webnovel

Demi Malaikatku

Nava Camille, seorang Malaikat yang tinggal di Kerajaan Langit telah diturunkan ke bumi untuk menjadi manusia sekaligus menjalankan hukumannya disebabkan oleh sikapnya itu. Hukumannya senang: iaitu mengumpulkan 5 air mata keikhlasan dalam masa yang ditetapkan. Jika gagal, maka dia akan menjadi manusia selamanya. Meskipun Nava sudah menjadi manusia, namun kuasanya masih dapat dia miliki tapi kuasanya juga ada had masanya. Nava mengenali seorang lelaki yang dingin dan sangat kasar. Namanya ialah Harrison Theo Finley, seorang CEO dalam industri pelancongan. Kerana satu insiden, Nava terpaksa tinggal di rumah Harrison Theo. Berbagai kejadian lucu, sedih dan mendebarkan ketika mereka berada di satu rumah. Walaupun begitu, masa lalu Nava yang terungkap menyukarkan Nava untuk meneruskan misinya. Terlebih lagi, dia sudah mula menyayangi Harrison Theo.. Namun jika dia berkeras untuk tinggal bersama lelaki yang dia sayangi itu, mereka akan dikenakan hukuman berat dari Kerajaan Langit dan Nava tahu Harrison Theo tidak akan dapat bertahan dengan hukuman itu. Haruskah dia melepaskan Harrison Theo dan kembali menjadi malaikat... Atau terus menjadi manusia dan hidup bersama Harrison Theo... ------ Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · แฟนตาซี
Not enough ratings
18 Chs

Misi Pertama: Luis

DION berjalan di sepanjang lorong pejalan kaki sambil memandang sekeliling. Nava juga ikut memandang sekeliling sambil dia mengikuti Dion.

'Adakah manusia yang saya perlu tolong tu di sini? Kenapa masih belum ada reaksi dari Tears Necklace saya ni?'

Sepanjang masa mereka berjalan, semua orang akan memandang ke arah Nava kerana rupa parasnya yang cantik dan menawan. Nava kelihatan seolah-olah dia sedang bersinar-sinar semasa dia berjalan.

Dion pula sedar yang semua orang sedang memandang ke arah Nava.

Tiba-tiba, seorang lelaki tinggi terus mendekati Nava.

Nava termangu-mangu dengan kedatangan lelaki itu.

"Hi, beauty. May I have your number phone?" tanya lelaki itu dengan malu-malu sambil dia menghulurkan telefonnya kepada Nava.

Berkerut dahi Nava mendengarnya.

'Number phone?? Apa benda pula tu? Itu makanan kah?'

Nava yang bingung itu terus memandang ke arah Dion.

Lelaki itu sedar Nava menjeling ke arah Dion, lalu dia menggaru belakang tengkuknya. "Dia boyfriend kau kah? Oh, tak apalah!"

Dion terus menarik tangan Nava untuk berlalu dari sana.

Dion membawa Nava masuk ke sebuah perumahan yang kecil dan sempit. Mereka sampai di rumah yang kecil tapi cukup untuk seorang manusia tinggal.

Nava memandang rumah itu dengan perasaan pelik. Kenapa dia dibawa ke sana?

"Okey, Nava. Here we are. Ini rumah baru kau. Marilah saya bawa kau ke dalam!" kata Dion.

Dion membuka pintu pagar yang kecil di sana dan masuk ke halaman rumah. Nava hanya mengikuti dari belakang.

Halaman rumah itu tidaklah besar sangat.

Nava memandang sekeliling. 'Ini rumah baru saya? Oh jadi saya tidak tinggal di rumah lelaki tadi?'

Dion membuka pintu rumah. "Kalau kau berpuas hati dengan keadaan rumah ni, kau bolehlah tinggal di sini. Saya sudah bayar sewa rumah untuk lima bulan. Selama lima bulan ni, kau kena cari kerja supaya nanti kau boleh bayar rumah sewa ni sendiri dan membeli keperluan kau yang kurang. Lepas ni, kita pergi ke shopping, beli barang dapur dan baju-baju untuk kau... "

Nava tidak mendengar malah dia hanya memandang struktur rumah itu.

