webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · สมัยใหม่
เรตติ้งไม่พอ
82 Chs

76.

Walaupun misi mereka berjalan dengan lancar dan semua yang bersalah telah menerima hukuman yang sepatutnya. Tak ada satu pun garis senyuman yang terukir di wajah mereka pada masa itu.

Ruang sidang itu perlahan-lahan menjadi tenang setelah semua keluar dari situ kecuali orang-orang Damon.

Mereka semua berdiri sambil mematai lelaki yang sedang duduk termenung memandang ke permukaan meja.

"Tuan Mateo...tak maksud saya Tuan Damon..kita kena gerak sekarang.."panggil Kian, yang telah diubah menjadi serupa seperti papa Damon. Iaitu Encik Haider.

Mereka terpaksa buat begitu untuk yakinkan pada semua orang yang Haider masih ada, dengan itu rampasan kuasa ni dapat berjalan dengan lancar. Yang mana berjaya.

Mateo atau nama sebenar Damon Blaze rahsiakan nama sebenar sebab tak nak orang tahu dia adalah anak Haider, sejak awal lagi guna identiti general manager dia. Semua ini untuk keselamatan dia sendiri memandangkan ada yang mahu hapuskan keluarga dia.

Segalanya dah dirancang sebelum Mateo tiba di sini lagi.

Namun begitu setelah usaha tiga bulan yang panjang, berakhir dengan penuh duka.

Walaupun Damon kuasai semula apa yang papa dia miliki, lelaki itu sikit pun tak bangga mahupun gembira. Malahan dia sedih.

Sedih sebab mama dan papa dia sudah tiada lagi untuk lihat semua ini.

Damon angkat kepala dia dari tunduknya lalu memandang Kian dengan dada yang sebu. Wajah orang kanannya itu benar-benar sebijik seperti papa dia. Buatkan dia betul-betul tak boleh nak pandang. Dia masih belum boleh terima kenyataan yang papa dia sudah tiada lagi.

"Aku tak boleh.."sebut Mateo dengan susah payah."Aku tak boleh tahan lagi..."gelengnya.

Kian pegang bahu Damon lalu di cengkam kuat.

"Tuan kuat. Saya tahu tuan boleh lalui semua ni."ucap Kian sambil pandang wajah sedih tuannya.

Tersedu teruk Damon masa dia cuba kawal diri untuk tidak menangis. Tapi semua tu bukan senang.

Dengan nata teroejam rapat menahan sakit dekat dada sebab sedih, Mateo geleng kepala perlahan-lahan.

"Mama dengan papa dah tak ada untuk tengok apa aku dah capai untuk dia orang...apa gunanya semua ni..." luah Damon sebelum letakkan kepala dia di atas meja itu dan menangis semahunya. Lantak la situ kalau anak buah dia dengar dia meraung ke apa.

Dia dah tak tahan nak bendung perasaan ni lagi.

Semua pengawal keselamatan yang berada di sisi Damon sepanjang perjuangan mereka di situ tundukkan kepala ke bawah. Turut tumpang simpati di atas apa yang telah menimpa tuan yang amat mereka hormati ini. Semua ini buatkan mereka tak menyesal bekerja di bawah pimpinan Damon selama ni.

"Mari la kita balik...tugas tuan dah selesai di sini."pimpin Kian semasa pegang bahu mengangkat Damon bangun dari situ.

Dalam keadaan tak bersemengat Damon gagahkan diri dia berdiri dan berjalan keluar dari situ.