webnovel

Binatang yang Tak Tahu Malu

Editor: EndlessFantasy Translation

Walau bagaimanapun, jika itu benar-benar berlaku… maka semuanya akan berakhir buat Ye Shen kerana dia tidak mungkin boleh mendapatkan barang itu dari Xi Mubai.

Namun, sekali lagi, mengapa Xi Mubai mahukan barang itu? Ia sama sekali tidak berguna kepadanya.

Tidak kira apapun, Ye Shen tidak dapat berehat dengan tenang dengan hanya sekadar duduk di situ jadi dia bergegas untuk mencari Xia Meng.

Xinghe tahu Ye Shen akan muncul lambat laun, jadi apabila dia mendengar pengawal memberitahu mengenai kedatangannya, dia berkata dengan lembut, "Biarkan dia masuk."

"Baik."

Ye Shen menyangka Xia Meng tidak mahu berjumpa dengannya, jadi dia agak terkejut apabila dia dibenarkan masuk dengan mudah.

Sewaktu dia melangkah masuk ke ruang tamu, dia berasa terkejut dengan perubahan pada Xia Meng walaupun baru seminggu berlalu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com