"Lepas semua sudah siap... Saya akan tolong kau cari kerja untuk sementara..."

Sedang Dion berkata-kata, tiba-tiba Tears Necklace yang ada di leher Nava bercahaya terang.

Nava terkejut.

Dia terus memegang rantai itu.

'Manusia pertama yang saya perlu tolong! Di mana dia?'

Nava tidak menunggu lama malah dia terus berlari ke luar.

Dion yang masih bercakap itu tidak sedar yang Nava sudah pergi. Setelah beberapa waktu, barulah Dion sedar yang Nava sudah tiada di rumah itu.

Dion mencari Nava di mana-mana.

"Nava?? Navaa??? Oh, Nava???"

Dion tidak menjumpai Nava di mana-mana. Dia mula cemas mencari Nava. "Shit, mana pula Nava pergi ni??? Atau jangan-jangan dia lari? Atau dia kena culik?? Atau dia kena tangkap dengan orang jahat???"

Dion memegang kepalanya kerana stress. "Apa saya nak buat ni??!"

***

***

NAVA terus berjalan dan mencuba untuk memandang sekeliling. Dia memandang Tears Necklace yang ada di lehernya. Ia masih berkelip-kelip dengan terang.

Nava berpusing ke kiri, cahaya rantai itu berkelip-kelip.

Nava berpaling ke kanan, cahaya rantai itu bersinar terang.

Nava terus berjalan ke kanan.

Nava melilau ke sekeliling untuk mencari siapakah manusia pertama yang dia akan tolong.

Akhirnya, Nava menjumpai seorang nenek tua yang sedang menjual sayur-sayuran di tepi jalan.

Lama Nava memerhati nenek itu.

Nenek itu dengan gembiranya menjual sayur-sayurannya kepada orang yang mau membeli. Setelah beberapa lama, jualan nenek itu pun habis.

Nenek itu mula berkemas untuk pulang.

Nava masih memandang nenek itu.

Bila nenek itu berjalan pergi meninggalkan tempat itu dan memasuki satu lorong yang sunyi, barulah Nava berjalan mengikuti nenek itu dari belakang.

Terdengar suara nenek itu berteriak kecil disertai dengan herdikan seorang lelaki.

Nava terus berlari mendapatkan nenek tadi. Terkejut dia melihat ada lima orang lelaki yang sedang mengelilingi nenek tadi.

Nenek itu pula sudah pun terbaring di atas jalan dan semua barangnya terjatuh di atas jalan.

Hanya beg nenek itu saja yang berada di genggaman seorang lelaki yang berbadan besar dan berambut punk.

Seorang lelaki pula menendang beg nenek itu yang lain.

"Korang boleh ambil duit nenek aku. Tapi jangan cederakan dia!" teriak salah satu dari mereka dan cuba menolong neneknya.

Kawan dia yang lain terus menendang dada lelaki itu sehingga lelaki itu terbaring di atas jalan.

Nenek tadi terus mendapatkan lelaki yang ditendang itu sambil berkata, "Luis, kamu tidak apa-apa??"

Semua kawan Luis mentertawakan Luis. "Kau sudah besar panjang tapi masih saja dijaga oleh nenek kau! Dasar budak manja!!"

Lelaki berambut punk tadi membuang beg nenek itu ke atas jalan dan menunjukkan beberapa keping duit berwarna merah dan ungu. "Hanya ini saja?? 250?? Mana lagi duit kau yang lain, hah nenek tua? Bagi aku semua duit kau, kalau tidak cucu kau ni akan aku belasah cukup-cukup!!"

