Kedua-dua orang tua itu jatuh ke atas lantai akibat rasa lega sebelum mula menari seperti orang hilang akal. Mereka tidak pernah begitu beremosi dalam kehidupan mereka sebelum ini. Mereka sangat bangga terhadap Xinghe!
Tuhan masih sayangkan keluarga Shen. Ini kerana walaupun Tuhan telah mengambil anak perempuan mereka yang bongsu. Mereka mendapat seorang cucu yang sangat hebat sebagai ganti. Seorang cucu yang tiada siapa mampu tandingi. Ini adalah saguhati terbesar buat mereka.
Mereka berdua telah bangun dari tidur dari awal pagi lagi kerana Xinghe memberitahu mereka dia akan pulang ke rumah pada hari ini. Mereka menunggu dia tiba dengan penuh sabar. Selain daripada kerap menghubungi untuk memeriksa lokasi mereka, mereka berulang-alik berjalan ke pintu depan mereka dengan harapan dapat melihat kereta Mubai berada berhampiran.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com