"Cukup!" jerit Mubai. Dia merenung pada Tianxin dengan dingin dan berkata, "Jadi, kalau betul ini semua rancangan Xinghe sekalipun, apa masalahnya? Jangan sesekali lupa siapa yang terlebih dahulu memulakan segala rancangan dan manipulasi! Atau, kamu nak Xinghe sekadar menerima semuanya dengan hati terbuka? Pernah tak kamu memikirkan yang Xinghe juga seorang manusia, dan pernah tak kamu memikirkan perasaan saya? Dia bekas isteri saya; bukankah itu sudah lebih dari cukup untuk membuatkan dia dihormati?
Mata Tianxin terbeliak luas. Dia bertanya dengan nada tidak percaya, "Jadi, kamu… lebih menghargai dia berbanding saya?"
"Apa masalah kamu? Adakah kamu hanya mementingkan diri sendiri sahaja?" Mubai merungut dengan tidak gembira. Dia tidak mahu membazirkan walau satu saat lagi pun untuk bercakap dengan Tianxin.
Kenapa dia tidak pernah menyedari betapa angkuhnya perangai Chu Tianxin selama ini?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com