Nenek tua itu terus melutut di depan lelaki punk itu sambil menangis. "Nak, itu sajalah duit yang nenek ada... Tapi tolong jangan sakitkan cucu nenek ni.. Kesian dia... Nanti bila nenek dapat menjual sayuran nenek lagi, nenek akan membayar semuanya!" kata nenek itu yang mula menangis.

Lelaki punk itu terus menolak nenek itu ke jalan dengan kakinya." Diamlah, dah tua bangka pun masih mau menyusahkan... Baik kau mati awal!!!"

"Hei, Sid... Kan kau dah janji tidak akan sakitkan nenek aku!!?" teriak Luid pula lalu dia menolak lelaki punk yang dia panggil Sid itu.

Sid menoleh ke arah Luis lalu dia terus menumbuk perut Luis. Luis mengeluh kesakitan lalu dia membongkok.

Kawan-kawan mereka yang lain ketawa pula dan mula mendekati Luis. Mereka pun terus membelasah Luis.

Nenek Luis itu berteriak lalu cuma mendapatkan Luis namun Sid menolak nenek itu lagi dengan kakinya.

"Hei, lepaskan mereka!!!" teriak Nava.

Sid dan kawan-kawannya menoleh ke arah Nava.

Seorang kawan Luis yang masih memegang Luis itu terus menolak Luis yang sudah berlumuran darah ke jalan.

Nenek Luis terus merangkak mendapatkan Luis. Menangis dia memeluk cucunya.

Sid tersenyum melihat Nava. "Eh, siapa ni?? Sejak bila pula ada seorang perempuan cantik macam kau ni datang nak tolong si keparat Luis ni?" tanya Sid dengan sinis.

"Wah, boss... Dia sangat cantik lah... Mulus lagi. Tak tahu pula Luis ada simpan betina cantik macam dia," kata lelaki di sebelah kanan Sid. Nama dia ialah Martin.

Salah satu dari mereka pula menoleh ke arah Luis dan tersenyum penuh sinis. "Luis, kenapa kau diam pasal betina kau ni?? Takkan kau tidak mau kongsi kot?? Kita kan brothers... Kongsi dia di katil pun tak boleh kah??" kata Hadson.

Sid juga ikut tersenyum, senyuman yang cukup mengerikan. "Kenapa kau tidak cakap pasal betina cantik kau ni, Luis?? Kalau kau serahkan dia pada aku, dan dia bersedia nak layan aku setiap masa... Aku boleh pertimbangkan hutang papa kau tu dengan aku!" balas Sid.

Sid memandang Nava dari atas ke bawah dengan mata yang liar. Dia mengusap-usap dagunya sambil mendekati Nava. Melihat rupa Nava yang cantik itu, nafsunya mula menaik.

Nava terus memandang Sid dengan tajam. 'Kenapa saya perlu jumpa manusia macam dorang juga masa saya mau selesaikan misi saya...'

'Tiada tempat lain kah kau nak muncul??'

Luis dan Nenek dia hanya memandang ke arah Nava.

"Nak.. Pergilah... Jangan hiraukan kami! Jangan datang ke sini atau kamu juga akan ditangkap oleh penjahat ini... Pergi!" teriak Nenek Luis dengan kekuatan yang masih tersisa.

"Diamlah, nenek tua.... Jangan nak masuk campur. Kalau tidak, aku akan hantar kau ke lubang kubur dulu!!!" teriak Frank pula.

Sid yang tidak kisah dengan kata-kata Nenek Luis itu mencuba memegang bahu Nava. "Kau mesti dah penat layan si keparat Luis tu... Apa kata kau layan pula abang baru kau ni?!"

Nava melirik ke arah tangan Sid yang kotor dan menjijikkan itu. 'Saya ini Malaikat, kau ada hati nak pegang saya dengan tangan kau yang kotor ni?'

Nava terus membuka langkah dan melayangkan penumbuknya perut Sid.

Tumbukan itu biasa-biasa saja tapi apa yang membuatkan semua orang terkejut adalah kerana tumbukan Nava itu, Sid terus terbang ke belakang.

Terbang?!