"Malangnya, tahi yang dikilatkan, tetap tahi juga." Puan Chu ketawa dan mengejek pada Xinghe.
Tianxin turut ketawa. "Sesetengah orang patut mengukur baju di badan sendiri, dia tidak sepatutnya berfikir yang hanya kerana sebuah kejadian yang bertuah, dia akan menjadi lebih baik daripada orang lain seumur hidupnya. Dia perlu tahu yang kehidupan di puncak bukan untuk semua orang!"
Xinghe tiba-tiba ketawa. Dia menatap tajam pada Tianxin dan bertanya, "Dengan kata lain, kamu percaya kehidupan sebegitu sesuai dengan kamu?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com