webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 74 : Hana Delisha

Suara gelak tawa anak kecil menghuni koridor luas sebelum muncul dua orang maid di belakang mengejar anak kecil dalam keadaan sudah kotor berlumuran dengan warna air dan bulu pelepah melekat di muka dan pakaian uniform mereka.

"Cik muda...ke sini sekarang!Tuan perlu cik bersiap!"laung maid wanita yang sedang mengejar anak kecil sekitar 7 tahun merentasi koridor itu.

Kanak-kanak itu berpaling memandang ke belakang dengan sisa ketawanya sebelum dia terlanggar sesuatu depan laluannya sebelum dia jatuh terduduk di atas lantai.

"Hana Delisha...how many time I told you not to run on the hallway?"tegur suara tegas itu.

Hana dongak memandang ke atas. Memandang takut ke arah lelaki yang lengkap mengenakan pakaian serba hitam mencekak pinggang depannya. Terpisat-pisat dia bangun dari situ dan berdiri dengan kepala tunduk memandang ke bawah.

"Tuan Daniel..maafkan kami..."ucap dua maid tadi yang sudah tercungap-cungap tidak cukup nafas. Masing-masing tunduk bersalah.

Daniel menggeleng kepala kesal.

"Jom...lambat nanti."Daniel hulur tangan pada Hana.

Hana mencapai tangan itu dengan senyuman riang di bibir.

"Yeah..."sorak Hana sambil melompat riang di sisi Daniek sewaktu mereka berjalan.

Mata Daniel terarah pada bingkai gambar kahwinnya yang tergantung di dinding hujung koridor itu dengan senyuman lebar di bibir.

Rasa seperti semalam sahaja rasanya semuanya berlaku. Pejam celik sudah 12 tahun rupanya berlalu.

"Tak boleh ke kamu berhenti sakat semua maid yang ada di dalam rumah ni?Berapa kali ayah kena cari penganti untuk semua maid yang kamu telah buat sampai mereka semua letak jawatan..."keluh Daniel sambil menuruni tangga.

"What...they are fun to be joking around.." jawab Hana dengan fasih.

Daniel melepaskan hela letih. Entah perangai siapalah yang budak ni ikut. Ada saja jawapannya.

"Boleh tak kalau ayah cakap tu jangan nak menjawab. Dengar saja sudahlah..."

"Ibu kata kalau di tanya jawab. Jangan diam." balas Hana lagi.

Daniel mengetap bibir rapat-rapat.Tidak kuasa lagi nak bercakap dengan anak perempuannya. Kalau dia cakap tiada guna jugak. Budak bijak sebelahnya itu sentiasa ada jawapannya.

"Itupun kamu berdua..."tegur Diana di bawah tangga sewaktu melihat dua beranak itu menuruni tangga.""Kenapa lama sangat?"tanya wanita itu.

"Moyang!"panggil Hana dengan gembira sebelum menarik tangannya dari tangan Daniel lalu memeluk moyangnya.

"Semua dah ada ke?"tanya Taylor yang sudah berdiri di depan pintu dengan seorang kanak-kanak lelaki berdiri di tepi kaki.

"Moyang...janganlah manja Hana seorang...Niel macam mana..."cemberut Niel, 10 tahun. Anak sulung Daniel. Budak itu mendekati Diana.

Daniel mengalihkan perhatiannya dari dua orang anaknya kepada Taylor.

"Mana puan?"tanya Daniel sambil melihat jam di tangan kanan.

"Dekat taman...katanya nak ambil angin sementara tunggu tuan siap."jawab Taylor.

Daniel mengangguk kepala.

"Tak apa...semua gerak dulu. Nanti saya nyusul..."arah Daniel sebelum bergerak ke kanannya untuk ke pintu belakang dimana taman berada.

Taylor menghulur tangan ke arah dua orang kanak-kanak yang berdiri mengelilingi Diana.

"Kids. Time to go.."ujar Taylor.

"Abang duduk sebelah tingkap.."Niel tolak Hana sebelum berlari ke arah Taylor.

"Mana adil!Hana lah..hari tu abang dah duduk tepi tingkapkan.."rengek Hana sewaktu mengejar langkah Niel.

Diana yang lihat tersenyum memerhati gelagat cicitnya.

"Have fun...jumpa balik nanti.."lambai Diana ke arah mereka dengan ceria.