobing sendiri juga mula ketawa, dia mempersoalkan Xinghe tanpa berselindung, "Kamu ingat kamu bos ke di dalam makmal ini semata-mata kerana kamu ditugaskan oleh Mubai."

Xinghe membalas dengan slumber, "Sudah tentu, itulah yang dia katakan."

Mubai memberitahunya yang dia bebas untuk menggunakan apa sahaja dan segala sumber yang ada di sini.

Malah, Mubai mengulangi apa yang dikatakan olehnya lebih dari sekali.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com