Menyedari Puan Besar Presiden terdiam, Xinghe menambah, "Mungkin seseorang dah menghasut dia untuk salah faham terhadap saya dan meningkatkan kebenciannya terhadap saya. Namun, saya tertanya-tanya siapa orang yang begitu bencikan saya sehingga sanggup menghasut Cik Tong dan membuatnya menyerang saya."
Wajah Puan Besar Presiden segera berubah muram. "Kamu betul. Pasti ada sesuatu yang mencurigakan. Jangan risau, kami akan selidik tentang itu."
"Terima kasih, Puan. Kami semua berharap untuk mengetahui siapa orang yang menjadi dalang di sebalik tabir."
"Sudah tentu!" Puan Besar Presiden berjanji. Pihak ini berani menggunakan Tong Yan seperti itu, jadi mereka terpaksa memburu pihak itu. Mereka bahkan telah mempengaruhi Tong Yan untuk melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang seperti pembunuhan, jadi orang-orang ini harus ditangkap dan dihukum.
Selepas mengesahkan Xinghe selamat, Puan Besar Presiden kembali ke rumah presiden.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com