webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · โรแมนซ์ทั่วไป
เรตติ้งไม่พอ
32 Chs

Kebenaran yang menyakitkan (2)

Bangun saja dari tidur, Mei segera mendekati pintu. Dicuba buka namun tidak boleh kerana berkunci. Mei cuba mendekati tingkap bilik itu namun tidak sampai kerana tali yang diikat pada kakinya itu. Dia berulang alik resah memikirkan bagaimana hendak melepaskan diri.

'Benda tajam'

Mei mendekati dan memeriksa laci meja di tepi katil namun kosong. Dibuka almari buruk itu, juga tiada. Bilik air itu pun tiada cermin.

Mei terduduk pasrah.

'Kosong'

Mei menekup muka sambil memikirkan nasibnya nanti.

'Kreeek'

Pintu bilik dibuka.

Li Sun masuk ke dalam bilik sambil memegang sekotak susu Farm Fresh dan dua biji roti. Matanya segera menangkap sosok tubuh yang sedang cuba menyorok darinya.

Mei menyorok di sudut bilik. Dia ketakutan.

"Mei..Mei? Nah makanan untuk kau. Makan dulu." suruh Li Sun.

Senyap.

"Aku janji tak pukul kau. Makan dulu, nanti sakit kau yang susah." pujuk Li Sun sekali lagi apabila Mei masih berdiam diri di sudut bilik itu.

Li Sun memandang ke arah sudut itu yang terlindung dengan almari buruk itu. Tali yang diikat di kaki Mei menuju ke situ. Dia mengengam kotak susu dan roti itu dan bangun, perlahan-lahan dia menghampiri Mei.

"Mei...nah. Aku janji tak sakiti kau lagi. So makan eh..Kau lapar kan?" Li Sun menolak susu dan roti itu ke arah Mei yang sedang duduk menunduk ketakutan.

Mei mengangkat kepala memandang Li Sun di hadapannya.

'Makanlah' suruh Li Sun.

Mei takut-takut mengambil susu dan roti itu. Li Sun masih duduk berhadapnnya.

Mei menikmati roti yang diberikan Li Sun dengan gelojoh. Dia sebenarnya kelaparan.

"Nak lagi?" tanya Li Sun apabila melihat Mei sudah menghabiskan roti yang diberikan itu.

Mei menganguk perlahan.

Li Sun segera bangun mengambil roti itu dan memberikannya kepada Mei.

Mei mengambilnya dan menikmati roti itu dengan berselera.

"Sorry ni je aku ada" kata Li Sun sambil memandang Mei yang sedang menikmati roti itu.

Mei mengeleng kepala. Mulutnya masih mengunyah baki roti itu. Memang betul dia kelaparan.

'Kenapa dia ni tiba-tiba baik pulak?' Mei bertentang mata dengan Li Sun namun cepat-cepat dia menunduk takut.

*Ting.

Pesanan masuk ke dalam telefon pintar Li Sun.

Pesanan itu dibuka apabila melihat nama daripada penyiasat upahannya.

'Bos. Mei tu anak kandung kepada Puan Marlia dan Encik Sui. Aku send sekali dengan dokumen penting, bos boleh rujuk'

'Anak kandung'

Li Sun menoleh memandang Mei.

Dia segera membuka dokumen yang diberikan penyiasat upahannya.

Sijil kelahiran Mei dan maklumat lain yang menguatkan lagi yang Mei bukanlah anak yang dikatakan oleh pakciknya itu.

'Wait'

'Tapi kenapa? Kenapa Mei jadi mangsa?

'Zen Xi! Kau gunakan aku?! Kenapa!'

Li Sun terasa diperbodohkan.

Dia menumbuk dinding berkali-kali.

Telefon nya dicapai.

Li Sun mengarahkan penyiasat upahannya untuk mencari bayi yang dilahirkan oleh mamanya itu.

Li Sun menoleh melihat ke arah Mei yang sedang memandangnya pelik.

Dia menghampiri Mei dan cuba membuka ikatan tali itu namun tiba-tiba suara pakciknya di ruang tamu kedengaran.

"Shh...buat macam tak ada apa-apa.Jangan risau aku jaga kau okay?" bisik Li Sun apabila menyedari cubaannya untuk melepaskan Mei tidak berjaya. Kunci spare bilik itu diserahkan ke dalam genggaman tangan Mei.

Mei membuka genggaman tangannya dan melihat sebuah kunci.

Dia bangun keluar dari bilik dan menguncinya dari luar bilik.

