webnovel

Perubahan Drastik Pada Xia Xinghe

Editor: EndlessFantasy Translation

Pertolongan?

Ia tidak kedengaran seperti itu pada Xinghe.

Walaupun Xia Zhi tahu ianya bagaikan satu penghinaan berdasarkan kata-kata Tianxin, sikapnya yang masih muda dan mentah membuatkan dia membalas lancang kepada Tianxin.

"Kami tidak memerlukan kerja amal palsu kamu! Kami Xia sekeluarga hidup baik-baik sahaja!"

Terdapat sebab lain di sebalik kemarahan Xia Zhi.

Xinghe telah menerima tekanan emosi yang teruk selepas perceraiannya dengan Mubai.

Ianya berbunyi klise tetapi senyumannya sudah mati. Tetapi ibu manalah yang sanggup meninggalkan anak mereka jika bukan kerana tekanan yang teramat besar ini.

Xia Zhi arif dengan perangai kakaknya, Xinghe mempunyai sikap yang cekal. Memang tiada satu keluhan pun daripadanya walaupun beberapa tahun yang lepas sememangnya sukar.

Ianya menunjukkan betapa peritnya situasi yang telah dia lalui gara-gara keluarga Xi.

Oleh itu, Xia Zhi mempunyai kebencian yang utuh terhadap orang yang berkait dengan keluarga Xi.

Dia juga tidak tahan melihat anak patung baharu Xi Mubai.

Ianya jelas bahawa wanita tersebut berada di situ untuk turut mencemuh kakaknya jadi kenapa dia harus berbudi bahasa terhadapnya?

Tianxin tidak peduli untuk melihat pada Xia Zhi, sasarannya pada hari itu ialah Xia Xinghe.

"Xinghe, adakah benar kamu berasa sedemikian? Kami benar-benar ingin menghulurkan bantuan kerana kamu ibu Lin Lin…"

"Cukuplah." Xinghe berkata secara tiba-tiba dengan nada yang tenang tetapi mengagumkan.

Tianxin seolah-olah terbisu dan tidak tahu membalas kata-kata tersebut.

Ianya seolah-olah kata-kata dan renungan Xinghe memaksa dia mendiamkan diri.

Tanggapannya bahawa dia akan berjaya menyemarakkan api kemarahan Xinghe ternyata salah.

"Xinghe, sekarang bukanlah masa untuk bertindak dengan emosi kamu, fikirlah tentang bapa saudara kamu."

"Diam," kata Xinghe dengan tegas, "Saya bukan bercakap dengan kamu."

"Kamu..." muka Tianxin mula berona merah kemarahan dengan serta-merta.

'Perempuan jalang Xia Xinghe, berani kamu bercakap dengan saya sedemikian?'

Tianxin menenangkan dirinya kembali dan menambah, "Xinghe, saya hanya ingin menjaga kamu."

"Kakak saya tidak mahu bercakap dengan kamu, adakah kamu pekak?" Xia Zhi menjadi lebih marah dengan bertambahnya masa yang diluangkannya dengan perempuan tersebut.

Apa yang Xi Mubai nampak di sebalik perempuan bodoh ini?

Dia mungkin telah kehilangan kewarasan fikirannya kerana wanita ini langsung tidak setaraf atau dalam liga yang sama dengan kakaknya!

Tianxin bersyukur bahawa lelaki tersebut telah memberinya lebih alasan untuk meneruskan kemarahannya tetapi dengan tiba-tiba Mubai berkata dalam nada yang rendah, "Kami bukan di sini untuk membuat kerja amal."

Katanya sambil menatap Xinghe.

Mubai berada pada tahapnya sekarang kerana sikap profesionalnya yang pandai menilai bakat orang lain.

Dia berdiam diri kerana dia terperanjat dengan perubahan-perubahan yang telah berlaku kepada Xinghe.

Perubahan itu mungkin tidak kelihatan pada orang lain, tetapi tidak padanya.

Xinghe masih sama seperti dirinya dahulu tetapi sebelum ini matanya seperti tiada jiwa seolah-olah dia sedang hidup dalam dimensi berbeza.

Walau bagaimana pun, Xinghe yang baru ini mempunyai semangat yang baru dan matanya bersinar.

Bagi Xi Mubai, individu lain yang berjaya mempunyai rupa seperti itu.

Ianya seperti sesuatu yang dimiliki oleh seorang legenda semenjak lahir. Mereka boleh bertutur dengan penuh keazaman dan semanagat yang berkobar-kobar.

Mubai terasa seperti dia berkahwin dengan Xinghe sewaktu wanita itu berhibernasi dan sekarang Xinghe telah dikejutkan.