Tong Yan mendekatkan diri kepada Tuan Besar Shen dan membuka mulutnya untuk merayu.
"Datuk, kami pun nak makan malam di sini."
"Datuk, tolong jangan abaikan saya."
"Datuk, saya sangat rindukan kamu. Saya tak sanggup berjauhan dengan kamu."
Sangat jarang Tong Yan menggunakan belas kasihan.
Tuan Besar Shen memandangnya dan mendesah. "Jadi kekal di sini jika kamu mahu. Ying Ying, kamu harus kekal di sini untuk makan malam juga. Oh, Ibu Bapa kamu apa khabar, dan bila kamu tiba di Hwa Xia?"
Chui Ying duduk dan menjawab, dengan senyuman, "Datuk Shen, saya tiba semalam. Ibu Bapa dan Datuk Nenek saya baik-baik saja, malah, sebenarnya mereka meminta saya untuk mengirim salam kepada kamu. Bagaimana dengan Mak Cik Yu, dia sihat?"
"Dia baik-baik saja, kami semua baik-baik saja. Jangan lupa kirim salam kepada Ibu Bapa dan Datuk Nenek kamu juga."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com