webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · โรแมนซ์ทั่วไป
Not enough ratings
32 Chs

Kebenaran yang menyakitkan (1)

'Mei membuka matanya perlahan-lahan'

'Aku dekat mana ni?'

Kereta?

''Argh..Kenapa berat sangat kepala aku ni?'

Mei cuba bangun dari seat itu namun kepalanya terlalu sakit.

Dia memandang ke arah tangannya yang masih terikat.

"Ha! Kau dah sedar akhirnya Mei!"

'Terkejut Mei apabila ditegur suara itu'

"Kau...kau lepaskan aku! Kalau tak.." herdik Mei sambil tak henti-henti menendang kerusi duduk Li Sun yang sedang memandu.

"Lepas? Gila apa aku nak lepaskan kau macam tu je? Lagi satu, kalau kau cuba buat apa-apa aku bunuh je kau. Senang cerita." balas Li Sun tenang seolah tiada apa berlaku. Seolah-olah bunuh itu perkara biasa bagi dia.

Mahu atau tidak dia terpaksa berdiam diri. Dia takut. Mahu saja dia terjun keluar dari pintu namun pintu kereta dikunci.

Dia mencari-cari telefon pintarnya di poket seluar. Tiada. Dia pandang ke arah cermin pandang belakang.

Li Sun sedang melihat ke arahnya sambil menayangkan telefon miliknya.

"Cari ni? Jangan harap. Selagi kau behave, aku tak akan apa-apa kan kau. Kau kan kekasih aku..HAHAHAH" kata Li Sun dengan sinis.

"Selama ini, kau dekati aku..kau nak balas dendam rupa-rupanya" kata Mei kecewa.

Li Sun ketawa mendengar kata-kata Mei.

Mei tidak tahu apa yang boleh dilakukan lagi. Dia hanya mampu berharap keluarganya dan juga Jason dapat mencarinya dengan secepat mungkin.

Mei memandang ke luar tingkap. Malam yang gelap. Dia tidak pasti sudah jam berapa sekarang. Jalan yang dilalui gelap, sunyi dan seakan lalu di kawasan hutan. Pokok-pokok. Lampu jalan sudah tiada. Hanya ditemani cahaya dari kereta. Namun Li Sun seperti sudah biasa ke tempat ini.

Tak lama kemudian kenderaan itu berhenti di sebuah rumah. Iaitu tempat rahsia pakciknya.

Pakciknya sudah menunggu di hadapan jalan rumah rahsianya itu.

Li Sun keluar dari kereta. Mereka berdua berbincang sebentar di hadapan kereta mengenai penculikan Mei itu. Mereka bergerak semula. Jalan semakin tidak sekata.

Kereta yang dipandu Li Sun akhirnya berhenti di sebuah rumah yang jauh dari kediaman mahupun orang ramai. Dia menarik keluar Mei dengan kasar sehingga ke dalam rumah itu.

'Dekat mana ni..mama,pa.. selamatkan adik' jeritan Mei tidak didengari mulutnya ditutup dengan pelekat.

Mei meronta-ronta mahu melepaskan diri. Namun tangannya diikat dan dipegang erat Li Sun.

"JALAN!" gertak Li Sun sambil meletakkan sebilah pisau kecil di leher Mei.

Mei akur.

Dia dipaksa masuk ke dalam sebuah bilik kosong. Li Sun kemudian mengikat kaki Mei di hujung kaki katil bagi memudahkan dia untuk bergerak sendiri ke tandas. Pelekat yang menutup mulut Mei dibuka.

"Lepaskan aku lah Li Sun..apa salah aku dekat kau..Apa salah aku?! Lepaskanlah cepat!!" jerit Mei sejurus pelekat itu dibuka.

"Salah? Memang kau bersalah dengan aku, dengan papa aku! Huh! Kau, dengan mak kau sama je. Perempuan tak tahu malu! Sebab mak kau, papa mati depan mata aku! Kau perlu tersiksa macam papa aku rasa!" jawab Li Sun dengan marah.

"Aku tak faham, apa kaitan aku dengan kau?" tanya Mei pelik.

"Seriously? HAHAHAHA.. Kau ni memang nak kena dengan aku ni perempuan!" Li Sun tiba-tiba bengis. Dia meliar mencari benda yang boleh dijadikan senjata.

"Tolong lah Li Sun..Aku betul tak tahu apa-apa..." Mei mula mengeletar ketakutan.

Bila tiada benda yang boleh dijadikan senjata, Li Sun mendekati Mei dan menarik rambut Mei dengan kuat sehingga kepala Mei terdongak.

"P... please Li Sun..Aku tak tahu.." rayu Mei.

Rayuan Mei membuatkan Li Sun semakin baran. Li Sun mula bertindak mencekik leher Mei.

Mei meronta-ronta menarik tangan Li Sun yang sedang mencekik leher nya.

Merah wajah Mei kerana kekurangan udara.

Melihatkan keadaan Mei yang hampir sahaja mati di tangannya, Li Sun berhenti.

'Uhuk'

Mei berundur ke belakang menjauh dari Li Sun. Dia amat ketakutan.

"Mama aku. Tinggalkan aku dengan papa sebab kejar jantan lain. Sebab pregnant kan kau!!".

"Papa mati sebab kejar mama dari pergi. Depan mata aku!" tengking Li Sun sambil memandang Mei dengan penuh benci.