Terdengar suara berborak di luar bilik dan kemudian pintu bilik dibuka sekali lagi.

Mei menyorok semula di sudut bilik.

'Tap..Tap..'

Bunyi tapak kasut menghampirinya.

"Dekat sini rupa-rupanya..." suara yang asing di hadapannya berkata.

Tangan lelaki itu cuba menarik tangannya namun Mei merentapnya kembali.

"HAHAHAHA..ganas rupa-rupanya perempuan ni.. I like it" kata lelaki itu sebelum cuba mendekati Mei dengan lebih dekat.

'Mei menolak-nolak lelaki itu dengan kuat'

'Mereka berdua bergelut'

"Tolong.!! Lepaskan aku!!" jerit Mei dengan kuat.

Li Sun yang berada di luar berlari masuk ke dalam bilik itu apabila mendengar jeritan Mei. Kakinya seperti terpaku di hadapan pintu.

Jeritan Mei itu menyebabkan dia teringatkan kembali kejadian lalu yang dia sudah lupakan semasa dia berusia 9. Masa itu pakciknya Zen Xi berada di rumah mereka ketika papa Li Sun keluar outstation selama seminggu. Kejadian yang berlaku terlalu pantas dan dia sebagai anak kecil tidak mampu melawan kudrat seorang lelaki dewasa yang cuba menoda maruah kakak iparnya sendiri.

Dia cuba menyelamatkan mamanya dengan berkali-kali memukul pakciknya itu dari menarik mamanya masuk ke dalam bilik tidur tetapi dia ditendang dengan kuat sehinggakan dia tercampak dan kepalanya terhantuk pada bucu meja.

"Li Sun!! Apa kau dah buat ni Zen!!! Anak aku..." jerit mama Li Sun sambil mencuba melepaskan diri untuk menyelamatkan anaknya. Namun tindakannya sia-sia.

Dia cuba bangun untuk menyelamatkan mamanya sekali lagi tetapi pandangan matanya semakin gelap. Darah semakin banyak mengalir keluar dari luka di kepalanya.

"Lepaskan aku Zen! Lepaskan aku!! Tolong! Li Sun..!"

'Clek!' pintu bilik ditutup diiringi dengan jeritan mamanya tak sudah meminta tolong.

Jeritan mamanya kedengaran sebelum dia pengsan.

Apabila dia sedar, dia sudah pun berada di hospital dengan kepalanya berbalut. Apabila ditanya mengapa dia di hospital, jawapan mamanya hanyalah jatuh.

Dia masih ingat ketika dia dijaga di hospital wajah mama pucat, lengan nya ada kesan lebam dan seakan ketakutan apabila berada di tempat terbuka. Bila doktor yang merawat Li Sun datang memeriksa, mamanya menjauh dari doktor lelaki itu dan hanya menunduk menganguk sahaja. Seakan fobia.

Apabila ditanya mengapa, alasan yang diberi mamanya tidak masuk dek akal.

"Terjatuh. Demam."

Dia sebagai seorang kanak-kanak hanyalah mengangap itu perkara biasa.

Sejak itu dia tidak mengingati apa yang berlaku tertama sekali apa yang terjadi pada mamanya.

Yang di ingat dia akan menjadi seorang abang dan kejadian di mana mamanya meninggalkan papa dan dirinya sehinggakan dia kehilangan papa. Dia membenci orang yang salah selama ini. Dia diperbodoh dan dipergunakan oleh manusia yang telah menodai mamanya dan menghancurkan keluarganya. Pakciknya sendiri!

Li Sun masih berdiri kaku di hadapan pintu bilik dengan memori lama yang telah kembali bermain di fikirannya.

"Li Sun! Tolong!!" jeritan Mei membuatkan Li Sun kembali ke dunia nyata. Dia menoleh ke arah Mei yang meronta-ronta melepaskan diri dari syaitan yang bertopengkan manusia itu.

Melihat sahaja pakciknya cuba berbuat Fighting!tidak baik kepada Mei, dia segera mendekati pakciknya dan menumbuknya dengan kuat.

Akibat tumbukan itu, Zen Xi terbaring di lantai bilik dengan mulut yang berdarah.

Li Sun segera membantu Mei bangun.

Mei dengan cepat menyorok ketakutan dari lelaki yang cuba menodai dirinya di belakang Li Sun.

'HAHAHAHA' Zen Xi tertawa bengang apabila ditumbuk anak saudaranya sendiri.

