webnovel

Di mana aku sekarang?

Rin sorang remaja misteri telah tekandas di sebuah bandar di Jepun. Apabila dia tersedar dia berada di sebuah lorong dan mengalami kesan tikaman di bahagian perutnya. Namun memori tentang kejadian yang telah menimpanya agak samar. Tanpa diduga dia telah diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu. Apakah dia menyelamatkan Rin atas rasa simpati atau adakah motif lain di sebaliknya? Ketahuinya dalam novel ringan Where am I now.

FrostHunter · เกม
Not enough ratings
44 Chs

Horoskop

Rin sedang duduk di kelas berseorangan. Dia merupakan pelajar terawal yang sampai.

Rin merenung ke luar jendela. Dia memikirkan tentang kejadian semalam. Aries yang merupakan boss terakhir semasa Sesi Closed Beta dulu telah menjadi NPC dan boleh bagi kontrak untuk jadi partner dalam game. Apa yang sedang berlaku?

Kedengaran seseorang sedang membuka pintu kelas.

"Eh? Itsuka-san? Apa awak buat kat sini?"

"Er.. saya.."

IMBAS SEMULA

Pagi tersebut Itsuka baru sahaja bersiap untuk ke sekolah.

"Itsuka-chan. Sarapan dah sedia." kata ibunya.

Itsuka duduk di meja makan untuk mengambil sarapan.

Televisyen di ruang tamu sedang terpasang.

"Baiklah.. ini ialah horoskop untuk hari ni. Zodiak Pisces ialah yang paling bertuah hari ni antara kesemua zodiak yang lain untuk bahagian cinta dengan rating 5 bintang! Jika anda ialah zodiak ini jangan lepaskan peluang! Datanglah awal ke sekolah dan luahkan cinta kepada orang yang anda suka. Dinasihatkan untuk membawa sapu tangan bersama anda. Semoga berjaya!"

Setelah mendengar ramalan horoskop tadi. Itsuka terus sahaja bergegas untuk memakai kasut dan pergi ke sekolah.

"Itsuka-chan! Sarapan kamu belum habis lagi! Hishh budak ni."

"Selalunya ramalan horoskop tak betul. Kenapa ni? Itukan benda tahyul. Takkanlah. Tapi belum cuba belum tahu kan." bisik hati Itsuka, teruja.

Dia tiba di perkarangan sekolah.

"Tak sangka pula... Itu .. itu Rin-kun!! Dia sorang je hari ni? .. ini peluang aku.."

"Itsuka-san. Awak okey ke?" Rin menegur Itsuka yang tercegat di puntu depan kelas.

Rin mendekati Itsuka-san.

"Rin... dia.. dia makin dekat.. macam mana ni? Tak sangka pula ramalan horoskop tu betul kali ni.. apa nak cakap ni.. apa nak cakap ni.."

Rin sudah berada di hadapan Itsuka-san.

"Rrin kkun..." kata Itsuka-san sambil tunduk.

"Itsuka-chan.." Rin memegang tangan kanan Itsuka yang sedang memegang sapu tangan.

"Ssaya.."

Rin mengambil sapu tangan yang sedang dipegang oleh Itsuka dan mengelap mulut Itsuka.

"Awak ni comotlah hehe. Awak ada kerja kat perpustakaan ke? Nak saya tolong?" kata Rin.

"Er.. Rin sebenarnya... saya ke sini sebab.. saya nak cakap yang saya.... sukakan awak.."

"Apa! Tak!!! Ni tak mungkin!!" Rin melarikan diri.

"Eh? Dia.. lari? Dia bencikan saya ke.." Itsuka dengan hampa menuju ke kelasnya.

Semasa dia dalam perjalanan ke kelasnya dia terserempak pula dengan Kagamine-sensei.

"Ohayo, Itsuka-san.. kenapa ni? Awak nampak muram je."

Itsuka menjelaskan segalanya kepada Kagamine-sensei. Kagamine-sensei menahan ketawa.

"Oh begitu hehe.. sebenarnya Rin tu..."

IMBAS SEMULA

Pagi itu seperti biasa Rin menyediakan sarapan. Sarapan pada hari itu ialah sandwich dan teh susu. Dia menikmati sarapannya di hadapan televisyen.

"Zodiak yang termalang pada hari ni ialah zodiak Aquarius dengan peratus malang 80%. seseorang akan mengucapkan 'saya suka awak' pada hari ni. Itu tandanya sesuatu yang malang akan berlaku kepada anda hari ni. Sila berhati-hati ye."

"Ceh, mengarut je ramalan horoskop ni. Tahyul." kata Rin.

"Oh begitu ke sensei.. hehe ingatkan apa tadi." Itsuka tergelak apabila mendengar cerita dari senseinya itu.

"Baiklah sensei ada kelas lepas ni. Jumpa lagi. Oh, jangan lupa petang ni kita ada perjumpaan kelab."

"Okey sensei." kata Itsuka-san. Hatinya berasa sedikit kelegaan apabila mendengar penjelasan dari Kagamine-sensei. Tapi soalan yang sama kekal. Adakah Rin menolak atau menerima Itsuka-san?

Petang itu, mereka semua berada di bilik kelab hobi.

"Jadi kita bicang pasal apa hari ini?" kata Kazuo. Dia nampak teruja untuk perjumpaan kali ini.

"Hmm.. Macam mana misi pencarian parents kamu Rin? Ada perkembangan tak?" tanya Kagamine-sensei.

"Setakat ni pihak M.E.G belum memaklumkan apa-apa pada saya." jawab Rin hampa.

"Jangan macam tu Rin. Rin yang saya kenal tak mudah putus asa." kata Yu-kun.

"Ya betul tu Rin. Saya pasti ibu bapa awak masih berada di dalam Portal." kata Kazuo.

"Rin, kami akan bantu awak." kata Tsumiki.

"Terima kasih semua." Semangat Rin pulih kembali.

Perjumpaan tersebut berakhir tidak lama kemudian. Rin masih duduk di dalam bilik kelab hobi. Semasa Itsuka-san hendak keluar Rin memanggilnya.

"Itsuka-san."

Langkah Itsuka terhenti.

"Aa..ada apa Rin-kun?"

Rin pergi kearah Itsuka-san.

"Maaf pasal pagi tadi.. saya harap awak tak marahkan saya."

"Takpe.. sensei dah beritahu segalanya pada saya."

"Oh baguslah kalau macam tu. Jangan beritahu orang lain eh.. Satu-satunya benda buruk yang berlaku pada saya hari ni, saya terjatuh di tangga itupun sebab saya lari dari awak."

Itsuka-san tergelak apabila mendengar carita Rin.

"Hmm.. dah lewat ni. Nak saya temankan awak balik?"

"Er.. okey." Baiknya Rin-kun.

Mereka berjalan bersama-sama pulang. Rin menghantar Itsuka-san pulang ke rumahnya sebelum dia balik.

"Seronoknya jalan dengan Rin-kun tadi. Apapun memang hari yang sangat bertuah.. baguskan kalau hari-hari macam ni.."

Itsuka tersenyum sendiri semasa berada di meja makan.

"Ish budak ni mengelamun pula. Dah cepat-cepat makan tu mak nak cuci pinggan ni. Drama pukul 9 tu dah nak mula dah." kata ibu Itsuka.