"Encik Sam, sila jaga pertuturan kamu, kami hanya memikirkan keselamatan seluruh manusia terlebih dahulu."
"Jadi, untuk itu, mereka perlu dikorbankan?"
"Ini bukan pengorbanan."
"Kami tahu tentang kehidupan mereka di bulan. Di pulau ini, kami akan menyediakan kehidupan yang sekurang-kurangnya beberapa ratus kali lebih baik, saya fikir ia sudah cukup untuk mereka menghabiskan sisa hidup mereka dengan penuh damai."
Pandangan Sam semakin tajam. "Apa yang mereka mahu bukanlah kehidupan yang terperangkap di sebuah pulau kecil."
"Apa yang kami mahu ialah kedamaian dunia."
"Ada tempat-tempat di seluruh dunia yang tidak aman, jadi kenapa kamu tidak melakukan apa-apa?"
"Kami akan melakukan apa yang patut, bermula dengan ini."
"Tapi mereka tidak akan membahayakan dunia. Jika mereka berniat seperti itu, mereka tidak akan menghentikan tindakan He Lan Yuan dan menyerah diri."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com