"Kau ni dah kenapa! Kenapa kau selamatkan betina tak guna tu?!"

"Sekurang-kurangnya aku tak macam kau!" herdik Li Sun.

'Zen Xi memandang tajam ke arah Li Sun'

"Kau jangan lupa apa yang mama kau dengan betina tu dah buat pada papa kau!" Zen Xi cuba mempengaruhi Li Sun tetapi dia tak sedar yang Li Sun sudah tahu siapa dirinya yang sebenar.

Li Sun diam. Dia memikir bagaimana hendak melepaskan Mei dari genggaman si Zen Xi tak guna itu.

'Kalau aku melawan sekarang, bahaya nanti'

'Tunggu dia blah baru aku tolong Mei lari'

Li Sun berlakon seolah-olah dia terpengaruh dengan kata-kata Zen Xi. Dia beranjak sedikit dari Mei dengan memandang Mei dengan bengis.

'HAHAHA'

"Ni barulah anak buah aku!" sengih Zen Xi dengan pandangan yang jahat ke arah Li Sun dan Mei.

Mei berundur ke belakang menjauh dari mereka berdua. Mei menoleh memandang ke arah Li Sun. Li Sun hanya memandangnya seperti tiada apa. Dia sangkakan yang Li Sun tidak sejahat itu namun dia silap.

"Zen. Ni bukan target utama kita. Kita tak perlu jadi hina macam perempuan tu." Li Sun cuba untuk memanipulasikan Zen Xi daripada terus dengan niat jahatnya untuk menodai Mei.

Langkah Zen Xi terhenti apabila mendengar kata-kata Li Sun.

"Well. Betul juga." sengih Zen Xi ke arah Li Sun.

Dia kemudiannya melambai jahat ke arah Mei yang menjauh ketakutan darinya sebelum melangkah keluar meninggalkan mereka berdua di dalam bilik itu.

Mei menarik nafas lega apabila lelaki itu hilang dari pandangan matanya.

Li Sun mendekati Mei, namun apabila berhadapan sahaja di hadapan Mei, satu tamparan hinggap di pipinya.

'Pedih' seperti yang dirasakan di hatinya saat itu.

Dia sepatutnya melindungi wanita di hadapanya namun sebaliknya gara-gara kebodohan dirinya sendiri.

"Mei...dengar apa aku nak kata ni" kata Li Sun perlahan sambil cuba menarik perhatian Mei yang cuba menjauh darinya.

"Please Li Sun! Aku tak sangka kau macam ni" kata Mei menusuk di hati Li Sun.

Li Sun menunduk bersalah.

Dia cuba mendekati Mei lagi. Li Sun berulang kali memandang ke muka pintu bilik. Seolah-olah berjaga-jaga.

Apabila dia berada dekat dengan Mei yang sedang menyorok di bucu bilik itu dia menunduk sedikit dan berkata perlahan.

"Mei, aku akan cuba selamatkan kau dari sini bila dia dah pergi. Sorry and jangan risau..selagi aku ada dia tak akan apa-apakan kau" kata Li Sun sebelum melangkah pergi.

Mei mendongak memandang Li Sun yang berlalu pergi dari bilik itu.

Apabila pintu bilik itu dikunci, barulah Mei berasa lega dan selamat.

Dia pelik dengan sikap Li Sun.

Sekejap jahat, sekejap baik.

Mei bangun menuju ke bilik air dan mengunci pintu bilik air itu. Dia terduduk memikirkan nasibnya nanti. Namun kata-kata Li Sun tadi seolah-oleh memberikan harapan baru kepadanya.

Mei bangun dan mencuci mukanya.

'Aku tak boleh mengalah macam ni'

'Aku nak balik jumpa mama,papa, abang long dengan Jason dengan selamat'

'Diorang mesti tengah tunggu aku balik'

Baju dan seluar yang dipakainya sudah kotor dengan debu kotor. Sudah dua hari dia diculik dan dikurung entah di mana tempat yang Mei sendiri tak pasti.

Lama Mei mengurungkan diri di dalam tandas. Dia rasakan di situlah yang lebih selamat berbanding di luar.

Mei sentiasa berjaga-jaga. Dia mencuri-curi dengar di pintu tandas sekiranya terdapat bunyi suara mahupun pergerakan lelaki jahat itu ataupun Li Sun.

Creation is hard, cheer me up!

Like it ? Add to library!

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

Stay tune and diharap dapat bersabar untuk new chapter. Thank you reader.

JH_Dreamcreators' thoughts