Mei terkaku. Dia tidak percaya.

'Tak mungkin'

'Mama tak mungkin buat macam tu'

Li Sun mendekati Mei yang duduk di bucu bilik sambil memegang kepala.

Li Sun menarik wajah Mei memandang ke arahnya.

"Sekarang macam mana? Kau faham kan sebab apa aku buat benda ni? Sebab apa aku benci kau?" kata Li Sun sambil menatap lama mata Mei seakan mencari jawapan.

Mei masih terpaku terdiam.

"Aku tanya kau ni!" tengking Li Sun.

Mei terkejut.

"Sumpah Li Sun. Sumpah aku tak tahu.!" jawab Mei sambil menangis menggigil ketakutan. Berkali-kali Mei menidakannya. Yang dia tidak tahu apa-apa.

Li Sun melepaskan genggaman tangannya di wajah Mei.

Dia sebenarnya tidak sanggup memandang Mei yang sedang menangis.

Li Sun berlalu ke luar meninggalkan Mei berseorangan dan mengunci pintu bilik itu dari luar.

'Kenapa dengan aku ni!' bentak Li Sun.

'Perempuan tu penyebab papa mati!'

Li Sun duduk di ruang tamu berhadapan bilik Mei dikurung.

Selama ini arahan dan semua maklumat mengenai mama dan anak yang dikandungkan mamanya dengan teman lelakinya itu diberikan oleh pakciknya sendiri. Jadi dia percaya 100%.

Li Sun mula meragui pakciknya itu.

Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menghantar pesanan kepada lelaki yang berkebolehan menyiasat sesuatu.

*Aku ada job untuk kau.- Li Sun.

*Oh ya? Apa dia? Berapa aku dapat? - lelaki upahan (K)

*Kau cari maklumat Mei sejak dia lahir, family dia dan tentang pakcik aku. Semuanya. Aku nak secepat mungkin.Duit jangan risau aku bayar kau double dari biasa kalau kau bagi maklumat yang aku nak dengan cepat -Li Sun.

*Okay boss. Don't worry. Ni akulah K. - K

Li Sun membuka pintu bilik itu untuk memeriksa keadaan Mei. Botol air mineral diletakkan di atas katil.

Mei tertidur sambil menunduk di bucu bilik.

Li Sun duduk di atas katil memandang Mei.

'Kenapa kau perlu jadi musuh aku Mei?Kenapa!' hatinya berperang di antara perasaan dengan perkara 'penting' yang perlu dilakukan segera.

Dia bangun meninggalkan Mei berseorangan dan mengunci pintu semula.

Li Sun berbaring di sofa berhadapan bilik itu. Dia teringatkan kembali kejadian yang dia pukul Mei.

Niatnya hanya untuk menakutkan Mei sahaja. Namun lain pula yang terjadi. Dia betul-betul terpukul Mei. Pakciknya mengamuk sebab tindakan yang dilakukan nya itu.

Dia cuba untuk mengetahui tentang keadaan Mei semasa dia dirawat di hospital namun dia diburu polis menyebabkan pergerakan dia sukar.

Dia keliru dengan perasaannya sendiri.

Di antara dendam dan apa yang sebenarnya dia rasakan.

Semenjak kematian papanya dia sudah berubah.

Dia tidak mempercayai sesiapa kecuali pakciknya.

Pakciknya itu berkali-kali mengingatkan dia supaya untuk dia berhati-hati dan tidak jatuh cinta kepada musuhnya sendiri.

Namun setiap kali dia berada di sisi Mei dia rasakan setiap apa yang dilakukan Mei adalah ikhlas. Dia sangat selesa dengan Mei.

Namun misinya itu menjadi perkara penting dari apa pun.

Pakciknya tahu yang Li Sun tidak sanggup melakukan perkara begini sebab itulah dia menyuruh Li Sun menculik Mei dan mengurung Mei di situ. Dia sendiri akan menyelesaikan semuanya. Bukan Li Sun.

*Di rumah Mei.

Keluarga Mei masih tidak senang duduk risaukan Mei. Jason keluar masuk rumah. Memandu mencari Mei bagai orang gila. Dia cuba menelefon Mei. Tidak berjawab. Seakan dimatikan.

Semasa memandu mencari Mei di kawasan yang kurang tumpuan orang dia menerima satu pesanan.

'Ting'

Jason dengan segera berhenti di tepi jalan dan mencapai telefonnya.

Pesanan itu dibuka.

*Mei ada dengan aku. Kalau kau nak dia selamat, jangan buat benda bodoh.Jangan libatkan polis. -nombor yang tidak dikenali.

Jason tergamam.

Ingin sahaja dia memberitahu pihak polis mengenai pesanan itu.

Dia cuba menghubungi nombor itu. Namun tidak berjawab.

Dia kembali ke rumah Mei.

Sampai sahaja di rumah Mei dia segera memberitahu pihak polis yang masih berjaga di situ.

Dia pasti yang penculik tidak akan tahu perbuatan nya itu.

Dia mahu nombor itu dijejaki segera.

Pihak polis meminta diri untuk kembali ke balai untuk menyiasat lebih lanjut.

Jason kembali ke dalam rumah dan berlagak seperti biasa kerana tidak mahu keluarga Mei semakin risau.