webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 75 : Baru saya tahu sekarang...

Ibu itik dan anak itik berenang-renang di atas kolam seiringan di perhati oleh sepasang mata yang termenung memandang ke permukaan kolam tu.

Dia melihat serangga kecil hinggap di atas permukaan air sebelum seekor ikan muncul dan memakan serangga tersebut sebelum tengelam masuk ke dalam air semula.

"Zara..."satu sentuhan hinggap dari belakang sebelum melingkar ke sekeliling pingang menyentak lamunannya."Buat apa sensorang dekat sini?"satu kucupan hinggap di tepi kepala tak lama lepas tu.

Zara memalingkan badannya untuk menghadap Daniel. Wajah yang sudah ditumbuhi janggut dan misai yang tidak dicukur tiga hari tetapi masih kelihatan kemas itu di tatap lama.

"Tak ada apa-apa..."jawab Zara.

"Jom kita gerak..semua dah tunggu. Lambat nanti terlepas pulak cerita elsa kegemaran Hana tu..."ajak Daniel.

Zara memandang cincin di jari Daniel sebelum memandang wajah suaminya itu. Keningnya berkerut seakan tidak faham akan sesuatu.

Daniel yang tunduk memandang wajah Zara lentokkan kepala ingin tahu. Kerutan itu buatkan Daniel bawa tangan untuk mengusap kerutan dikening Zara.

"Ada apa ni?Apa yang awak kerutkan?"soal Daniel.

Zara memandang kosong ke kemeja Daniel sewaktu jarinya bermain dengan butang kemeja itu. "Daniel...ada sesuatu yang saya tak tahu lagi ke lepas saya hilang ingatan?"tanya dia.

Daniel memandang Zara dengan kening terangkat.

"Kenapa tanya macam tu?"

Zara melepaskan hela nafas panjang. Bahunya jatuh tiada semangat.

"Saya tak tahu..saya cuma rasa macam ada sesuatu yang tertinggal...sesuatu yang buatkan saya rasa terkilan sangat...tapi saya tak pasti apa dia..."luahnya dengan muka tak faham.

Daniel kemudiannya mengusap kepala Zara lalu dikucup dahi isterinya dengan kasih.

Kejadian 12 tahun yang lalu bermain dalam fikiran Daniel. Selepas mereka turun dari kapal terbang, mereka bergegas ke hospital untuk memberikan Zara rawatan.

Memori dimana Zara tidak sedarkan diri dan koma selama dua tahun selepas pembedahan pembuangan tumor menjengah minda Daniel.

Setelah Zara sedar dari koma. Zara hilang ingatan sepenuhnya. Kesan pembedahan itu sendiri. Doktor kata tiada kemungkinan Zara akan ingat semula semua memori yang dulu.

"Tak ada..semuanya saya dah cerita. Tentang awak yang anak yatim piatu. Kita jumpa di univerisiti sama kita belajar. Awak dengan sikap Loser awak..saya dengan sikap nerd saya..kita sama suka, tapi awak sakit. Pembedahan tu buat awak hilang ingatan...dan cerita selanjutnya adalah sejarah."cerita Daniel yang langsung tidak beritahu apapun yang berlaku pada masa lampau Zara.

Dia mahu Zara hidup dengan memori baru. Bukan memori yang telah menyakiti Zara bertahun lamanya. Daniel tidak mahu menanggung sakit lagi setiap kali Zara susah hati.

Cukuplah apa yang telah dia hadapi sebelum itu. Mengenangkan saat cemas semasa Zara jalani pembedahan pun dah buatkan jantungnya bagai mahu direntap. Ini kan lagi lihat Zara tahu akan kisah silam yang mana sikit pun tiada bahagianya.

"It okay...to feel not okay..but don't keep it that way..."kata Daniel sambil memegang pipi Zara.

Zara memegang tangan Daniel yang berada di pipinya. Sentuhan lelaki itu tidak pernah buatkan dia berhenti dari merasa selamat dan hangat.

"Okay..."angguk Zara. Walaupun sudah bertahun berlalu dia tetap tidak merasa puas hati. Walaupun sudah beratus kali dia tanya soalan yang sama pada suaminya, Daniel sikit pun tidak jengkel untuk menjelaskan jawapan kepadanya.

Daniel tunduk memandang perut Zara yang sudah menunjukkan baby bump memandangkan usia kandungan sudah masuk 6 bulan. Dia usap perut itu dengan kasih.

"Boleh kita pergi sekarang?"tanya Daniel dengan lembut.

Zara mengangguk kepala sambil melepaskan keluhan letih. Menjadi ibu mengandung ni makan banyak tenaga.

"Saya teringin nak makan cip kentang lah.." tangannya mengusap perutnya sambil menelan air liur.

Daniel memalingkan badan Zara untuk ke pintu sambil merangkul bahu isterinya.

"Awak dah makan tiga beg semalam..tak cukup lagi ke?" keluh Daniel.

"Itu semalam...hari ni hari ni la..lain tu..." balas Zara.

"Apa bezanya...kalau dah makan kenapa teringin lagi?"soal Daniel.

Zara dongak memandang ke tepi. Memandang wajah Daniel dengan kening berkerut.

"Sekarang baru saya sedar...perangai Hana yang suka menjawab dan bercakap banyak tu datangnya dari siapa..."komen Zara.

Daniel tunduk memandang Zara bersama senyuman meleret dia. Lantas hidung Zara dicuitnya.

"Dan sekarang baru saya sedar perangai nakal dia tu ikut siapa..."balas Daniel yang memang jenis tidak reti mahu mengalah.

Zara membuat muka.

"Nerd!"gumam Zara dengan jengkel.

"Loser.."sakat Daniel.

Dua orang itu jalan seiringan menuju ke pintu masuk rumah saling bergandingan sambil bertekak.

~TAMAT~

-Jangan tinggalkan spoiler dalam ruang komen ya.-

BABAM!??????

Habis daa wei cerita kita.

Such a happyending story right...

Amacam guys. Okay tak?

Thank for the reading...

Ada sequel untuk cerita ni iaitu Prince Charming 4 Clumsy Cinderilla. yang mana diwatak utamakan oleh Hana Delisha.

Peace out! N have a nice day.

Up2 N Away ??

Kalau sudi lawat Wattpadd Tinta. Same ID. tintahitamtanpaarah